Mar 6, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 43

After little rain this morning @2022

 Sabtu.
Doha, Qatar.

GOYANG TELUR
Dua hari lepas kan mamat DAU dari Malaysia sampai di pejabat ini.
Sepatutnya kerja dia  ganti RIZ.
Tapi pagi tadi dia sudah mengadu.
Kata tiada siapa bagi kerja kat dia.
Sebab memang tuari semasa RIZ mahu pulang ke gagang.
Dia sudah serah kerja tangan pada budak Vietnam itu.

DAU juga beritahu.
Beg roda dia belum sampai2.
Sebab beg roda tidak dibenarkan naik helikopter.
Si Sau kata beg roda dia masih tertinggal di  Doha.
Ini semua  salah mamat EPH (Logistik) itu.

RAINING LAST NIGHT
Tadi malam rasanya hujan.
Sebab wak tengok luar tu besi2 kapal pun basah.
OIM (kapten kapal) pun ada buat pengumuman.
Supaya berhati2 diluar kabin kerana lantai basah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 5, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 42

2 weeks old goatie needed to be shaved @2022

 Jumaat.
Doha, Qatar.

NO HAIR SHOULD BE AT THE MASKING SEAL SURFACE AREA
Pagi2 tadi kawan sekerja Safety officer itu sudah sound wak.
Katanya ada orang komplen janggut wak panjang sangat.
Aduhai.
Segeralah wak cukur segera dalam bilik kabin tadi.

ACCESS BRIDGE INSPECTION
Dan dalam pukul 10am.
Hadi, mamat Indon supervisor itu sudah ajak ke pelantar.
Urgent pasal titian kecil yg harus dipasang antara jambatan dan pelantar.
Tidaklah kecil sangat.

THE FIRST FRIDAY PRAYER
Solat Jumaat pertama di surau.
Bilal (mamat Afrika yg tinggi) azan bila masuk waktu.
Kemudian khatib (Indon) beri salam dan duduk atas kerusi.
Azan (mamat Indon) sebelum khutbah.
Khutbah disampaikan khatib dgn membaca teks (bahasa) dalam henfon.
Agak ramai juga jemaah, dalam 20 orang.
Berhimpit2 tapi solat selesai dengan aman.
Alhamdulillah.

Ooh.
Sebelum solat tadi.
Makan tengahari seperti biasa.
Nasi beriani ayam.
Dan aiskrim dilupa jangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 3, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 41

My cabin window @2022

Khamis.
Doha, Qatar

CRAMPING OFFICE SPACE
Diruang pejabat kabin yg sempit.
Bercampur dengan jabatan Safety, Logistic dan Store.
Tadi Snr LAN itu minta seorang lagi mamat Burma (PR Singapura) pindah ke bilik mesyuarat.
Sebab kesibukan dan huruhara di ruang yg  kecil  ini.
Ada pertelingkahan walaupun mamat Burma akan terbang ke onshore beberapa hari lagi.
Sehingga Egr ESH pun masuk campur.

PTW IS HERE
2 minggu lepas, RIZ sudah pulang ke gagang.
Ada mamat Vietnam yg ganti tempat dia.
Pagi tadi pun sudah tiba mamat Melayu, DAU.
Katanya ganti tempat RIZ juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

shahrul firdaus ptw seafox frontier

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 40

Mosque at machinery room @2022

Rabu.
Doha, Qatar.


ASH WEDNESDAY
Biasanya waktu rehat (tea break).
Disediakan biskut.
Tapi pagi tadi ada sandwich.
Bila wak ambil 2 ketul dan bawa ke bilik di pejabat itu.
Wak offerlah 1 ketul pada Snr LAN (Kristian India) itu.
Boleh dia  tanya ada daging ke tidak.
Setahu wak, hanya Hindu dan Buddha sahaja tidak makan daging.
Rupanya hari ini ialah Ash Wednesday.
Kena puasa dari makan daging katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Mar 2, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 39

Before sunset @2022

 Selasa.
Doha, Qatar.

SKIPPING LUNCH
Ramai rakan sekerja tidak sempat makan tengahari.
Disebabkan kesibukan kerja2 harian.
Ada yg tidak bersarapan.

DISRESPECT YOUR CSR
Ada CSR (Company Site Representative) yg baharu.
CSR adalah jawatan yg paling berkuasa ditengah lautan ini.
Bangsa India menggantikan CSR yg lama (bangsa Perancis).
Wak pun baharu kenal.
Tapi sudah kali masuk mesyuarat.
Baju Tshirt yg AWI tulis ejaan salah pun dia selalu pakai.

Tadi tengahari sudah kecoh.
Ada pekerja bawahan yg berbahasa agak kasar pada dia.
Sebab pekerja Indon itu tidak kenal bila ditegur oleh CSR ini.
Dan CSR mengganggap itu sesuatu yg biadap.

SURAU IS DOWNSTAIR
Selepas 5 minggu berada ditengah lautan.
Baru wak perasan ada surau di tingkat bawah.
Solat jumaat pun sentiasa dijalankan seperti biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 28, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 38

At the canteen @2022

 Isnin.
Doha, Qatar.

EARLY FAJAR PRAYER
Pagi tadi bangunlah awak seperti biasa.
Solat dulu, walaupun Egr ESH masih terpacak depan locker dia baca kitab.
Sebab waktu syuruk pun awal sekarang ini.
Usai solat, wak terus ke kantin.
Usai ke kantin, naik ke bilik kabin sekejap.
Dan turun ke pejabat sebab kemaskini blog wak yg kucintai ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 37

Sunset this evening @2022

Ahad.
Doha, Qatar.

THE WHOLE  WORLD LAUGHING  AT YOU
Tadi Snr Logistik itu sudah komplen.
Bila nampak baju projek Tshirt yg wak pakai.
Ada tertulis kesilapan ejaan.
"Committed" dan "Batch" dieja salah.
Dulu wak pernah  komplen pada AWI, safety officer itu.
Sebab dia yg buat.
Kedai percetakan pun tidak memeriksa dengan teliti.
Lantaklah kann  matsalleh pun ramai saja yg pakai.
Tapi Snr Logistik yg baru sampai beberapa hari yg lepas masih kecoh mempersoalkannya hingga ke malam.

THE PLANNER STILL HERE
Mamat perancang ROL itu masih disini.
Patutnya sudah berangkat pulang minggu lepas.
Dia kata, "chopper cancel la wak, mukin Selasa ni."

Tadi masa di kantin.
Terjumpa  dua orang pekerja dari Malaysia.
Wak yg tegur mereka sebab terdengar cara mereka bercakap.
Mereka kerja sebagai QC.
Terkejut juga sebab  tidak pernah nampak.
Mungkin disebabkan mereka kerja shift malam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 26, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 36

Before sunrise this morning at 5.28am @2022

 Sabtu.
Doha, Qatar.

I DON'T SPEAK HINDI
Wak terdengar pekerja India Logistik didalam bilik pejabat yg sempit ini.
Mereka sesama negara pun tiada bahasa kebangsaan yg sama.
Mamat India budak baharu itu kata dia hanya berbahasa Inggeris, selain bahasa Tamil.
"I cannot speak Hindi," kata budak itu.
"You should learn Hindi, just translate from English," kata pekerja Logistik yg lagi senior.
Ini bukanlah kali pertama wak jumpa keadaan seperti ini.

Di negara kita pun sama.
Yg berpuluh2 tahun lahir beranak bercucu pun masih bercakap pelat.
Orang2 Bangla lagi fasih walaupun hanya beberapa bulan tinggal ditanahair kann.
Ini semua salah adanya sekolah jenis kebangsaan - kata mendiang Lee Kuan Yew.

YOU ARE NOT ALONE
Tengahari masa di kantin.
Wak duduk borak2 dengan ROL, budak planner itu.
Dia nak balik esok.
"Ni lunch terakhir wak," katanya dengan muka ceria.
Dia kata dia tak datang lagi kerana sudah dapat kerja ditempat lain.

Wak kata tinggal wak sorang sahaja Melayu disini, selain orang2 Batam.
"Eh, nanti si RUZ nak datang lah wak," kata ROL.
RUZ akan ganti tempat RIZ yg baru pulang kelmarin.

Updated : bukan RUZ yg smpi, tapu DAU yg tiba. 

Sebenarnya sebelum RIZ pulang.
Dia sudah handover kerja PTW pada sorang budak Vietnam ini.
Hari2 bergaduh dengan wak.
Dengan bahasa Inggerisnya yg sukar difahami.
Atau wak yg tak fandai cakap Jerman?

OVERSLEPT
Usai makan, wak balik ke bilik kabin.
Wak noon nap sebentar.
Wak tutup langsir bilik jadi gelap gelita.

Boleh pula bila wak terbangun.
Wak tengok jam sudah pukul 1.15 pagi.
Ingatkan wak mahu solat tahajjud.
Boleh termenung dalam bilik air pula.
Aiyah - tak perasan masih tengahari.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 35

Blue sky today @2022

 Jumaat.
Doha, Qatar.

TIMESHEET DAY
Ejen sudah maklumkan untuk sediakan timesheet selewat2nya pada 28hb.
Hari ini sudah 25hb.

Ejen LEO juga ada whatsapp wak tengahari tadi.
Tanya berkenaan kerja wak.
Sudah berapa lama berapa berada di offshore.
Wak beritahu, hari ini yg ke 35.
Sudah 5 bulan tinggalkan bumi Malaysia.
Hormon kejantanan pun sudah melepasi paras hidung  ni. 
Asyik ngilerr siang malam ni.
Huhuhu.

DR ZAKIR NAIK IS ANSWERING  YOUR QUESTION
Petang tadi punya cerita.
Si SAU (ex roommate), mamat Hindu dari India itu tanya soalan biasa ini.
Dalam  Islam, kenapa lelaki boleh kahwin sampai empat bini.
Sedangkan perempuan tidak boleh kahwin sampai empat laki pula.
Apa perasaan wak kalau perempuan boleh berkahwin lebih ramai?
Wak jawablah, kalau perempuan berkahwin empat, maka tidaklah tahu siapa ayah kepada bakal anak itu nanti. Kanns.

"Yep, logik sungguh jawaban wak itu," kata si SAU sambil geleng2 kepala.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

View of Akano's laptop @2022
Mr Iqbal brought this Castania peanuts from Doha @2022

Feb 25, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 34

My lunch this afternoon @2022

Khamis malam Jumaat.
Doha, Qatar.

Kerja potong rumput seperti biasa.

KAJOL PASSES AWAY
Pagi tadi ada khabar angin.
Dalam titktok dan google, si Kajol yg jelitter sudah meninggal akibat covid.
Tapi itu semua hoax sahaja.
Sampaikan ramai rakan2 sekerja dari India juga terkejut.

DON'T PURCHASE HUAWEI
Petang tadi wak ternampak rakan sekerja pakai henfon.
Kamera swafoto henfonnya sama kedudukan seperti wak punya.
Bila ditanya, dia  pakai One Plus.
"Wak, Huawei ituari adalah pilihan kedua saya," kata Safety Officer dari Nigeria itu.
Tapi Huawei tiada apps Google, katanya lagi.
Bila wak tunjuk ada apps Playstore, Google, youtube dalam henfon wak, dia jadi terkejut.
Rakannya yg baru sampai dari Nigeria pun terkejut juga.
Dua2 terkejut.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 24, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 33

How do you properly dispose of toilet paper? @2022

 

Rabu.
Doha, Qatar.

Tiada yg menarik  hari ini.
Kerja potong rumput seperti biasa.
Yg remeh temeh tidak perlulah wak ceritain disini ya.

MISCONDUCT ACTIVITY
Tadi ex-roommate, si SAU, yg sekarang duduk satu pejabat.
Tanya wak pasal ada dua orang pekerja Indon bergaduh.
Dorang pun sudah dihalau balik ke Indon.
Si SAU sedang buat repot, tapi tidak pasti ayat yg betul.
Wak pun beritahu tanpa agak2 - misconduct activity.
Dia pun tulis repot ikut cakap wak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.