Feb 20, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 29

Sunset view just now at Persian Gulf @2022

Sabtu.
Doha, Qatar.

Pagi ini bermula wak kena duduk buat kerja di pejabat.
Duduklah wak dihujung pejabat kabin yg sempit itu.

Dan pagi tadi ada fire drill ke 3.
Kena bawa peralatan pernafasan breathing air yg berat itu.

Dalam pukul 10am.
Sup KAR ajak ke pelantar.
Bila wak sudah bersiap dengan pakaian coverall.
Dan sudah pinjam kamera dari Safety Department.
Tiba2 dia ada perbincangan dengan klien pula.
Tunggu punya tunggu punya tunggu.
Sejam kemudian baru bermula perjalanan ke pelantar.

Tengahari usai makan.
Wak pun terus masuk bilik untuk noon nap.
Baru 10 minit, tiba2 Egr ESH panggil wak.
Katanya Safety Officer, mamat Nigeria itu mahu pakai kamera pula.
Tidak sempat pula mahu pindahkan gambar2 yg wak tangkap tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Feb 18, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 28

A supply vessel @2022

Jumaat.
Doha, Qatar.

Assalamualaikum kawan2 blogger wak semua2 lah.

THIS IS WHY I AM FAT
Hari Jumaat tapi wak makan nasi putih sahaja.
Tak best ah selalu makan nasi beriani.
Ais krim secawan ditinggal jangan.

WORK FROM CABIN
Selama ini wak kerja potong rumput dari dalam bilik kabin sahaja.
Sebab keadaan pejabat di tingkat 1 dibawah sangatlah sesak, semak dan padat.
Dan riuh pikuk.
Tadi rakan sebilik wak itu, Egr ESH sudah sound.
Sebab ramai orang cari wak di pejabat.
Wak beritahu Egr ESH wak lebih suka kerja dari dalam bilik kabin.
Lagipun bukanlah jauh sangat.
Tapi mulai esok wak kena juga turunkan diri dengan mereka.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 27

This morning view of Persian Gulf @2022

Khamis.
Doha, Qatar.

Pagi tadi AWI tegur wak di kantin.
Dia pun pelik kenapa wak lama sangat di platform C ini.
Wak cakap kena tunggu arahan mr bosskur.
AWI bagitahu mr bosskur pun sudah tidak jaga projek offshore lagi.

GO  HOME FOR  GOOD
AWI juga beritahu.
Dia akan berangkat pulang ke bandar Doha hari ini.
Nak terus balik ke Malaysia katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 17, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 26

Sunrise view from barge  @2022

Rabu.
Doha, Qatar.

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2 wak semua2 lah.

ENJOYING YOUR LIFE
Semalam semasa wak layan youtube pasal American Football NFL Superbowl 2022.
Mgr ESH masuk bilik kabin dan borak2 pasal rakan sekerja dia dulu.
Rakan  yg suka berjudi bola.
Dan akan peruntukan 25% gajinya setiap bulan kepada judi, perempuan dan arak.
Dia pernah berkahwin tapi bercerai tak sampai 2 tahun.

Blog bukanlah  hakmilik kekal.

Full moon view from the barge @2022
15th moon day of the month = 15th Rejab @2022
Zooming 5x 100 Qatar Riyal @2022

Feb 15, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 25

Looking down to the Persian Gulf @2022

Selasa.
Doha, Qatar.

LOVE YOUR NEIGHBOR
Sekarang ini rasa aman sikit.
Walaupun kedengaran bunyi katak dari bilik sebelah.
Tapi tidaklah seteruk kalau tinggal satu bilik kann.
Pukul 5am pun akan bermula alarm clock si SAU itu.
Mgr ESH yg tinggal sebilik mendengkur juga.
Tapi tidaklah seteruk si SAU itu.
Entah2 wak pun lagi kuat dengkuranku. 
Huhuhu.

HE COMPLAINS
Mamat Indon (Insinyor) JUN di platform E merungut.
Masa bincang2 pasal kerjaan di sana.
JUN: Lg tak enak badan saya
WAK: kamu harus rehat
JUN: Teruk Pak, semua kerjaan dihantar ke saya
WAK: Sabar mas, harus bersyukur. Wak lagi urusin untuk platform C jugak
WAK: Insinyor disini malah kabur pulang ke malaisia
JUN: Walahh kok bisa?
(.. to be continued)

SAFETY OFFICER IS HERE
Petang tadi usai makan malam di kantin.
Wak nampak RIS dengan AWI baru sampai.
AWI baru sampai naik bot dari platform E katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 24

Due to strict requirement on camera usage @2022

Isnin.
Doha, Qatar.

I'M SICK, BUT...
Kepala wak masih tingtong pagi ini.
Disebabkan makan ubat yg mengantuk.

Tapi dalam pukul 10am, Mgr ESH cari wak dalam bilik.
Sebab kena naik felantar untuk periksa valves atas jambatan.
Bersama construction team.

Sepatutnya kena periksa juga jambatan yg diisebelah sana
Tapi berhenti rehat dahulu untuk makan tengahari.

Lepas makan, janji jumpa kat jambatan sebelah sana.
Tapi mamat Indon ADI lambat pula sampai.

SAFETY CAMERA
Sebenarnya pagi tadi wak cuba tangkap gambar diatas jambatan itu.
Semua orang  terkejut dan suruh wak simpan balik henfon wak.
Sepatutnya wak wajib guna kamera kepunyaan Safety Department.

Tengahari tadi semasa keluar ke site semula.
Wak pun pinjamlah kamera dari Safety Department.
Kebetulan jumpa mamat India Instrument, IJU.
Kami hanya kenal nama dan suara atas talian mesyuarat tingkap selama hampir 2 tahun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 14, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 23

Sunrise this morning  @2022

Ahad.
Doha, Qatar.

I NEED A DOCTOR
Rasanya sudah 4 hari tapi mata kiri wak masih merah.
Pagi tadi semasa mamat India cleaner itu masuk cuci bilik.
Wak terus pergi ke bilik medik, sebelah kantin.

Feb 13, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 22

Looking the bridge @2022

Sabtu.
Doha, Qatar.

ALONE TO PLATFORM
Sebenarnya dari semalam wak tercari2 mamat Indon DOI (Designer Indon).
Sebab mas ADI (Insinyur Indon) itu sudah pindah ke barge END.
Wak hantar email nggak dibalas.
Begitu juga whatsapp kepada mas ADI. jadi sunyi sepi.

Feb 12, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 21

9hb Rajab 1443H @2022

Jumaat.
Doha, Qatar.

Assalamualaikum kawan2 wak blogger semua2 lah.
Hari ini hari Jumaat ketiga wak di tengah lautan tanfa tefian.

WHY IS MY EYE RED
Sejak pagi kelmarin bila bangun dari tidur.
Wak nampak mata sebelah kiri jadi merah.
Walaupun tidak sakit tapi terasa juga gatal2.
Bila wak tanya dengan pakcik google.

" Mata merah biasanya disebabkan oleh alahan, keletihan mata, kanta lekap (contact lenses) yang terlalu memakai atau jangkitan mata biasa seperti mata merah jambu (konjunktivitis). Walau bagaimanapun, kemerahan mata kadangkala boleh menandakan keadaan atau penyakit mata yang lebih serius, seperti uveitis atau glaukoma. "

Tapi tiadalah disebut kerana kerap menonton video2 terlampau.

ARAB CABLE MOVIES
Masa wak di bandar Doha kelmarin.
Dalam apartment memang ada saluran TV juga.
Tapi wak jarang tonton.
Biasa wak download dari internet  sahaja.

Di tengah lautan ini pula.
Ada 10 saluran TV dalam bilik kabin - OSN (sama seperti Astro yg berbayar itu)
Kesemuanya menayangkan movies dari hollywood tanpa iklan.
Cuma 2 saluran sahaja tayangan dokumentari.
Dan wak perasan ada satu saluran tambahan ini.
Saluran MBC 2 dari kerajaan Arab Saudi (KSA, yakni Kingdom of Saudi Arabia).
Tayangan movies juga, tapi ada iklan.
Cuma satu sahaja masalahnya yakni problem.
Kesemua saluran TV itu menggunakan subtitle arab.

Movie lalat.
Groundhog Day 1993
Hell or High Water 2016
Empire State 2013

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 10, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 20

Before sunrise this morning @2022

Khamis malam Jumaat.
Doha, Qatar.

DELETED ENTRY
Tiba2 terpadam pula entri hari ini.
Malas pula wak mahu menaip semula.

Movie lalat.
Masihkah Ada Ramadan (Episod 4) 2012
Fargo 1996
Lara Croft: Tomb Raider 2001

Blog  bukanlah hakmilik kekal.

During dawn this morning @2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 19

An arabian seawater @2022

Rabu.
Doha, Qatar.

BREAKFAST WITH CEREAL
Pagi tadi wak turun ke kantin agak lambat, yakni jam 6am.
Walaupun waktu makan tengahari dan malam dihadkan sejam kemudian.
Tapi waktu sarapan pagi masih seperti biasa, yakni jam 5am sehingga 7am.

THE SAME SUNRISE
Usai sarapan, wak pun berlarian ke tefian felantar.
Walaupun pemandangan yg sama sahaja seperti semalam.
Tapi menikmati ciptaan Illahi itu memang mengasyikkan juga.
Alhamdulillah.

SECOND  FIRE DRILL IN A  WEEK
Pagi tadi juga dalam jam 9.15am.
Ada siren bunyi kecemasan.
Tidak seperti fire drill beberapa hari lepas.
Kali ini hanya bawa tong gas pernafasan itu siap topeng muka.
Berat gedabak juga tong gas.
Fire drill kali ini juga agak lama.
Lenguh pinggang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunrise this morning @2022
The same rise of the sun @2022

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.