|
Pizza Hut Restaurant @2022 |
Ahad.
Doha, Qatar.
Semalam kan sudah pergi ke klinik buat pemeriksaan PCR.
Jadi, hari ini wak tertunggu2 juga keputusan.
Periksa dalam apps Ehtaraz (Mysejahtera) masih tak kemaskini.
Sampaikan wak terpaksa uninstall dan install semula.
Mula2 memang kalut.
Asyik dapat message - error connection.
Rupa2nya wifi dalam apartment ini yg tak kecapaian.
Akhirnya petang tadi baru terima mesej dari Kementerian Kesihatan (MOQ).
Wak disahkan negatif dari virus covid-19.
Apps Ehtaraz pun sudah tunjukkan warna hijau.
Alhamdulillah.
Hari ini agak kelam kabut juga.
EPH kata dia mahu uruskan keberangkatan wak ke offshore esok pagi (Isnin, 17hb).
Sekarang cuaca buruk, laut bergelora.
Jadi kena naik bot 4 hingga 5 jam lamanya.
Harap2 tidak mabuk laut.
Tapi bila diperiksa dokumen, ada beberapa yg tiada pada wak.
1. T-Bosiet - OK
2. H2S - OK
3. Vaccination Certificates - OK
4. OMFC card - ?
5. Golden Rule - ?
Benganglah juga wak.
Bukankah EPH (mamat Logistik) sudah tahu dari minggu lepas?
Ooh, cerita lalat lain.
Tengahari tadi ada 2 staff baharu masuk apartment.
1 orang dari Padang, Indon.
1 orang dari India.
AWI telefon wak dari offshore.
Kata ada cewek Indon mahu ambil makanan yg ditinggalkan di dapur.
Bila diperiksa oleh LLA & EGA, banyak makanan (ie spaghetti, sayuran) yg sudah lama dan buruk.
Bila wak mahu keluar selepas solat maghrib ke mall.
LLA ada pesan nak makan KFC.
Kemudian, mamat Padang tadi kata dia pun mahu ikut ke mall dengan cewek EGA juga.
Pasal pemergian ke offshore.
Wak sudah mengadu dengan bosskur.
Tengah malam tadi bosskur hantar whatsapp.
"Chopper booked on 18 Jan 2022," mesejnya.
Nota lalat.
Semasa kawan2 baca entri ini.
Wak sudah pun berada di tengah lautan ya.
Alhamdulillah.
Tunggulah cerita 10 hari terkebelakang nanti ya. ;p
Blog bukanlah hakmilik kekal.