| Doha City @2022 |
Ahad.
Doha, Qatar.
Pagi tadi tiba2 dapat emel dari pak IDI, yakni HUC Manager.
Disuruhnya wak dgn AWI pergi ke offshore esok!
Aiyah.
| A West Bay view from top @2022 |
Sabtu.
Doha, Qatar.
Demam makin kebah.
Pagi tadi jam 8.30am.
Wak pun berjalan ke Carrefour.
Tujuan beli sedikit barangan dapur, yakni groceries.
Beli bagpack, listerines, air lemon dll.
Ooh.
Tadi wak telefon customer service BSN.
Sebab akaun online sudah kena block.
Terlupa password.
"Kalo wak nak withdraw cash, caj adalah rm12 ya," kata abam BSN itu.
AWI pun sudah pulangkan duit pinjaman.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Unifed Expectorant Syrup @2022 |
Rabu.
Doha, Qatar.
Hari keempat demam selesema.
Tekak pun perit.
Kahak pun makin banyak.
Tadi malam AWI ada buatkan air limau purut.
Bila wak minum sikit rasa terbakar tekak.
9 pagi tadi wak berlarian ke City Center Mall.
Tujuan untuk beli ubat batuk lagi.
Sebab ubat batuk semalam sudah kehabisan.
Tapi harga ubat batuk (35 riyal) sebotol itu mahal gila di Farmasi Obnsena.
Dan tiada pilihan lain.
Hari ini wak pergi ke Farmasi Kulud.
Terletak jauh dibelakang kedai2 dan ditingkat 2.
Bila wak tanya, awek arab kaunter itu sarankan ubat batuk 9 riyal.
Kemudian dia berikan satu lagi ubat batuk 6 riyal.
"Yg ni stronger untuk cough with phlegm," katanya.
Yg penting lebih murahan dari kedai farmasi semalam.
Dan ada pilihan lain.
Ooh.
Wak mula2 tak faham juga bila mereka tanya.
"Cough with phlegm?"
"Or dry cough?"
Wak ingatkan flame ke apa.
Bila google baru faham.
Phlegm, yakni kahak ya kawan2.
Singgah di Carrefour, wak beli salad.
Tapi tak sangka pula wak terbeli salad pasta Greek.
Aduhai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| City Center Mall glass dome @2022 |
Selasa.
Doha, Qatar.
Ini entri 10 hari terkebelakang.
Malam tadi tekak makin berbisa.
Nak telan air ludah sendiri pun perit rasanya.
Sebelum keluar tadi wak periksa suhu diluar dalalm 16°C.
Kena pakai longjohn dan jaket juga.
Pagi2 tadi wak pun berlarian ke stesen metro DECC.
Tapi farmasi di dalam stesen masih belum dibuka.
Wak beli pisang (3 riyal) dan yogurt (1 riyal) dahulu.
Selepas itu, wak terus pergi ke City Center Mall.
Nak sarapan penkek mekdi pula.
Nasib baik juga kedai farmasi Ebnsina sudah dibuka.
Wak pun beli sirap batuk (35 riyal).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Marriot Doha Qatar @2022 |
Isnin.
Doha, Qatar.
Demam selesema hari ketiga.
Batuk dengan kahak dari semalam.
Cuaca diluar pun asyik mendung sahaja.
Rasa nak makan nasi putih dengan kari daging pun tiada selera.
Sebab semalam makan pun terasa tekak makin parah.
Tapi tadi AWI sudah pelawa makan bubur nasi dia.
"saya ada masak bubur kalau wak nak makan - tapi kosong x ada ayam cuma ada sayur.. babhan x cukup, " whatsappnya masa wak dalam bilik kelaparan.
Wak pun cubalah makan - sedap juga.
Alhamdulillah.
Blog bukanlah hakmilik kekall.
| Changing to a new notebook @2022 |
Sabtu.
Doha, Qatar.
Hari ini sudah 1 haribulan Januari 2022.
Ini entri 10 hari terkebelakang ya.
Malam tadi, kepala wak sudah rasa tingtong.
Nak tidur awal pun tidak boleh.
Berdenyut2 rasa dalam kepala.
Tetapi tertidurlah juga.
Dan terjaga dalam pukul 10pm.
Kerana dengar bunyi guruh dan kilat sabung menyabung.
Ini adalah kali pertama hujan lebat di negeri pasir berdengung ini.
Tapi tidak lama juga.
Hujan berhenti sebelum tengahmalam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Mesjid akhaleel Ibraheem Doha Qatar @2021 |
Jumaat tengahari.
Doha, Qatar.
Solat jemuah yg ke sebelas hari ini.
Alhamdulillah.
Ooh.
Hari ini wak terasa mahu demam pula.
Nak cari ubat selsema dimana ya?
Movie lalat. What's Eating Gilbert Grape 1993.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Nando's Restaurant at City Center Mall @2021 |
Khamis malam Jumaat.
Doha, Qatar.
Malam usai solat maghrib, wak terus berlarian ke City Center Mall.
Mula2 memang cadang nak makan steak.
Tapi jiwa celaru pula.
Pastu tak tahu nak makan apa.
Pusing keliling food court.
Last2 masuk Nando's.
Order Creamy Cashew yg entah apa2.
Ayam dengan nasi kuning.
Tak berapa sedap, tapi habis juga.
Ooh.
Tadi masa dalam mall.
Sahaja tanya ahkak filipin tu pasal tiket wayang. di Cineone.
Cerita Spider-Man: No Way Home.
Tiket 35 riyal (RM40.06) terus tak jadi beli.
Cerita lain.
Siang tadi kecoh dari Masai.
Kereta Viva putus timing-belt.
Blog bukanlah hakmilik kekal.