The Torch, Aspire Park @2021 |
Jumaat malam.
Doha, Qatar.
Esok, Sabtu 18 Disember 2021, adalah hari kebangsaan Qatar.
Tapi rakyat jelata dilarang ke pentas perbarisan esok pagi.
Ini disebabkan pandemik covid yg masih mengganas.
Rakyat diarahkan menonton perbarisan depan tv masing2 sahaja.
Ada 2 pertunjukan bungapi malam ini.
1. Corniche - jam 9pm setiap hujung minggu.
2. The Torch - jam 7pm malam ini sahaja.
Petang tadi, wak dengan AWI, SHI dan pak Indon (tak tahu nama).
Keluar ke Villaggio Mall terletaknya menara The Torch.
Tujuan pertama wak ke Villaggio Mall kerana adanya festival hot air balloon.
Tapi nasib tidak baik, tiada belon udara panas malam ini.
Jadi lepak sahaja di bawah menara The Torch itu sehingga pertunjukan bungapi bermula.
Lepas tonton bungapi, AWI, SHI dengan pak Indon (tak tahu nama) terus ke Souq Waqif.
AWI kata dia lapar sangat.
Lagipun Villaggio Mall hanya untuk famili sahaja.
Orang bujang dilarang masuk hari ini (Jumaat) - pelik kann?
Tapi JAZ yg tiba dulu di mall petang tadi boleh masuk.
Sebab JAZ sudah pergunakan awek Filipin untuk masuk mall, katanya.
Wak pun ke Aspire Park jalan2 cari juga belon udara panas.
Yg ada hanyalah rakyat jelata dengan famili masing2.
Selepas itu, wak terus ke Corniche.
Sebab nak tonton fireworks jam 9pm.
Tapi wak pun sudah tersalah turun metro.
Sepatutnya wak turun di stesen al Bidda.
Blog bukanlah hakmilik kekal.