| #puasanazar #bersyukur #tepatijanji @2021 |
Isnin.
Doha, Qatar.
Hari ini wak puasa nazar.
Puasa nazar hari ketiga dan terakhir.
Alhamdulillah.
Hafazan lalat. Sabki surah al-mutaffiffin.
Blog bukanlah hakmilik kekal
| Thanks to the arab girl who shares this moon picture just now. Souq Waqif, Doha, Qatar @2021 |
Ahad.
Doha, Qatar.
Semalam wak ada terlihat dalam tiktok.
Ada seorang pakcik ditengah laman di Souq Waqif.
Dengan seketul teropong jauh (baca, telescope).
Boleh melihat bulan dengan dekat.
Dan boleh nampak planet Musytari (baca, Jupiter), dan Zuhal (baca, Saturn).
Musytari dengan 79 bulan2.
Zuhal dengan lingkaran cincin yg menarik.
Marikh tidak kelihatan, kena tunggu 2 - 3 bulan lagi.
Nama pakcik arab ini ialah Amro Mahmoud dari Mesir.
Harga penggunaan teleskop ialah 5 riyal sahaja.
Dipendek cerita.
Wak pun berlarian ke Souq Waqif usai maghrib.
Tapi maghrib masuk jam 4.46pm.
Awal sangat untuk ke sana.
Lagipun pakcik arab ini akan bermula aktiviti pada jam 8 malam.
Jadi wak singgah di City Center mall dahulu.
Tengok2 henfon model terbaharu disudut henfon lah.
Dan sempat solat isyak dahulu di surau.
Waktu Isyak pula ialah pukul 6.16pm.
Wak naik lrt dari DEEC dan turun di Msheireb.
Kemudian naik lrt laluan kuning ke Souq Waqif.
Bila tiba di laman Souq Waqif.
Jam baru pukul 7.30 malam.
Tapi pakcik arab sudah ada disitu.
Dan ramailah juga orang2 yg berebut2 mahu melihat planet2.
Rasa tidak selesa pula wak.
Bila tiba giliran wak.
Rasa tidak puas hati pula.
Sebab melihat planet menggunakan kanta lensa yg kecil.
Bila pakcik arab itu cuba tangkap gambar guna henfon cap ayam wak.
Dia kata tidak boleh sebab kamera henfon wak tidak sesuai.
Aduhai.
Kebetulan ada awek arab ini.
Tiba2 datang bertanya dan juga mahu menggunakan teleskop.
Pakcik arab terus tangkap gambar guna henfon awek.
Pakcik arab kemudian janji akan bagi gambar melalui whatsapp.
Pakcik arab berikan nombor henfonnya.
Dan wak minta nombor henfon awek arab juga.
Sebelum pulang ke gagang.
Wak singgah di kedai2 disitu.
Tengok2 harga baju t-shirt Qatar.
Dan terbeli topi besbol - 2 biji.
Bila sampai dirumah.
Pakcik arab sudah hantar gambar2 planet.
Tapi masalahnya - problem.
Gambar2 planet semua tidak terkini.
Gambar bulan pun tidak mengambang macam tadi.
Walaupun ada gambar bulan gerhana merah.
Dan video2 bulan yg lain.
Wak pun tanya pakcik arab tadi nak dapat gambar bulan penuh seperti malam tadi.
Sampai sekarang pakcik arab pun tidak balas.
Wak sungguh tidak puas hati.
Kebetulan wak ada nombor henfon awek arab tadi.
Wak pun tanya dengan elok2.
Tidak sangka juga awek arab itu sungguh baik hati.
Dia pun layan wak dan berikan gambar2 yg diambilnya tadi.
Wak pun berasa gumbira lah sedikit.
Ooh. Esok Isnin, wak nak puasa nazar hari ketiga dan terakhir.
Sempat tadi beli burger chicken mushroom di McD untuk bersahur.
Nota lalat. Wak perasan perwatakan pakcik arab ini agak keras. Komunikasi pun tidak mesra alam. Dia larang wak ambil gambar awek arab tengah guna teleskop. Dan dia macam marah2 bila wak minta nombor whatsapp awek arab tadi. Tapi kalau awek tidak bagi nombor henfonnya, sudah tentu tidak dapat gambar bulan yg cantik dan jeliter seperti diatas kan. Yo wes lah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Souq visitors get a chance to see some planets through a telescope. Please hover your mouse to see my own camera capture of the moon. |
| Seperti pungguk merindu bulan @2021 |
Ahad.
Doha, Qatar.
Hari ini genap 2 bulan wak berada di negeri pasir berdengung ini.
Visa pun tinggal sebulan lagi.
Pagi2 tadi wak sudah berlarian berdekatan apartment.
Tidaklah sampai ke Friday Beach seperti biasa.
Cuma pusing dan limpas bangunan The Nice Tower itu.
Dan singgah di stesen minyak Woqod.
Beli susu masam (baca, laban) di convenience storenya.
Fakta lalat.
Harga minyak petrol di Qatar ini.
Sama seperti harga minyak di Masai.
Untuk rujukan harga minyak sedunia, sila KLIK.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| The Nice Tower, Doha Qatar @2021 |
| Salad Nicoise bought at Carrefour (QR14) @2021 |
Sabtu.
Doha, Qatar.
Pagi tadi wak sudah bersarapan salad Nicoise yg dibeli di Carrefour.
Tengahari pula, AWI dan master Lim dan rakan sekerja baharu dari Indon.
Ajak makan tengahari di restoran Mama Rozie di al Muntazah.
Restoran masakan Indon, Malaysia dan Filipin.
Sambil itu, ada 3 orang klien bersama bila kami berada didalam restoran.
Mula2 wak dan master Lim nak pesan nasi lemak.
Tapi nasi lemak hanya diwaktu pagi sehingga jam 11am.
Jadi, kami pesan nasi ayam penyet (tiada dalam gambar) sudah.
Usai makan disitu, kami cadang untuk minum2 di kafe berdekatan.
Walaupun cewek Indon di restoran tadi ada beritahu arah tuju.
Tapi tidak ketemu kafe yg diceritakan.
Jadi kami beramai2 pergi ke kafe di Msheireb sahaja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Please hover your mouse to see bro afeezz's comment. |
Assalamualaikum semua kawan2 wak lah.
Kelmarin bro afeezz ada bertanya,
"10 riyals tu agak2 nyer berapa RM?"
pada entri yg INI.
Setakat hari ini (19 Nov 2021),
10 riyal bersamaan RM11.49 sen sahaja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Sunset view from my window @2021. I reckon there is a moon eclipse on the side of the world. |
Jumaat malam Sabtu.
Doha, Qatar.
Malam tadi wak keluar jalan2 santai di tengah bandar sahaja.
Ambil dua tiga keping gambiran sudah.
Balik singgah di Carrefour beli barang2 dapur.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Carrefour at City Center mall @2021 |
| Tornado Tower, Doha, Qatar @2021 |
| Burj Doha Tower, Doha, Qatar @2021 |
| Alfardan Tower, Doha, Qatar @2021 |
| Doha Exhibition Convention Center, Doha, Qatar @2021 |
| Woqod Tower, Doha, Qatar @2021 |
| Fifa World Cup 2022 poster at City Center Mall, Doha, Qatar @2021 |
| Majbool Kurma at Carrefour, Doha, Qatar @2021 |
| Groceries I bought just now from Carrefour @2021 |
| An invited guest to eat nasi briyani @2021 |
Khamis.
Doha, Qatar.
Pagi tadi terjaga awal, jam 2am.
Solat tahajjud dan hafazan surah al-Waqiah seperti biasa.
Ingat mahu terus tidur semula.
Tapi terkebil2 hampir sejam.
Wak pun buka laptop buat kerja sikit.
Jam 3.50am, wak panaskan lauk semalam.
Dan terus makan sahur.
Sekarang masuk waktu Subuh jam 4.33am.
Dan masuk waktu maghrib pula jam 4.47pm.
Lebih kurang 12 jam, sama waktu siang macam di Masai.
Ooh. Semalam AWI ajak naik ke apartment dia dan master Lim.
Dia ada masak nasi beriani dan kari kambing.
Master Lim ada masak sup kurma ayam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
| Friday Beach sunrise this morning @2021 |
Rabu.
Doha, Qatar.
Pagi2 tadi subuh sepi-e wak sudah berlarian ke tefian fantai.
Macam biasa.
Ooh.
Pagi tadi kelihatan awan tebal di ufuk timur.
Mungkin tak lama akan turun hujan.
Balik dari fantai.
Wak singgah di Lulu Express.
Beli roti arab dan air mineral botol besar.
Blog bukanlah hakmilik kekal.