Nov 17, 2021

REVISIT FRIDAY BEACH AT SUNRISE

Friday Beach sunrise this morning @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Pagi2 tadi subuh sepi-e wak sudah berlarian ke tefian fantai.
Macam biasa.

Ooh.
Pagi tadi kelihatan awan tebal di ufuk timur.
Mungkin tak lama akan turun hujan.

Balik dari fantai.
Wak singgah di Lulu Express.
Beli roti arab dan air mineral botol besar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NAMPAK BERSIH TAPI BERDEBU

On the 16th  floor, The West Bay @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Tiada aktiviti menarik hari ini.
Sibuk kerja potong rumput sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 16, 2021

THE ASPIRE PARK AND BUILDING 2022

Aspire Tower, also known as The Torch Doha, is a 300-metre-tall (980 ft) skyscraper hotel located in the Aspire Zone complex in Doha, Qatar.

Isnin.
Doha, Qatar.

Amaran lalat. Entri ini punyai 41 gambiran.

Petang tadi penulis berlarian ke Villaggio Mall.
Tujuan utama untuk mengambil gambiran bangunan  2022.

Tapi wak tersesat pula ke taman Aspire Park.
Taman dibelakang mall dengan tasik dan itik2.

Sempat bersolat maghrib disurau dalam mall.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Nov 15, 2021

PLEASE REMOVE YOUR CARD - THE LAST PART

 Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi tadi kan wak sudah call customer service Maybank di KL.
Mamat operator itu berkata bahawa ATM  oversea sudah berjaya diaktifkan.

Updated: (16/4/22) Utk aktif penggunaan kad debit Maybank di oversea, hanya perlu activate dalam maybank2u (browser).  Better guna laptop, sbb henfon mukin bermasalah.

Jadi tengahari tadi wak pun pergi ke City Center mall lagi.
Dan dengan yakinnya wak pun dapat mengeluarkan duit cash.

Wak pun berasa gumbira.
Wak juga berterimakasih kepada master Lim dan AWI.
Kerana mereka yg bersungguh2 suruh wak call customer service.

Jadi benda pertama yg wak nak beli sangat.
Sekiranya ada duit lebih.
Ialah jajan potato chips ini - Lays.
Dan wak terus masuk Carrefour.
Beli potato chips, kurma murahan dan kuaci.

Ooh, satu lagi masalah ialah problem.
Wak kan tiada data internet.
Hanya bila limpas kedai kafe The Coffeebean & Tea Leaf itu baru dapat wifi.
Memang dalam mall ada wifi tapi semuanya berbayar.
Bila wak keluar dari Carrefour tadi, tak sedar AWI hantar wassap.
"Wak, nak kirim barang boleh? " tanyanya.
"Dekat bahagian hardware, belikan arang size kecil2."
"Diameter kecil,"
"Dengan lighter jenis jet api macam ni," sambil AWI tunjuk gambar dari google .

Jadi wak masuk semula ke dalam Carrefour.
Jumpa barang seperti yg diminta AWI, tapi berlainan jenama.
Nak tanya AWI semula tapi wak tiada data.
Jadi, wak beli sahaja, walaupun harga lighter jet itu agak mahal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PUASA NAZAR YANG PERTAMA

This Quran belongs to the apartment @2021

Ahad.
Dohar, Qatar.

Hari ini wak nak bermula puasa nazar yg pertama.

Pukul 2 pagi sudah terjaga.
Solat tahajjud dan hafazan surah al-Waqiah seperti biasa.

Tunggu sehingga jam 3.45am untuk bersahur.
Ada tugasan potong rumput yg harus diselesaikan.
Sebab subuh masuk jam 4.30am.
Panaskan lauk beef curry dan nasi putih yg semalam pesan.

Semoga dipermudahkan.
Amin.

Waktu maghrib pula jam 5 petang.
Sama saja lebih kurang panjangnya waktu siang seperti di Masai.

Cerita lalat lain.
Pasal kad bank yg masih bermasalah.
Wak masih gigih dan berusaha untuk mendapatkan cash.
Tadi pagi master Lim dengan  Awi sudah suruh  wak try call customer service.
Ada nombor telefon dibelakang kad untuk dihubungi.
Mereka suruh guna telefon pejabat di tingkat 34.
Jadi tanpa berlengah, wak pun terus menghubungi.
Rupanya memang ada masalah dengan kedua2 kad wak.
Kad debit Maybank dan kad kredit RHB Bank.
Tapi setiap masalah mesti ada penyelesaiannya kan.

Hafazan lalat. Sabki surah at-Takwir.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

SO SHE INVITED ME TO JOIN THE GROUP AND START HIKING

  Sabtu, 14 September 2024. Pagi tadi sudah berlarian mendaki bukit belakang rumah hinggap sahaja. Dengan kenalan di FB. Hujan lebat pula da...