Ooh, esok (21 Oktober) genap sebulan penulis memijak bumi anbiya ini. Hari ini hari maulidul rasul 1443 Hijrah.
Pagi2 tadi, usai subuh, penulis berlarian ke tefian fantai lagi. Ini adalah kali kedua penulis ke Friday Beach ini.
Memang cuaca yg baik pagi ini. Matahari pun muncul dengan sempurna. Sebab tiada awan yg mengganggu pemandangan.
Jumlah jarak berlarian pagi tadi kurang lebih 3.66km sahaja.
Nota lalat. Petang tidak berlarian jauh kemana2 pun. Cuma ke Carrefoure beli bekalan roti pita dan buah2an sahaja. Dan bergegas2 pulang ke apartment kerana ada tugasan potong rumput yg harus diuruskan.
Pagi2 tadi penulis pun berlarian ke Katara Cultural Village.
Naik tram metro dari stesen DECC ke stesen Katara. Langkau satu stesen sahaja.
Tapi tram bermula pada jam 6 pagi. Penulis berjalan2 dahulu diluar stesen.
Tepat jam 6 pagi, penulis pun masuk stesen. Tapi disebabkan stesen DECC dipertengahan perjalanan tren. Jadi tram hanya sampai jam 6.24 pagi sahaja.
Tidak mengapa lambat sedikit. Asalkan bukan pagi jumaat yg tiada perkhidmatan tren.
Bila sampai di perkampungan Katara ini. Langit agak berkabus. Matahari pun suram.
Penulis pusing2 sahaja di perkampungan itu. Ambil gambar di Pigeon Towers. Dan juga di amphitheater.
Tidak sampai sejam pun disitu. Penulis pun balik ke gagang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Katara Cultural Village @2021
Katara Cultural Village @2021
Pigeon towers, Katara Cultural Village @2021
Katara Cultural Village @2021
Pigeon towers, Katara Cultural Village @2021
Pigeon towers, Katara Cultural Village @2021
Pigeon towers, Cultural Village @2021
Katara Cultural Village @2021
Note. Located in the midst of Katara, Doha’s bustling cultural village, Gandhi’s Three Monkeys by Subodh Gupta captures attention. Tackling the challenging themes of war and peace, the three-part sculpture consists of three heads – one in a gas mask, one a soldier and the other in a terrorist hood. Each piece is composed of cooking instruments, used pails, traditional Indian lunch boxes and glass bowls. Together, they recall Gandhi's famous visual metaphor – the three wise monkeys that represent the 'see no evil, hear no evil, speak no evil' proverb.
Ghandi's Three Monkeys, Katara Cultural Village @2021
Ghandi's Three Monkeys, Katara Cultural Village @2021
The amphitheater, Katara Cultural Village @2021
The giant gift box, Katara Cultural Village @2021
Doha city @2021
Nota lalat. Petang tadi wak pergi ke City Center mall itu. Wak ada 2 tujuan. Yg pertama, nak makan set nasi kuning, ayam goreng pedas mekdi. Sebab semalam wak ternampak master Limorder set itu di Villagio mall dgn harga 9 riyal saja. Walaweh. Wak ingatkan harga makanan di mekdi semua dekat 20 riyal. Tujuan yg kedua, wak nak topup simcard Ooredoo (sebutan "urdu") sbb mmg takde balance lagi. Senang saja nak topup kat mesin Ooredoo. Jadi, wak topup 10 riyal saja. Sebab takut juga kalo takde balance dlm simcard akan di terminate bila2 masa. Ooh ya tadi rakan sekerja wak dari KL sampai. AWI dok satu apartment dgn master Lim. Dan master Lim semalam berkata dia nak kena tukar hotel Dusit utk quarantine sblm gi offshore.
Yellow rice, and crispy spicy fried chicken at McD City Center mall @2021
Semalam kan penulis terjumpa master Lim di stesen tram Msheireb. Dia ada beritahu mahu ke National Museum of Qatar (Doha) esoknya.
Penulis pun bersetuju. Walaupun tiket masuk sebanyak 50 riyal wajib dibeli atas talian sahaja. Lima puluh riyal tu bersamaan lima puluh tujuh ringgit - mahal juga.
Maka pagi tadii, jam 9 pagi waktu tempatan, kami pun berangkat ke sana. Naik tren metro di DECC ke stesen National Museum via Msheireb.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
================
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
National Museum of Qatar, Doha @2021
Nota lalat. Dalam muzium tadi, Lim adalah komplen. Sebab mungkin dia selalu juga melawat muzium2 tempat lain. Dia kata, "kat sini takde headphone, kurang information pada objek2 yg dipamerkan." Wak pun setuju jugak.
Selepas selesai urusan melawat muzium negara Qatar. Lim kata dia mahu ke Villaggio Mall. Mula2 wak tak ingin nak ke mall itu. Tapi memandangkan hari masih terang, wak pun ikut Lim. Ini adalah kali kedua wak ke sini. Dan kali ini wak baru tahu ada bahagian mall di sebelah belakang yg bentuk bangunannya lagi menarik. "Besar juga mall ni ya, dan saya amat suka dengan design dan ukirannya," kata Lim dengan kagum. "Tapi," katanya lagi, "mungkin saya tak akan dtg lagi sini, takde yg menarik sangat selain gedung2 kedai jualan branded."