Oct 9, 2021

KATARA TWIN TOWERS SUNRISE AND 9KM WALKING

Katara Twin Towers @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Pagi2 subuh sepi-e penulis berlarian ke tefian fantai.
Terletaknya projek Katara Twin  Tower itu.

Pergi penulis guna Uber.
16 riyal.

Balik ingatkan nak berjalan sahaja.
Sampai stesen metro boleh naik tren.

Tapi penulis tak sangka.
Buah cempedak nak jadi nangka.
Tren hanya bermula jam 2 petang.
Sebab hari ini hari jumaat.
Demm.

Maka bermulalah perjalanan kakiku yg  paling jauh pernah penulis jejaki.

Movie lalat. Jarhead 2005.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

============

Near al Wardah bridge @2021

Nota lalat. Memang masa nak pergi ke Katara Twin Towers tadi, wak pakai wifi apartment utk pesan Uber. | Tapi masa nak balik pula, henfon wak kan takde data ya. | Masa kat Metro station tadi pun ada wifi tapi tak boleh connect. | Mamat security afrika tu pun tak pakai smartphone. | Tapi makguard kat mesia leh je pakai smartphone main  tiktop hari2 kanns. ;p | Biasa tren mula pukul 6 pagi.. | Tapi sebab hari Jumaat hari cuti di Qatar, tren hanya bermula jam 2 petang. | Jadi wak terpaksalah berjalan sejauh 9km dari Katara Twin Towers tadi ke apartment. | Melecet  jugalah kaki. | Dengan bahang panas terik. | Nasib baik ada tandas awam ditengah2 park dalam perjalanan. | Teguklah air paip. | Harap maklong. |

Walking from The Pearl to City Center Doha @2021
===
My walking track this morning @2021
On the to the nearest mosque @2021

Nota lalat 2. Solat Jumaat pertama pada minggu ke tiga di Doha. | Alhamdulillah wak dapat bersolat didalam masjid berdekatan. | Pengalaman pertama bersolat jemuah di  tanah arab selepas dari Mekah & Madinah. | Lepas azan, khatib terus baca khutbah. | Khutbah pun tak panjang. | Tak sempat nak terlelap mata. } Pasal jarak sosial mula2 masuk jemaah memanglah ikut arahan dan tanda dgn selang antara jemaah. | Tapi bila habis khutbah dan nak mula solat berjemaah, tiba2 berterabur berebut2 masing2 nak rapatkan saf didepan. | Aduhai. |

Oct 7, 2021

FROM THE TOP OF THE BUILDING

Qatar Tribune newspaper @2021

Khamis.
Doha, Qatar.

Hari ini penulis mula bertugas dari bilik pejabat ditingkat atas menara.
Tapi masalah kena guna kunci khas.
Kalau tidak kena kacau rakan setugas yg lain.

Ooh.
Pasal makanan tengahari tadi.
Penulis pesan nasi briyani kambing sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

VILLAGGIO MALL & SOUQ WAQIF

Chicken briyani I order on the phone @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Petang penulis sudah berlarian ke dua buah pusat belibelah popular.
Villagio Mall dan Souq Waqif.
Naik tren metro dari DECC ke stesen al-Aziziyah.

Villagio Mall ini seperti The Mines Shopping Mall sebab ada terusan didalamnya. 

Didalam mall, penulis terus cari pasaraya Carrefour itu.
Ubat wangi kawan penulis di Masai itu masih tidak ketemuan.

Solat maghrib di surau Villaggio Mall.
Kemudian dalam perjalanan pulang, singgah di Souq Waqif.

Hafazan lalat. Surah as-Sajadah 32:1-18.

Blog bukanlah hakmili kekal.

Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Villaggio mall @2021
Outside Villaggio mall @2021
Before leaving Villaggio mall @2021

Nota lalat. Dalam metro tren dari al-Aziziyah, wak mula2 tak nak gi Souq Waqif. | Tapi bila tengok map dlm tren rasa  dekat je, yakni satu stesen je slps stesen Chan Sow Lin. | Jadi wak pun teruskan ke Souq Waqif. | Berjalan kaki agak jauh dari stesen tren ke Souq Waqif, tapi wak gagahi diri juga. | Dapat ambil satu dua gambar sudah, lagipun wak dah penat. | Dan misi mencari perfume kawan Masai wak masih diteruskan ya. | Wak rasa nntilah ripit lagi. |

Oct 6, 2021

FACEBOOK, WHATSAPP & INSTAGRAM SEEM TO BE DOWN

Uber apps yet to be used @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Semalam petang.
Penulis sudah panggil housekeeping untuk bersihkan bilik air.
Air membasahi sehingga melimpah keluar bilik mandi.
Bila cleaner 1 datang dgn pam tangan dan periksa bukanlah masalah tersumbat.
Dan cleaner 2 datang dgn baldi mop untuk bersihkan basahan.

Malam pula.
Penulis tidak perasan rakan serumah sudah panggil housekeeping juga.
Penulis kan sedang sibuk dengan aktiviti potong rumput.
Tiada talian internet, katanya.
Tapi ketika itu penulis boleh saja guna tiktok dan blogger ini.
Mamat maintenance datang dan periksa alat wifi dalam apartment.
Mamat kata wifi tiada masalah dan dia akan datang esok untuk panggil orang IT pula.

Kemudian penulis mendapat khabar.
Rupa2nya satu dunia bermasalah dengan Facebook, Whatsapp & Instagram sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

This quran from previous hotel is neat and clean and easier to read @2021

Nota lalat. Petang  punya cerita. | Pasal ada rakan sekerja dari India kena install software 3D model. | NAR pun ada masalah dengan apps Ehtaraz dia, sama macam kes wak kelmarin sebab tak dapat nak beli simcard kat airport masa mula2 sampai. | Tapi peliknya walaupun NAR dah habis hotel quarantine 10 hari, tapi apps Ehtaraz dia masih kuning, sepatutnya hijau. | Usai install software, wak pergi ke City Center Mall. | Makan dulu sebelum cari perfume yg rakan wak dari Masai pesan. | Dia kata dulu dia beli kat dalam Carrefour. | Puas penulis pusing  keliling tanya salesgirl tapi tidaklah membantu sebab tak jumpa perfume itu. | Wak pun ada tanya kedai perfume kat luar Carrefour pun tiada juga. | Ooh, satu lagi, wak dlm dilema juga nak beli roti pita ke tidak sbb tak tahu nak cicah dgn apa utk sarapan. | Dan hampir wak terlupa, tadi masa berjalan ke City Center mall, dgn construction dimana2, tiba2 tangan wak terguris dawai tajam pula.  Demm. |

Oct 4, 2021

BERJALAN JER KEJE WAK ERK

Riding Doha Metro train for the first time @2021

Isnin.
Doha, Qatar.

Semalam penulis kan sudah berlarian pagi dan petang.
Rasa lenguh pula kakiku.

Hari ini penulis mahu berehat.
Banyak tugasan potong rumput yg harus dilangsaikan.
Rakan2 tengah lautan sedang terkapai2 dan menjerit2 minta tolong gitu.

Hafazan lalat.
Surah as-Sajadah 32: 1-15.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 3, 2021

TAK MENARIK SEBAB TAK JUMPA YG PAKAI BIKINI

Doha City Center @2021

 


Ahad.
Doha, Qatar.

Pagi2 usai solat subuh, penulis pun berlarian ke tefian fantai.
Tapi kali ini penulis cuba ke bahagian selatan pusat bandaraya pula.

Ooh.
Penulis terlupa mahu sedekah subuh tadi.
Yo wes lah.

Agak jauh juga penulis berjalanan.
Penulis terpaksa menyimpang ke timur bila nampak matahari mula naik.

Bila tiba  ditefian fantai.
Penulis lihat ada beberapa orang tempatan sedang memancing.
Sekejap sahaja mereka mendapat ikan2 yg besar2.

Ada satu mamat arab ni berenang sorang2 disitu.
Kemudian dia minta penulis ambilkan gambar guna iphone dia.
Penulis layan sahaja.

Hafazan lalat.
Surah as-Sajadah 32: 12-13

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Doha City Center @2021
Doha City Center @2021
Doha City Center @2021
Doha City Center @2021
Doha beach @2021
Doha beach @2021
Doha beach @2021
Maggi mee inside petrol station @2021


Nota lalat. Petang Ahad. Wak berlarian lagi ke City Center Mall sebab nak beli simcard baru Ooredoo. | Kat dalam kedai Ooredoo, kerani kata simcard QAR35 yg kawan Wak beli hanya dijual di airport. | Jadi wak pergi airport guna Metro (LRT tren) dari DECC. | Walaupun tambang hanya QAR2 tapi kerana kena kelepet pasal laluan tren dengan budak pinoy yg nampak educated, jadi wak buang masa dan tambang lagi. | Dipendek cerita, wak dapat beli simcard QAR35 di booth airport. | Masa balik, wak ingat nak jalan2 tepian pantai Corniche, tapi disebabkan byk sgt construction, jadi pemandangan pantai adalah terbatas. | Jadi wak balik jalan kaki sahaja - jauh giler wehh. | Sempat singgah semula di City Center Mall, tukar duit Singapore Dollar dan Ringgit. | Terasa amatlah ciput harga seringgit kita kanns. |

SO SHE INVITED ME TO JOIN THE GROUP AND START HIKING

  Sabtu, 14 September 2024. Pagi tadi sudah berlarian mendaki bukit belakang rumah hinggap sahaja. Dengan kenalan di FB. Hujan lebat pula da...