Sep 28, 2021

DOHA QUARANTINE DAY 8

Beef burger, lettuce, tomato & french fries @2021

Selasa.
Sudah seminggu penulis dikuarantin dalam bilik hotel ini.
Tinggal 3 hari sahaja lagi.

Esok kena buat ujian PCR lagi.
Kalau keputusan negatif bolehlah keluar lusa.

Sekarang ini makanan mewah pun banyak tidak habis dimakan.
MasyaAllah.

Dan tiap2 hari penulis terima air tin Pepsi.
Adalah penulis minum juga satu dua tin air Pepsi.
Tapi orang kata tidak elok untuk kesihatan kan.
Jadi penulis simpan sahaja dalam peti sejuk mini itu.

Dan buah limau itu sebenarnya buah lemon.
Bukan buah limau mandarin yg senang dikopek.
Dan rasanya pun masam juga.

Nota lalat. Ooh, itu bukan burger ramly ya kawan2.
Itu burger arab sahaja. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 27, 2021

DOHA QUARANTINE DAY 7

3am in the morning @2021

Pagi2 jam 1.39am, selepas solat tahajjud.
Sambung buat kerja potong rumput yg mendesak.

Sambil dengar bacaan merdu Surah Al Jin dari qari Salah Mussaly.

Nota lalat. Subuh  pagi ini pada pukul 4.07am.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 26, 2021

DOHA QUARANTINE DAY 6

Bath tub and sunrise view @2021

 

Ahad.

Tiada cerita menarik hari ini.
Nak buat kerja pun pening kepala.

Hafazan lalat. Surah as Sajadah 32: 1-5.
Ulangi sabki surah al Thalaq.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 25, 2021

DOHA QUARANTINE DAY 5

My tiktok is updated @2021

 Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.

Hari ini hari Sabtu.
Esok sudah hari Ahad.

Kebosanan mencipta kelainan.
Pengalaman dikuarantin dalam hotel amatlah membosankan.

Sep 24, 2021

DOHA QUARANTINE DAY 4

Doha river sunset @2021

Jumaat.

Ada pembaca blog penulis yg biasa2 ini komplen pagi2 tadi.
Ehh, sebenarnya dari semalam.
Sebab dia pun sudah berbulan2 tidak singgah disini.
Katanya blog penulis ini jadi lambat mcm siput khinzir sebab ada iklan adsense.
Betul kah kawan2?

Cerita lalat lain.
Ada pembaca juga menyarankan untuk mencuci spender penulis sendiri.
Dan jemur sahaja ditefian tingkap.
Sebab pihak hotel tiada khidmat pencucian dobi.

DOHA QUARANTINE DAY 3

Dawn view this morning @2021
Khamis.

Waktu subuh bermula jam 4.05 pagi.
Jadi agak keliru kalau bangun di tengah malam.
Mahu kerjakan solat tahajjud dahulu ataupun tidak.
Sebab biasa penulis akan solat pada satu pertiga terakhir malam.
Yakni antara jam 2 hingga 5 pagi kalau berada di Masai lah.
Seperti kata ustaz.

Sep 22, 2021

DOHA QUARANTINE DAY 2

Homemade Granola Parfait for breakfast @2021
Rabu.

Penulis ingatkan sarapan tiba jam 7 pagi.
Jadi penulis sibuklah panggil gadis penyambut tamu itu.
Rupanya jam 8 pagi.
Tapi lapar gila sebab cacing dalam perut berkeroncongan sahaja.
Iyalah kan, waktu jam di Masai sudah pukul 12 tengahari.
Sebab beza waktu 5 jam.
Cacing dalam perut masih tidak dapat menyesuaikan diri.
Aduhai.

Sep 21, 2021

DOHA QUARANTINE DAY 1

Hamad International airport, Doha @2021
Isnin.

Prelude 24 jam terakhir.
3am - bangun, buang air, solat tahajud 2 rakaat.
Hafaz surah alwaqiah.

Sep 20, 2021

ZAM ZAM ALAKAZAM

On the way to Doha @2021


Assalamualaikum semua kawan2 penulis lah.

Mungkin semasa kawan2 membaca entri ini.
Penulis sudah pun belayar ke negeri pasir berdengung.

Semoga dipermudahkan segala urusan.
Aminn ya robbalamein.

Jumpa anda di sana. Di sana. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ROTI CANAI PELANGI SUNGAI YU

Roti canai pelangi Sungai  Yu @2021
Tengahari penulis sudah singgah di warung roti canai pelangi Sungai Yu. Kuala Selangor
Link ke fesbuk.

Roti Canai Pelangi:
#Durian- Oren
#Strawberi- Merah
#Jagung- Kuning
#Apple- Hijau
#Keladi- Biru
#Ori- Putih

Testimoni penulis untuk pertama kali mencuba - roti canainya yg lembut.
Dan harga tatap satu hinggit.
Itu sahaja.

Nota lalat. Tiba2 tak disangka, powerbank luaran yg baharu dibeli tertinggal pula dalam kereta tadi.
Yo wes lah.

Nota lalat lagi. Alhamdulillah, keputusan negatif untuk ujian PCR swab test semalam. Semua dokumen sudah cukup dan lengkap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 19, 2021

TEPIAN REDANG

Sawah padi Sekinchan dengan awan mendung @2021
Sabtu.
Tinggal dua hari sebelum berterbangan ke seberang parit.

Semua dokumen sudah tersedia.
Tinggal ujian PCR sahaja.
Dan pagi tadi penulis panggil beberapa hospital.
Sebab mahu buat ujian swab esok (Ahad).
Sebelum ini ada beberapa hospital yg boleh jalan masuk (baca, walk in.)
Tapi bila di panggil, ada yg tutup hari esok (Ahad). Aiyah.
Ada yg buka untuk ujian PCR pada jam tertentu.
Ada yg boleh buat ujian, tapi keputusan agak lambat.
Panik juga penulis dibuatnya.

Nasib baik ada klinik yg boleh buat ujian Covid 19 dalam perjalanan ke pantai itu.
Senang sahaja, mudah dan cepat.
Terbang dua hatus sepoh hinggit sahaja.
Esok petang boleh dapat keputusan ujian.

Petang, penulis berlarian di tengah sawah Sekinchan pula.
Tapi jerami padi lama sudah tidak ada lagi.
Jadi penulis berlarian ditefian fantai.
Pantai yg agak kotor dan berselut.
Punyalah ramai orangramai disitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.