|
Hamad International airport, Doha @2021 |
Isnin.
Prelude 24 jam terakhir.
3am - bangun, buang air, solat tahajud 2 rakaat.
Hafaz surah alwaqiah.
2pm - berkejaran ke BSN.
4pm - berkejaran ke Giant.
5pm - berkejaran cuci cikputih.
6pm - bosskur perintah kena potong rumput sebelum terbang.
9pm - ke KLIA.
Selasa.
3am - terbang ke negeri pasir berdengung.
5am - tiba di HIA , negeri pasir berdengung.
7am - berada diluar bandara HIA.
8am - periksa masuk hotel 5 bintang untuk kuarantin 10 hari.
Sarapan, makan tengahari dan malam ditanggung.
Nota lalat. Sebelum tiba KLIA, penulis risau sebab baggage yg agak besar. Limit hanyalah 30 kg. Nasib baik ada
penimbang percuma disediakan. Bila ditimbang, hanyalah 19.8kg je. | Masa checkin di KLIA, sepatutnya boleh
check-in online, tapi penulis tidak diberitahu. Jadi kena beratur di barisan biasa. Walaupun begitu, barisan
checkin online itu pun tidaklah secepat mana. | Penulis ditahan di imigresen oleh kerani kastam yg muda (dari loghat macam Sabahan). Masalah bila diperiksa
myTravelPass penulis masih dlm proses. Tapi bila ditanya dgn pegawai yg ada disitu, penulis dilepaskan juga. Hampeh betullah. | Semasa hendak masuk kabin, adalah diberikan
faceshield, mula2 je penulis tengok semua org pakai. Selepas itu, hanya sebahagian saja yg pakai
faceshield yg diberikan. Malah di HIA pun pegawai suruh buang je
faceshield itu. | Disebabkan
hotel quarantine, penulis harus isi borang yg diberikan selepas mengambil
baggage. Ada kecelaruan sedikit. | Penulis tidak jumpa
kiosk jual
simcard dlm bandara. Walaupun begitu, penulis tukar juga duit
riyal Qatar guna duit US dollar. Penulis kena tegur oleh pegawai ahsoh disitu sebab ambil gambar abam kaunter. Seperti yg dijangka,
simcard itu tidak diperlukan pun kerana ada
wifi didalam bilik hotel. Tapi
simcard diperlukan kemudian untuk update
apps Ehteraz yg wajib. |
Blog bukanlah hakmiiik kekal.
|
Welcome to Qatar @2021 |
Tambahan gambiran waktu senja sebentar tadi.
Sebab tidak boleh keluar bilik hotel.
Jepret dari tingkap sahaja sudah.