Dawn view this morning @2021 |
Waktu subuh bermula jam 4.05 pagi.
Jadi agak keliru kalau bangun di tengah malam.
Mahu kerjakan solat tahajjud dahulu ataupun tidak.
Sebab biasa penulis akan solat pada satu pertiga terakhir malam.
Yakni antara jam 2 hingga 5 pagi kalau berada di Masai lah.
Seperti kata ustaz.
Cerita lalat lain.
Pagi tadi penulis panggil gadis penyambut tamu.
Tanya pasal mendobi pakaian kotor penulis.
Gadis kata tiada layanan mencuci pakaian sepanjang kuarantin. Aiyah.
Tapi gadis boleh hantarkan ubat berus gigi seperti dipinta.
Bila sampai ubat gigi nanyalah yg ciput bersama berus gigi percuma juga.
Dan nampaknya penulis kenalah berbugil untuk beberapa hari mendatang.
Cerita lalat lain lagi.
Ooh, pasal sistem penghawa dingin dalam bilik yg sejuk.
Walaupun diluar cuaca dan suhu agak tinggi.
Tapi dalam bilik, suhu amatlah sejuk.
Sejak hari pertama lagi penulis matikan alat penghawa dingin itu.
Hari ini sudah hari ketiga dan masih tidak mulakan alat pendingin.
Cerita makanan lalat.
Masa makan malam tadi.