Sep 19, 2021

TEPIAN REDANG

Sawah padi Sekinchan dengan awan mendung @2021
Sabtu.
Tinggal dua hari sebelum berterbangan ke seberang parit.

Semua dokumen sudah tersedia.
Tinggal ujian PCR sahaja.
Dan pagi tadi penulis panggil beberapa hospital.
Sebab mahu buat ujian swab esok (Ahad).
Sebelum ini ada beberapa hospital yg boleh jalan masuk (baca, walk in.)
Tapi bila di panggil, ada yg tutup hari esok (Ahad). Aiyah.
Ada yg buka untuk ujian PCR pada jam tertentu.
Ada yg boleh buat ujian, tapi keputusan agak lambat.
Panik juga penulis dibuatnya.

Nasib baik ada klinik yg boleh buat ujian Covid 19 dalam perjalanan ke pantai itu.
Senang sahaja, mudah dan cepat.
Terbang dua hatus sepoh hinggit sahaja.
Esok petang boleh dapat keputusan ujian.

Petang, penulis berlarian di tengah sawah Sekinchan pula.
Tapi jerami padi lama sudah tidak ada lagi.
Jadi penulis berlarian ditefian fantai.
Pantai yg agak kotor dan berselut.
Punyalah ramai orangramai disitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 18, 2021

MY CREDIT CARD GOT PROBLEM

Lagi beberapa hari mahu terbang ke seberang parit.
Tapi masalah kad kredit penulis masih belum selesai.

Bila masuk bertanya ke ranting bank pun kena buat temujanji.
Yo wes lah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 17, 2021

NEXT WEEK I AM GOING TO MISS THIS CITY

Bukit Bintang @2021
Tengahari tadi sudah merentasi negeri lagi.

Malam pula berlarian ditengah2 ibukota.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 16, 2021

PELANGI

Child's play @2021
Hari ini agak sibuk.

Kurang semunggu lagi akan terbang ke seberang parit.
Beberapa dokumen kena cetak.
1. Pasport - done
2. Visa - done
3. Surat tawaran kerja ejen - done
4. Surat jemputan kerja syarikat - done
5. Tempahan hotel - QQ3921C9 Done
6. Health Assessment Form - done
7. PCR Consent Form - swab test
8. Tiket kapalterbang - done
9. Mysejahtera Vaccine Certificate -

Online registration:
1. Ehteraz online
2. MyTravelPass

Dan petang sempat lagi penulis berlarian ke pintu gerbang Santiago itu.
Orangramai mulai ramai di situ.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 15, 2021

IKUT RESAM PADI

Sawah padi this morning at Tangga Batu @2021
Padi ni semakin dia berisi
semakin dia tunduk

begitu juga kita manusia
semakin banyak ilmu
semakin tinggi jawatan
kita kena merendah diri

bukannya bermegah megah
dgn ilmu dan jawatan yg kita ada

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 14, 2021

لالوان واريثن

Bank Muammalat Jalan Ampang @2021
Tengahari tiada mesyuarat tingkap seperti yg dijadualkan.
Jadi penulis pun berlarian ke bank berdekatan.
Sebab kad kredit penulis tidak boleh digunakan.
Lama juga berada didalam bank itu.
Pegawai pun pening juga.

Kemudian penulis berlarian ke pusat bandaraya.
Atas urusan seri paduka baginda di Amanah Raya pula.

Sambil tukar wang dollar amerika.
Satu dollar bersamaan 4.19 hinggit sahaja.

Kemudian penulis pun berlarian merentas negeri.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 13, 2021

JAMBATAN PELANGI ELMINA

Jambatan Pelangi Elmina @2021
Petang penulis berlarian ke Elmina 8.
Punyalah ramai orangramai macam ulataik.
Mahu parkir kereta pun terpaksa tunggu 13 minit untuk orang keluar dahulu.
Kalau tidak, kena parkir agak jauh nun disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 12, 2021

SUNRISE WITH THICK CLOUDS

Jambatan Gantung Putrajaya sunset @2021
Pagi2 berjalanan dibelakang kampung seperti biasa.

Petang pula berlarian merentas negeri.
Punyalah ramai orangramai macam ulataik di dataran Putrajaya itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Bangi sunrise this morning @2021

Sep 10, 2021

BAKHOOR UNTUK HALAU JIN

Bakhoor or Bakhur, an Arabic word which means Fumes, is vastly known for performing houses or surroundings.
Semalam penulis ada guna alat pembakar kemenyan.
Orang arab panggil bakhoor.
Ada ustad kata boleh halau entiti dalam rumah.
Contoh, misteri bunyi guli jatuh dan bunyi perabot diseret.
Dulu penulis ada cerita di SINI.

Rumah atas flat ini sekarang sudah berpenghuni sejak beberapa bulan lepas.
Mungkin ada anak2 kecil.
Memang selalu akan kedengaran bunyi guli jatuh dan bunyi perabot diseret.
Kadang2 terlalu kuat sangat.
Terasa tegang (baca, tension) pula.

Penulis ingin cerita kejadian tadi malam.
Sebelum tidur, penulis sudah bakar alat kemenyan bakhoor itu.
Tapi pembakaran hanya bertahan 2-3 jam sahaja.
Dalam pukul 2 pagi penulis terbangun macam biasa.
Untuk buang air kecil dan kemudian solat tahajjud 2 rakaat.
Kemudian hafaz surah al waqiah atas sajadah seperti biasa juga.
Tapi masih kedengaran bunyi budak2 kecil bermain diatas.
Sehingga terjerit2.
Pelik kan?

Kemudian sebelum tidur, penulis ulang (sabki) hafaz surah al-jin.
Memang sekarang ini penulis tengah ulang2 hafaz surah al-jin.
Sabki yakni mengulang hafalan pada surah2 yg sedang dihafal.
Agar tidak lupa dan luntur dari ingatan.
Penulis perhatikan tiada lagi bunyi budak2 bermain diatas.
Mungkin sudah tidur agaknya.

Pagi2 penulis pun mainkan mp3 surah al-jin berulang2.
Memang tidak bising seperti biasa.
Alhamdulillah. Sehinggalah jam 4.15 petang, penulis hentikan pemain mp3.
Sekejap sahaja, sebab bunyi budak2 bermain diatas pun bermula.

Maksud hafazan lalat.
Sabak - hafazan baharu.
Sabki - mengulang hafazan surah.
Manzil - ‘Muraja’ah’ yakni mengulang juz-juz yg telah dihafaz.

Wallahualam.

قُلْ اُوْحِيَ اِلَيَّ اَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوْٓا اِنَّا سَمِعْنَا قُرْاٰنًا عَجَبًاۙ
1. Katakanlah (Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahwa sekumpulan jin telah mendengarkan (bacaan),” lalu mereka berkata, “Kami telah mendengarkan bacaan al-Quran yang menakjubkan,

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 9, 2021

REVISIT KLCC AGAIN

On Jalan Tun Razak this morning @2021
Pagi tadi penulis berjalanan dibelakang kampung juga.
Sebelum berlarian ke KLCC.

Visa untuk ke seberang parit sudah diterima.
Tapi penerbangan ditangguhkan 2 minggu lagi.
Sebab hotel untuk kuarantin sudah penuh pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 8, 2021

SUNGAI MERAB SUNRISE

Jalan Haji Omar sunrise @2021
Pagi2 Rabu tadi sudah berlarian dibelakang kampung.
Selepas itu makan nasi lemak kerang dan roti canai satu.
Air teh o kurang manis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SO SHE INVITED ME TO JOIN THE GROUP AND START HIKING

  Sabtu, 14 September 2024. Pagi tadi sudah berlarian mendaki bukit belakang rumah hinggap sahaja. Dengan kenalan di FB. Hujan lebat pula da...