Apr 22, 2021

KEDAI DUA HINGGIT

Please hover your mouse to see back and forth.
Mr Dollar, Today's Market Masai @2021


Oleh kerana penulis sudah lama tidak pulang ke rumah hinggap.
Isteri penulis (yg itu) berguling2 mengadu air manisan bergas sudah habis.

Sempat lagi dia sarankan untuk periksa kedai RM2 yg baru dibuka di Today's Market.
Jadi, penulis pun berlarianlah ke Today's petang semalam.
Memang betullah.
Semua barang cuma dua hinggit.
Walaupun air botol coke itu tertulis rm2.60.
Tapi rak kabinet dalam kedai masih belum penuh lagi.

Ehh. Pagi tadi penulis sudah sahur nasi goreng kampung sahaja.
Di masa dan tempat yg sama seperti semalam.
Alone matcham biasa.

Movie lalat. 4x4 (Argentine-Spanish 2019).
Sinopsis. Ciro, si mamat maling jalanan, cuba mencuri set radio didalam kereta 4x4 kepunyaan seorang doktor bersalin. Tetapi beliau terperangkap didalam kereta 4x4 itu yg canggih dgn ciri2 keselamatan. Ulasan penulis. Cerita disatu lokasi terkurung persis Phone Booth yg saspen, tegang dan mendebarkan. Tetapi akhiran yg agak kuchiva.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KSL Condo. Taman Rinting during dusk @2021
Sahur this morning before dawn at Jalan Lembah @2021

Apr 21, 2021

BREAKING FAST WITH HIGHWAY VIEW

Approaching Machap RnR heading south @2021
Walaupun mesyuarat tingkap tengahari tadi belum selesai.
Penulis sudah berlarian ke TBS.

Kemudian mengambil cikputih berdekatan Taman Leech Avenue.

Kemudian terus melarikan diri merentas negeri lagi ke selatan.

Nota lalat. Hidup ini komplikated.
Kalau takut dilambung ombak.
Jangan berumah banyak2 ditefian fantai.

Tambahan lalat. Malas mahu buat entri baru.
Penulis letak satu gambar masa sahur pagi tadi.
Boleh kan? Khannnns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sahur this morning at 3am, Jalan Lembah 19. Seri Alam Masai
Alone matcham biasa.

Apr 20, 2021

PUKUL BODYGUARD BERPUASA - MOHON MAAF SAHAJA TIDAK CUKUP

Mee siam with ayam rendang, Kluang Station, Tesco Ampang
Petang tadi penulis sudah berlarian ke balai polis berdekatan.
Tujuan utama untuk merentasi negeri.
Urusan tidaklah memakan masa yg panjang.
Sebab semua dokumen sudah siap siaga.
Cuma beratur diluar pintu balai itu yg agak lama. 

Apr 19, 2021

PUDURAYA - NAMAMU TIDAK SEGAH DAHULU

Perhentian bas dan teksi Sungai Besar @2021
Salam petang Ahad semua kawan2 penulis lah.

Tengahari sudah tiba di Puduraya.
Senyap dan sunyi seperti bangunan berhantu.
Tidak seperti dulu2.

Pudu Sentral atau Hentian Puduraya satu nama yang gah satu ketika dulu mula dibuka pada 1976 oleh Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn. Ia dikenali sebagai tempat perhentian bas utama di Kuala Lumpur.
Ketika menjelang musim perayaan, orang ramai pasti menyerbu Hentian Puduraya bagi mendapatkan tiket bas untuk ke utara, barat, timur dan selatan negara.
Pelbagai ragam masyarakat dapat dirakam termasuk gelagat saat-saat akhir mereka yang cuba mendapatkan tiket bas untuk pulang menyambut perayaan di kampung halaman masing-masing.
Kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan menjadi penyumbang sistem pengangkutan awam di Hentian Puduraya dipindahkan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan (ITT BTS) atau TBS (terminal Bersepadu Selatan) pada awal Januari 2011. - pressreader.

Petang sempat lagi singgah Giant.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 18, 2021

WORDLESS SABTU

Outpatient Clinic, Sabak Bernam Hospital
Selamat berhujung minggu semua kawan2 penulis lah.

Amaran lalat. Komen2 yg speku penulis akan santau ehh pantau ya. ;p
Majulah sukan untuk negara.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 17, 2021

SAWAH PADI, POHON SEBATANG DAN SUNGAI BESAR

Sungai Besar foodcourt
Pagi tadi penulis sudah berlarian mencari pelabuhan untuk kerja memotong rumput.
Medan selera yg ditutup pada siang hari itu kelihatan sesuai.
Yg penting, ada saluran kuasa elektrik berhampiran.

Mesyuarat tingkap pada jam 11.45am.
Walaupun mesyuarat berjalan seperti biasa.
Tapi keadaan medan selera yg memualkan.
Dengan bau longkang yg meloyakan sungguh.
Jadi penulis terpaksa berangkat segera dari situ.

Solat lalat.
Sempat penulis berlarian ke masjid ditengah bendang.
Untuk menunaikan solah jemuah.
Yg penting pematuhan SOP masih dijalankan.
Kes covid baharu sejak kelmarin sudah melampaui dua hibu.

Ooh. Petang pula penulis sempat menziarah param (pasar ramadhan).
Sambil bertanya jadual bas untuk merentas negeri lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Masjid an-Nur, Sungai Haji Dorani
Masjid an-Nur, Sungai Haji Dorani
Masjid an-Nur, Sungai Haji Dorani
Bazar Ramadhan Sungai Besar @2021

Apr 16, 2021

MAKNA NOMBOR 8 DALAM NUMEROLOGI CINA

8 O'clock at night
Nombor 8 (ε…«).

Bagi orang Cina, nombor 8 paling popular kerana ia membawa pengaruh yang sangat tinggi di samping kejayaan dalam kehidupan.

Tafsiran nombor 8 ialah kaya, makmur.

Nota lalat. Semoga kehadiran nombor 8 ini memberikan lebih kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran dalam kehidupan. Amin ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 15, 2021

MASALAH PARKIR KERETA DI HOSPITAL MASIH KRITIKAL

My laptop dusty screen @2021
Tengahari tadi penulis sudah mencari pelabuhan untuk bermesyuarat tingkap.
Sebab internet di kawasan penulis bermukim (Bukit Belacan) tidak baik.
Penulis parkir berdekatan hospital sahaja.
Parkir yg digenangi air pun tetap lima hinggit sekali masuk.

Yg penting keadaan bateri laptop penulis pun masih terbaik, tiptop dan sihat.
Kalau penuh boleh berlarian selama 2 jam setengah.
Mesyuarat tingkap biasanya tidak sampai sejam pun.

Movie lalat. Coming Home 1978.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Hospital Ampang private public rm5 per entry @2021

Apr 13, 2021

BUTTERFLY PARK & KILOMETER ZERO

Morpho Helena (M)


Sebenarnya penulis sudah lama mahu berlarian ke taman rama-rama.
Dulu Taman Rama-rama Melaka tapi tidak kesampaian.
Kerana sekatan jalanraya betul2 didepan taman tema itu.

Petang tadi penulis pun berlarian ke Taman Rama-rama Key Ell.
Dapatlah tangkap dua tiga keping gambiran.
Susah dan mencabar juga ya mahu menangkap gambar rama-rama yg senantiasa terbang.

Selepas itu, penulis pun berlarian ke dataran Merdeka.
Olehkerana pelancong luar negara pun tidak kelihatan.
Maka mengambil gambar ditengah2 dataran adalah menyenangkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Taman Rama-rama KL @2021
Di Dataran Merdeka @2021:
Dataran Merdeka KL @2021
Di Tesco Ampang:

Tesco Ampang

Apr 12, 2021

PENCAWANG DENGAN AWAN PALSU

Pinggiran putrajaya at Warung Bunian this morning, clouds by motionleaps @2021

Gambar pencawang dengan awan tebal berarak diatas penulis guna apps motionleaps.
Gambar pencawang dibawah penulis sunting guna photoshop sahaja.
Untuk lihat gambar asli tanpa awan dan langit membiru, sila sailang legar tetikus pembaca diatas gambar ya.
Jika pembaca guna smartphone yg canggih lah sangat, sila tekan atas gambar dan luar gambar untuk lihat perbezaan.
Jangan cakap penulis tidak sailang payung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Please hover your mouse to see before and after edit.


Pinggiran putrajaya at Warung Bunian this morning, clouds by motionleaps @2021

Apr 11, 2021

LUKA LAMA BERDARA KEMBALI, LUKA YG BARU NAK LETAK MANA UOOOOLS

suddenly there was a scratch on my hand, D'Brothers Kitchen Hulu Langat
Tiba2 ada calar di tangan penulis ketika berada di dalam kedai makanan barat itu senja tadi.
Penulis pun tidak pasti dimanakah penulis dapatkan calar tersebut.

Jangan risau. 
Calar sedikit sahaja. 
Dalam hati siapa yg tahu.
 
Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.