Apr 20, 2021

PUKUL BODYGUARD BERPUASA - MOHON MAAF SAHAJA TIDAK CUKUP

Mee siam with ayam rendang, Kluang Station, Tesco Ampang
Petang tadi penulis sudah berlarian ke balai polis berdekatan.
Tujuan utama untuk merentasi negeri.
Urusan tidaklah memakan masa yg panjang.
Sebab semua dokumen sudah siap siaga.
Cuma beratur diluar pintu balai itu yg agak lama. 

Tapi ada abam sorang ini macam panik sahaja.
Mula2 penulis tiba di luar balai, seperti bertikam lidah dengan sorang ahkak ni.
Mukin ahkak ni sedara sedulor abam juga.
Dorang baru keluar dari balai.
Kedengarannya tidak lengkap dokumen, dan kena buat 2 salinan.
Abam tu pun naik motor dan kuar dari perkarangan balai.
Ada abam polis dari dalam balai jerit2 pada ahkak ni.
Disuruh masuk kedalam lagi.
Kemudian ahkak tu kuar duduk kat kerusi meja.
Isi borang dan sambil tekan2 telefon pintar lah sangat.
Penulis nampak tertulis urusan kematian abang.
Mukin abam polis itu kasihan dan tolong ahkak ni.
Urusan ahkak pun selesai.
Tapi penulis masih diluar pintu balai, tunggu giliran.
Tiba2 abam yg naik motor tadi pun tiba.
Ehh. Tiba2 nak potong kayu (baca, Q) katanya.
Kalut sungguh penulis lihat.
Penulis biarkan sahaja.
"Sebelum ni kat balai K oke je," sambil abam sengih2 belum masuk kedalam.
"Tak mintak pun 2 salinan, " katanya lagi.
Ooh, penulis baru perasan dia kuar naik motor tadi sebab nak buat fotostat.
Penulis pun tanya, "abis kenapa tak gi balai K saja?"
"Eh aku keje dekat je sini," balas abam tu.
Kan dah ditulis besar tu - DUA SALINAN!
"Eh manalah aku perasan!" jerkahnya lagi.
Yo wes lah.

Usai urusan di balai.
Penulis pun berlarian ke Ampang.
Sebab mahu perbaiki peti simpanan duit juta2 lemon penulis itu.
Masalah peti itu ialah bateri kong.
Tidak boleh lagi dibuka.
Silap penulis juga sebab tuari abaikan amaran lampu nak habis bateri.
Padan muka penulis.
Mula2 penulis carilah guna google tukang kunci berdekatan.
Ada ahpek ni sudah minta rm150. "Sikalang juga gua datang lumah," katanya.
Penulis rasa amat mahal dan tidaklah terus terima tawaran itu.
Penulis kata, "nanti gua pk dulu."
Teringatlah penulis akan tukang kunci di bukit belacan.
Penulis selalu guna khidmat dia dari buka kunci rumah lelong.
Kunci proton saga anak lanang yg tertinggal kunci didalam pun penulis panggil mamat ni.
Bila ditanya, "boleh wak, lima poh hinggit wak, tapi wak kena bawak peti datang kedai."
Okay lah.
Dipendek cerita penulis pun berlarian ke bukit belacan.
Singgah di tesco dulu untuk buka puasa.
Makan mee siam sahaja.

Bila sampai kedai kunci masih ditutup.
Bila penulis panggil (guna henfon cap aiyam lah), mamat cina tu tengah makan di rumah.
Dia nampak penulis (guna CCTV kedai) suruh tunggu.
Penulis pun tidak risau dan tunggu sahaja.
Tidak lama kemudian mamat cina datang dgn skuter.
Penulis bawa peti masuk kedai.
Mamat cina keluarkan peralatan sulit.
Percubaan pertama tidak berjaya..
Percubaan kedua tidak sampai 29 saat pun dapat dibuka.
Bukti lalat: ada gambar video penulis tangkap dibawah.
Penulis pun bergumbira lah.

Pasal tajuk.
Sila rujuk link di SINI.
Siapa kata ini kes terpencil?!!
Teringat dulu jiran cina penulis.
Pernah punya bibik yg bekerja dirumah.
Cewek cun dari semarang.
Bertahun2 jugalah cewek tinggal dengan mereka.
Dengan memandikan anjing2 dan masak makanan mereka.
Tapi setiap kali bulan puasa mereka akan melarang cewek itu berpuasa.
Bila ditegur, "nanti tak larat buat keje," kata jiran itu.
Komunis betullah kan.

Ehh, terpanjang pula entri penulis hari ini. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Kluang station Tesco Ampang
Tesco Ampang [+ the same signboard but different logo 10 years ago - 2010]
Di Balai Polis B.
Balai polis B
Balai polis B
Pergerakan rentas negeri yg dibenarkan. Balai polis B

Peti simpanan penulis.
My old safe box
Cara membuka peti besi dalam masa 29 saat.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FALL INTO SLEEP IMMEDIATELY WITH HEAVY RAINSTORM & THUNDER SOUNDS

  Amasari Residence Resort @2024 Sabtu, 5 Mei 2024. Hari ini hujan turun dengan lebat anjing dan kucing. Tapi wak tidur kepenatan waktu itu....