Mar 24, 2021

HOW A PARKING TICKET IMPACTS A DRIVER

Fifty sen for one hour only.
Pagi2 penulis sudah berlarian ke Sungai Chua.
Hajat untuk keluarkan duit juta2 lemon dari ATM bank berdekatan.
Tapi abam guard tiba2 tutuplah pintu pula.

Bila ditanya, "lama lagi lah wak," jawab abam guard sambil mengunci pintu gelas.

Jadi, penulis pun bersarapan dulu di kedai mamak berdekatan situ.
Usai makan roti telur bawah dan teh o panas kurang manis.
Tiba2 ternampaklah orang majlis sedang menyaman kereta2 yg tiada tiket parkir.
Bertempiaranlah penulis mencari mesin tiket parkir berdekatan.

Walaupun hanya saman sepoh hinggit, wehh siapalah tidak sayang duit kan. Khannnns?

Movie lalat. Days of Heaven 1978. Sinopsis. Dikisahkan dalam tahun 1916, ia menceritakan kisah sepasang kekasih miskin, Bill dan Abby, yg pergi ke Texas Panhandle untuk menuai gandum kepunyaan seorang petani yg kaya. Bill memujuk Abby untuk berkahwin dan menuntut harta warisan petani (WP) yg kaya raya itu yg sedang sakit barah dan bakal mati dalam masa setahun. Komen penulis - sinematografi ladang gandum yg cantik dan menarik. Lakonan Richard Gere juga padu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
This is not for my car. Jalan Sungai Chua, Kajang.
My old rusted cikputih still alive and kicking

Mar 23, 2021

SATAY NEAR LEECH AVENUE

Sate ayam
Dari mana datangnya lintah?
Dari sawah turun ke kali.

Ehh. Malam tadi penulis sudah mengidam mahu makan sate.
Sate ayam sepoh cucuk sudah.
Jemput makan kawan2 penulis semua2 lah.

Movie lalat.    Ja-yu-eui eon-deok (2014).

Blog bukanlah hakmilik kekal.
This is sate ayam with nasi impit.

Mar 22, 2021

COVID 19 CRISIS CLOSES 90 PERCENT OF MUSEUMS GLOBALLY

Muzium al Quran, next to Masjid al-Azim
Usai mesyuarat tingkap, penulis pun berlarian ke muzium berdekatan.
Konon penulis mahu ziarah muzium al Quran.
Tapi apakan daya - buah cempedak nak jadi nangka.
Muzium sudah ditutup dan akan berpindah ke premis yg baharu.
Yo wes.

Kemudian penulis pun berlarian ke banda hilir.
Konon mahu melawat barang2 antik di House of Museums.
Tapi dayakan apa - buah cempedak nangka pula yg jadi.
Muzium ditutup juga.
Yo wes lah.

Memang muzium alQuran itu telah ditutup disitu untuk selama2nya.
Tetapi penulis tidak tahu pula samada House of Museums itu ditutup sampai bila. 
Sebab tertulis dalam portal hanya tutup pada hari Rabu dan Khamis sahaja. 

Movie lalat. Fitzcarraldo 1982.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
House of Museums also closed indefinitely.
The site where one of the 100 + years tree felt down last week.

Mar 21, 2021

HANG TUAH, HANG JEBAT, HANG KASTURI, HANG LI PO, HANG PI MANA

Muzium Hang Tuah but nodody at the ticket counter.
Semalam petang kan sudah kena halau dengan abam kaunter tiket.
Sebab lambat benar penulis tiba di muzium Hang Tuah.
Pagi2 ini (tidaklah pagi suboh sepi-e) penulis sudah pun tiba di depan pagar muzium lagi.
Tapi abam kaunter tiket tiadalah pula.
Habis macamana penulis hendak masuk ke dalam muzium?
Tapi itu tidak penting.
Ambil dua tiga gambiran diluar pagar sudah.

Selepas itu, penulis berlarian ke makam Hang Jebat.
Dan juga ke makam Hang Kasturi.

Puteri Hang Li Po tiada makam ya kawan2.
Yg ada cuma perigi Hang Li Po.
Dan restoran asam pedas Puteri Hang Li Po yg masih bertutup sahaja.

Movie lalat. A Repo Man 1984.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia - Part 2
Jirat cina
Makam Hang Jebat
Makam Hang Jebat
Jalan Hang Jebat
Makam Hang Kasturi
Makam Hang Kasturi
Hey awak!
Perigi Hang Li Po (Perigi Raja)
Perigi Hang Li Po 
Spider Lily at Li Po's well

Mar 20, 2021

TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA - PART 1

Perigi Hang Tuah - bukan perigi mencari timba ya.

Tanah melayu tanah pusaka,
Megah berdiri disinggahsana,
Adat dijunjung nama dijaga,
Tidak melayu hilang didunia.

Petang kelmarin penulis sudah berlarian ke perkampungan Hang Tuah.
Tapi agak terlewat.
Bila sampai di parkir muzium.
Abam kaunter tiket berlarian teriak pada penulis.
Walaupun masih ada 20 minit sebelum muzium ditutup.
Walaupun penulis cuma ingin mengambil gambiran diluar muzium sahaja.
"Tidak boleh wak, nanti oranglen nmpk kete wak dorang masuk pulak," kata abam kaunter lagi.
"Boleh je datang esok pagi2 wak," abam kaunter merayu lagi.
Yo wes.

Jadi penulis pun keluar dari parkir muzium.
Dan berlarian ke belakang muzium.
Terletaknya perigi Hang Tuah.

Selepas itu, penulis berlarian ke tefian fantai pula.
Sempat singgah di makam Hang Tuah.

Movie lalat. A Perfect World 1993.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Air keramat dari pahlawan lagenda.
In between the museum and the graveyard.
Mausoleum of Hang Tuah, Tanjung Kling
Don't do something that may deviate your faith
The longest grave I've ever seen
The longest grave I've ever seen
Pantai Kundor gloomy sunset

Mar 19, 2021

BANANAS VS PLAINTAINS

Musa acuminata, ie pisang montel
Dulu masa penulis menjadi pemandu Uber.
Pernah selalu bawa orang2 negro Afrika.
Kebanyakan orang2 hitam dari negara Nigeria.

Suatu hari, penulis bawa seorang pemuda negro Nigeria.
Dia hendak ke pasaraya membeli "plaintains."
Pertama kali penulis mendengarnya.

Bila ditanya lagi, rupa2nya diaorang memang memanggil pisang itu "plaintains." 
Bukan "bananas" seperti kebanyakan orang2 luar negara.
Yo wes lah.

Kamus lalat. Orang Korea (바나나) dan Jepun (バナナ) juga sebut banana. 
Orang kampung penulis panggil gedhang.
Dan manakala perkataan baharu "pishang" yg sekarang kita selalu dengar di socmed pula bermaksud sesuatu yg bosan atau seseorang yang sedang merasa kebosanan. Contoh ayat seorang pemandu Uber, “tiada penumpang di KLIA, pishang sungguh hari ini.”

Movie lalat. Unsane 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 18, 2021

MISTERI | BUNYI GULI JATUH & BUNYI PERABOT DISERET DI TENGAH MALAM

Can you hear those strange noises?
Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah.

Malam ini malam jumaat.
Malam permintaan kaum ibu2 ye.

Ooh. Pasal tajuk misteri bunyi guli dan bunyi perabot diseret di tengah malam.
Walaupun penulis perasan rumah diatas ini tiada berpenghuni.
Kosong.
Sekarang ini bukan malam sahaja.
Kadang-kadang siang2 hari panas berdeting pun seperti ada bunyi budak2 berlarian dan melompat2 diatas siling.

Movie lalat. North by Northwest 1959.
2. Crusoe 1988.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dunkin Donuts 6 + Heaven & Earth Jasmine tea
Mitsui Outlets KLIA Sepang
Sepang sunset

Mar 17, 2021

BELI SATE DI PINGGIR JALAN

Sate Hj Samuri kajang
Beli sate di pinggir jalan ..
Makan nya di bawah pohon jambu..
Mari lah kita saling memaafkan..
Agar kita bahagia selalu...

Ehh. Pantun tiada kena mengena dengan gambar2 ya.
Dan patutnya entri ini dinamakan "Wordless Wednesday". Khaannns.

Movie lalat. Love 2015 (18SX).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi lemak telur bungkus & roti canai kosong warung bunian

Mar 16, 2021

KELAKAR APA HARI INI?

Toshiba 9kg washing machine with 7 years motor warranty.
Saya beli peti sejuk baru saiz besar.
Sekarang nak buat macamana biar jiran tahu saya beli peti sejuk baru ini?

Kena letak kat luar rumah kah? 

#FBKelakarApaHariIni
#RiakApaHariIni
#LawakKerDer
#TiadaYangKekalLama

Nota lalat. Untuk rekod. Sebenarnya bukan peti sejuk, tapi mesin pembasuh (Toshiba) sahaja.
Dan penghawa dingin (Daikin) 1.5hp juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 15, 2021

SOMETIMES IT RAINS SOMETIMES IT SHINES

Cakap sikit nangis, Cakap sikit sentap, Plus highway heading north
Movie lalat. Palm Trees in the Snow 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Rain droppings on the green
Black and white on the Hilux

Mar 14, 2021

YAASIR IS 14 TODAY

The birthday boy
Semalam penulis sudah berlarian ke pusat belibelah midvalley JB itu.
Sebab hendak meraikan harijadi anak lanang bocah cilik.
Mahu makan sushi katanya.
 
Hari ini genap usia anak lanang 14 tahun lah.
Begitu juga usia penulis berblogging.
Bukan sahaja di blog Tiga Lalat yg ini.
Rasanya sudah juta2 lemon blog penulis lalui.
Yg mula2 itu bersama ekawan.
Hari2 penulis tulis blog.
Penulis tulis blog tiap2 hari.

Ehh. Hari ini juga harijadi Albert Einstein itu juga.

Throwback lalat. Previous Yaasir's birthdays at 1 year (2008) and 4 year (2011).

Movie lalat. 5 To 7 2014.
2. Avengement 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Yaasir with his big sister, aBo
Salmon steak and Ebi fry set meal for me.

NO TIME TO WATCH ONLINE MOVIES NOW

  Khamis malam Jumaat, 9 Januari 2025. Hari ini pertama kali bawa cik Jnulekasnova ke kantor. Tapi masih parkir di luar. Di tepi jalan yg be...