|
A new iphone 12 mini unboxing. |
Minggu lepas anak lanang sudah mengadu iphone dia mengalami kerosakan.
"Salam ayahnda, nak minta phone baru, phone anaknda dah mula buat hal.. kalo tak boleh takape," mesej anak lanang dalam wasapnya.
Jadi, siang tadi selepas hantar cikputih ke bengkel untuk diservis.
Penulis bawa anak lanang ke pusat belibelah berdekatan.
Eh, sebelum itu semalam penulis sudah pujuk2 anak lanang untuk beli sahaja henfon cap aiyam (selain iphone) yg lebih murah.
Anak lanang sudah merajuk, "kalo bukan iphone takpelah ayahanda." Dan pagi tadi penulis pujuk lagi.
Kalau iphone SE yg lebih murah boleh kah?
"Iphone SE tak cukup power, blah blah blah, iphone 12 mini pun oke," tangkis anak lanang.
Kedai 1 - Machine.
Harga iphone 12 mini sudah langkau rm3k. Aduhai.
Jadi, penulis tawar untuk tukar milik iphone yg lama.
Awek kedai kira2 untuk iphone 10 lama dapatlah paling tinggi rm900.
Untuk iphone 6S lama paling tinggi pun boleh ambil rm80 sahaja.
Tapi ada masalah portal tukar milik (trade in) hari ini, kena tunggu hari Isnin, kata awek kedai.
Yo wes.
Kedai 2 - Sengheng, bersebelahaan kedai 1.
Harga iphone 12 mini pun sama.
Boleh ambil iphone 10 lama rm680 sebab ada calar balar (sikit je pun).
Tukar milik iphone 6S lama pun cuma rm140 (lebih baik dari kedai 1 tadi).
Selain itu, ada unsur ketidakpuashatian.
Sebab dipaksa ambil insuran kedai rm193 untuk 2 tahun.
Kena jadi rakankongsi (membership) rm50.
Jilake betullah.
Memang betullah dengan slogan mereka - berbeza memang berbeza dari kedai lainns.
Malas sudah penulis hendak fikir.
Mungkin ini kali terakhir penulis beli barangan dari kedai Sengheng.
Weh. Siapalah tidak sayang anak. Tapi ada kan... Khannns.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
His new iphone 12 mini. |