Mar 9, 2021

MENDUNG BELUM TENTU HUJAN

KSL condominium, Taman Rinting
Mendung belum tentu hujan;
Bujang belum tentu kesepian;
PKP belum tentu ditamatkan:
Pacaran belum tentu ke pelaminan.

Ooh. Penulis ada ambil gambar KSL condom condominium yg sama diatas tahun lepas (sebelum PKP).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 8, 2021

UMPAMA ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL

Please hover your mouse to see the special card.


Terimakasih penulis ucapkan kepada blogger fofuler Shida Radzuan.
Bukan Shida yg lain2 itu ya.

Gara2 penulis tertekan jadi pengikut yg ke lima hibu.
Link: Bulan Mac Yg Sempurna 5000 Dalam Tangan.
Fuyooohh.

Dapatlah hadiah bantal Leyna yg gebu dan mulus.
Terimakasih sekali lagi kepada Shida itttewww.
Semoga kita semua jadi kawan2 blogger yg baik2.
Tanpa kawan2 yg best2 gitu saperlar penulis yg ini kann. Khannnns.

THANK YOU DEAR ANIES
Pagi tadi penulis pun terima hadiah dari dearanies itttewww.
Walaupun penulis bukanlah top commentator dalam blog aniesandyou itttewww.
Terimakasih juga kepada dearanies.

Movie lalat. Brooklyn Love Stories 2019
2. A Single Man 2009.
3. A Single Girl (French: La Fille seule)1995.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 7, 2021

HOW TO NEGOTIATE YOUR KID TO PURCHASE A NEW IPHONE

A new iphone 12 mini unboxing.
Minggu lepas anak lanang sudah mengadu iphone dia mengalami kerosakan.
"Salam ayahnda, nak minta phone baru, phone anaknda dah mula buat hal.. kalo tak boleh takape," mesej anak lanang dalam wasapnya.

Jadi, siang tadi selepas hantar cikputih ke bengkel untuk diservis.
Penulis bawa anak lanang ke pusat belibelah berdekatan.

Eh, sebelum itu semalam penulis sudah pujuk2 anak lanang untuk beli sahaja henfon cap aiyam (selain iphone) yg lebih murah.
Anak lanang sudah merajuk, "kalo bukan iphone takpelah ayahanda." Dan pagi tadi penulis pujuk lagi.
Kalau iphone SE yg lebih murah boleh kah?
"Iphone SE tak cukup power, blah blah blah, iphone 12 mini pun oke," tangkis anak lanang.

Kedai 1 - Machine.
Harga iphone 12 mini sudah langkau rm3k. Aduhai.
Jadi, penulis tawar untuk tukar milik iphone yg lama.
Awek kedai kira2 untuk iphone 10 lama dapatlah paling tinggi rm900.
Untuk iphone 6S lama paling tinggi pun boleh ambil rm80 sahaja.
Tapi ada masalah portal tukar milik (trade in) hari ini, kena tunggu hari Isnin, kata awek kedai.
Yo wes.

Kedai 2 - Sengheng, bersebelahaan kedai 1.
Harga iphone 12 mini pun sama.
Boleh ambil iphone 10 lama rm680 sebab ada calar balar (sikit je pun).
Tukar milik iphone 6S lama pun cuma rm140 (lebih baik dari kedai 1 tadi).
Selain itu, ada unsur ketidakpuashatian.
Sebab dipaksa ambil insuran kedai rm193 untuk 2 tahun.
Kena jadi rakankongsi (membership) rm50.
Jilake betullah.
Memang betullah dengan slogan mereka - berbeza memang berbeza dari kedai lainns.
Malas sudah penulis hendak fikir.
Mungkin ini kali terakhir penulis beli barangan dari kedai Sengheng.

Weh. Siapalah tidak sayang anak. Tapi ada kan... Khannns. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.
His new iphone 12 mini.

Mar 6, 2021

LONTONG MASAI

Good morning Masai
Assalamualaikum dan selamat pagi semua kawan2 penulis lah. 

Movie lalat. Black Swan 2010.
2. Malena 2000 (Itali).

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Lontong Masai @2021

Mar 5, 2021

LEARN ARABIC IN 30 MINUTES

Marhaban sexy teacher ;p
Hari ini tiba2 penulis mahu belajar bahasa Arab.
Sekarang sudah banyak latihan atas talian.
Tidak perlu bayar apa2. Gratis.
Link: All the basics you need.

Dulu, masa penulis mahu belajar bahasa Perancis.
Masuk kelas 2 hari sahaja sudah putus asa.
Je suis désolé

Kemudian penulis belajar bahasa Jepun.
Tiga bulan di tempat kerja di Singapura.
Sebelum ke Jepun selama 6 bulan.
Sekarang sudah berpuluh2 tahun tinggalkan.
Sudah berkarat - watashino nihongo o warui desu!

Ehh. Bahasa Jawa itu bahasa ibunda sahaja.
Malu penulis pada wak kangji Warisan Petani yg pinter and ganteng ittewww.

Nota hafazan lalat. Alhamdulillah.
Berjaya hafaz surah as-syams dan ad-duha yg pendek.
Harus dilatih menghafaz berulang2.
Sekarang sedang berusaha menghafaz beberapa ayat2 penting dalam surah al-baqarah, ie ayat 1-5, ayat kursi (ayat 255) dan ayat 283-285.
Semoga dipermudahkan.
Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 4, 2021

I ALMOST STRANDED ON THE HIGHWAY

Sigh! 
Orang kata kalau tanda amaran paras kehabisan minyak menyala.
Masih ada 55 kilometer untuk berlarian.

Mar 3, 2021

BEAUTIFUL MORNING SKY

Morning blue sky (please hover to see the morning moon)...


Dengarnya semalam petang hujan lebat anjing dan kucing di ibukota.
Tetapi tidaklah sampai ke Jalan Rollercoaster.

Pagi2 ini penulis tengok keadaan langit pun membiru.
Walaupun baharu jam 9 pagi. Bahang panas matahari pun dirasai.
Harap2 panas hingga ke petang juga (ehh, ini peribahasa).
Tapi sudah agak lama tidak hujan kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 2, 2021

TEA DOESN'T NEED SUGAR TO TASTE GOOD

A McD hot tea on my lap on the moving vehicle.
I AM ALLERGIC TO COFFEE
Dulu penulis memang peminum kopi yg tegar.
Hari2 penulis minum kopi.
Sejak kejadian sakit perut yg luarbiasa.
Maka penulis tidak boleh minum apa2 jenis kopi pon.

GALAXY J1 MINI PRIME
Kelmarin penulis terjumpa henfon pintar yg lama.
Kenangan bersama sewaktu penulis menjadi pemandu Uber.
Saiz memori dan cakera keras yg kecil.
Saiz skrin yg kecil juga.
Tapi banyak jasa ketika memutarbelit dan manipulasi sistem maklumat.
Semua tinggal kenangan.

UNLIMITED PREPAID XPAX
Kelmarin juga penulis baru tahu.
Celcom sudah ada pakej prabayar tanpa had.
Cuma rm35 sebulan.
Lagipun sekarang banyak data internet harus diguna.
Sekurang2nya 3GB data harus digunakan setiap hari.


Blog bukanlah hakmilik kekal.
My old and unusable Samsung Galaxy J1 mini prime
A new Celcom Xpax Unlimited internet prepaid

Mar 1, 2021

VITAGEN HIJAU & KLEPTOPHOBIA

Vitagen dengan jus epal

VITAGEN HIJAU
Penulis memang suka minum air vitagen ini.
Konon2 untuk pencernaan dalam perut.

Tapi biasalah sebotol kecil ini pun tidak puas.
4 kali sedut pun sudah habis.

PAYWAVE CREDIT CARD
Minggu lepas penulis sudah terima penggantian kad kredit yg baharu.
Untuk ganti kad lama yg sudah patah dalam dompet yg lama.

Tapi kad yg baharu ini sungguh rasa tidak selamat.
Sebab guna gelombang bayar (baca, paywave). 
Seperti kad TouchnGo sahaja.
Tidak perlu nombor pin.

Dulu pernah berlaku pada kad kredit yg lama.
Tertinggal di pam minyak Caltex Bukit Belacan.
Sudah digunakan orang lain untuk pam minyak juga.

Jadi sindrom kleptophobia sekarang sedang bermain di minda penulis.

Kamus lalat. Kleptophobia (atau cleptophobia) adalah ketakutan pencurian atau dicuri. Ketakutan ini sering disebabkan oleh pengalaman trauma pada masa lalu, khususnya dirompak atau perkara yang dicuri itu sendiri. Penderita mungkin menghadapi pengasingan, harga diri yang rendah, kemurungan, dan gangguan kecemasan yang lain. Oleh kerana terdedah dalam situasi berisiko tinggi, mereka juga mungkin mengalami kegelisahan sosial malahan agoraphobia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
New paywave card 

Feb 28, 2021

NO MORE JALAN ROLLERCOASTER

Sunrise this morning
Salam pagi Ahad kawan2 penulis semua2 lah.

Nama Jalan Rollercoaster (foto 2 tahun lepas) itu sudah ditukar ke Jalan Haji Mohd Amin. 
Samalah seperti pekan Batang Berjuntai yg dahulu.

Jom sarap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Hj. Mohd Amin used to be known as Jalan Rollercoaster
Nasi goreng campur mee goreng at Diplomatik

Feb 26, 2021

MUNCHY'S OAT KRUNCH

Munchy's Oat Krunch - strawberry & blackcurrant
Salam hari Jumaat kawan2 penulis semua2 lah.

Usai mesyuarat tingkap tengahari tadi, kalau kelaparan boleh lah meratah mancis ini.

Movie lalat. Clashاشتباك‎) 2016 (Mesir).
2. Devil 2010.
3. Grandma 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Munchy's Oat Krunch - strawberry & blackcurrant

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.