Feb 28, 2021

NO MORE JALAN ROLLERCOASTER

Sunrise this morning
Salam pagi Ahad kawan2 penulis semua2 lah.

Nama Jalan Rollercoaster (foto 2 tahun lepas) itu sudah ditukar ke Jalan Haji Mohd Amin. 
Samalah seperti pekan Batang Berjuntai yg dahulu.

Jom sarap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jalan Hj. Mohd Amin used to be known as Jalan Rollercoaster
Nasi goreng campur mee goreng at Diplomatik

Feb 26, 2021

MUNCHY'S OAT KRUNCH

Munchy's Oat Krunch - strawberry & blackcurrant
Salam hari Jumaat kawan2 penulis semua2 lah.

Usai mesyuarat tingkap tengahari tadi, kalau kelaparan boleh lah meratah mancis ini.

Movie lalat. Clashاشتباك‎) 2016 (Mesir).
2. Devil 2010.
3. Grandma 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Munchy's Oat Krunch - strawberry & blackcurrant

Feb 25, 2021

TO NEUTRAL OR NOT WHILE WAITING AT TRAFFIC LIGHT

Jalan Tanjung Minyak @2021
Biasa tunggu lampu merah bertukar hijau di simpang.
Penulis tidak akan tukar gear ke N seperti kebanyakan oranglain.
Biarkan sahaja gear di D.

Ada oranglain yg tukar gear ke N dan sangup tarik brek tangan. 
Bila lampu trafik sudah tukar hijau maka kelam kabut lepaskan brek tangan. 
Dan kelam kabut juga tukar gear masuk ke D. 
Tengok pun rasa tegang (baca, stress). 

Tapi sekarang teknologi kereta baharu semakin canggih kann. Is Toyota Rush a Good Buy?
Ada kereta baharu bila berhenti sekejap pun tiba2 enjin mati sendiri.
Untuk jimat minyak dan penyelengaraan katanya.

Ooh. Gambar kehijauan belukar diatas.
Aktiviti biasa untuk hilangkan kebosanan.
Dan untuk diabadikan dalam blog penulis yg biasa2 ini juga.
Penulis ambil ketika tunggu lampu trafik bertukar hijau.

Updated lalat. Gambar bawah pula ketika  matahari terbit pagi tadi.
Ditefian sawah pula.
Penulis malas buat entri baharu ya.

Movie lalat. Artemisia 1997 (18SX).

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Puisi Sawah Kedamaian - by Syukri Naim
Sunrise this morning from Taman Leech Avenue @2021

Feb 24, 2021

STIK SIRLOIN

The sirloin steak.
Petang semalam penulis teringin hendak meratah daging.
Asyik potong rumput kais pagi makan petang sahaja kann.
Asyik makan nasi paprik campur telur dengan dadar sahaja kann.
Jangan menzalimi diri sendiri ya.
Pesan stik sirloin TWS sudah.
The Windmill Station Taman Laksamana Melaka.
Malam tadi penulis sudah singgah di restoran The Windmill Station sahaja.
Tidak seperti restoran di Me'nate dan Melantak berdekatan yg mana kena pilih stik sendiri.
Di TWS ini pelanggan boleh pilih stik dari menu sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Hot Lemon Tea & Sirloin steak
I dont know them. Just candid.
The Windmill Station @2021

Feb 23, 2021

STILL UNDER CONSTRUCTION

Please hover your mouse to see before (17/11/20) and today photos.


Pagi2 penulis sudah berlarian mencari sarapan.
Tapau nasi lemak dua hinggit tepian longkang sudah.
Kuih sambal, karipap sardin dan kuih ketayap yg lembut (tiada gambar).

Sambil berlarian pulang kerumah.
Sempat tangkap gambiran rumah orglen yg sama masih dalam pembinaan.
Pautan 3 bulan yg lampau: 17 Nov 2020.

Amaran. Gambar rumah diatas bukan rumah penulis ya. Harak maklong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 22, 2021

BREAKING THE RULES

Every sunset brings the new promise of dawn.
Petang penulis sudah berlarian ke tefian fantai. Pantai Puteri Pantai Kundor Melaka.
Ambil dua tiga gambiran matahari terbenam sudah.

Ooh. Hari ini penulis mahu letak gambar warna sepenuhnya.
Patahkan pembaris.
Boleh khanns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Poyo je kannns.
Dont forget: Beautiful sunsets need cloudy skies...

Feb 21, 2021

IKAN TIMAH (TRICHIURUS LEPTURUS)

Mini car on my dusty laptop.
Pagi2 tadi sudah berlarian ke tefian fantai.
Penulis memang penggemar ikan timah goreng kunyit.
Dari sejak zaman kecil2 dengan bonda penulis.
Alfatihah untuk bonda, Hajjah Salamah.

Feb 20, 2021

ROJAK BUAH OH ROJAK PETIS

Mee rojak kak Rubiah Taman Asean.
Tengahari sudah berlarian hendak ke taman rama-rama.
Tapi disebabkan ada sekatan jalanraya, terpaksalah pusing U.

Penulis teringin hendak makan rojak petis.
Tapi yg terjumpa berdekatan cuma pakcik trak penjual rojak buah power sahaja.
Ditepian tasik zoo.
Penulis pesan rojak buah satu.

"Wak nak pedas ke sederhana pedas?" kata pakcik.

Sempat lagi penulis tanya pakcik rojak buah itu.
Kalau2 dia tahu dimana penjual rojak petis berdekatan.
Boleh pula dia membebel...
Penulis pasang telinga sahaja lah.
"Dulu pakcik penah jual rojak petis," katanya sambil mengembalikan wang baki.
"Tapi customer banyak komplen lah," kata pakcik lagi.
Penulis pun tanya apa yg dikomplenkan oleh pelanggan.
"Boleh dia kata taknak taUhu dengan kangkung," bebel pakcik.
"Kalo tak nak pun, tolak je lah tepi," katanya lagi.
"Jadi makcik kau pun malas nak layan dan taknak buat pastu," kata pakcik.

Ooh. Gambar mee rojak diatas itu. 
Bukan kedai mamak ya.
Semasa pencarian makan tengahari.
Dikedai melayu tepian longkang sahaja.

Movie lalat. The Untamed 2016 (18SX).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 19, 2021

PERSONAL VEGGIE LOVER

Veggie Lover set is not as per apps.
Tengahari terasa laparlah pula.
Penulis pun berlarian ke restoran Pizza Hut yg berdekatan.
Pesan set sayur kasih sayang sahaja.
Awek pelayan berikan menu.
"Wak kena order guna apps," kata awek itu.

Tapi bila sudah pesan set piza siap air guna apps dalam henfon.
Set peribadi untuk makanan satu orang.
Tidak sampai 5 minit, awek datang dgn segera.
"Maaf wak, air pepsi takde.. filter rosak," awek pelayan beritahu.
"Juga, onion rings pun takde.. abes stock," kata awek itu lagi.
Yo wes.

Feb 18, 2021

NTV7 PUN SUDAH TIADA

ntv7 old logo, circa 2001
Semalam penulis dikhabarkan bahawa saluran percuma ntv7 telah ditamatkan.

Cuma penulis teringat kembali kenangan di tahun 2001.
Ketika penulis diterima sebagai salah seorang pemenang rancangan kuiz ntv7.
Siapa masih ingat, rancangan "Who Wants to be a Millionaire"?

Ketika itu, isteri penulis (yg itu) sedang sarat mengandung.
Bayi yg masih dalam perut itu pun sudah 19 tahun usianya sekarang.

Link lalat. Makcik nasi lemak pun tengok millionaire.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
me @2001

Feb 17, 2021

OLD CAMERA: LUMIX GF1

Panasonic Lumix GF1
Link lama: New camera: Lumix GF1 (9/9/11).

Sudah hampir sepuluh tahun penulis guna kamera tanpa cermin ini.
Sekarang, sejak guna henfon cap aiyam, kamera ini tidak lagi digunakan.
Terbiar lama dan penuh habuk.
Penutup bateri dan kad ingatan pun sudah patah.

Ooh ya. 
Kamera lama penulis ini masih berfungsi baik. 
Cuma gambarnya agak kusam. 
Dan kadang2 susah hendak fokus pada subjek. 

Tapi blog haruslah dikemaskini setiap hari kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Panasonic Lumix GF1
WW: WORDLESS WEDNESDAY.
Gambar2 lain diambil bukan dengan kamera diatas ya.

AMWAY DISH DROP: HOW TO USE

  HOW TO USE: If you use DISH DROPS Concentrated Dishwashing Liquid with a sponge: Dilute one part of the dishwashing liquid with one to fiv...