![]() |
| My house has stairs. |
Juga sudah lama tidak melakukan aktiviti trek dalam hutan.
![]() |
| My house has stairs. |
![]() |
| Masai this morning. |
Salam Jumaat kawan2 penulis semua2 lah.
Semalam dan hari ini penulis sempat lagi menonton beberapa movie Arab.
Macamlah penulis hendak pergi ke negeri pasir berdengung dalam masa terdekat ini sahaja kan.
Movie lalat 1. Theeb 2014. (Jordan)
Sinopsis. Pada tahun 1916, Theeb tinggal bersama suku Badui di daerah terpencil dari Kerajaan Uthmaniyyah. Ketika abangnya harus mengiringi seorang pegawai British menyeberang padang pasir, Theeb mengikuti pengembaraan itu. (Komen penulis. Sinematografi yg menarik. Seperti cerita koboi sahaja.)
Movie lalat 2. Wadjda 2012. (Arab Saudi)
Sinopsis. Seorang gadis Saudi yang memberontak (Waad Mohammed) memasuki pertandingan membaca Al-Quran di sekolahnya dan berharap dapat memperoleh wang yang cukup untuk membeli basikal idamannya sendiri. (Komen penulis. Cerita yg baik. Sangat menarik untuk menyaksikan Wadjda menumpukan tenaganya untuk menghafal dan membaca ayat-ayat dari Al-Qur'an. Kerana ini, dia diterima sebagai gadis solih dan sebagai tauladan. Terdapat beberapa kejutan di bahagian terakhir filem ini.)
Movie lalat 3. Omar 2013. (Palestin)
Sinopsis. Memanjat tembok pemisah setiap hari untuk bertemu kekasih. Ditangkap setelah kematian seorang tentera Israel, seorang tukang roti Palestin (Adam Bakri) bersetuju untuk bekerja sebagai pemberi maklumat, tetapi motif dan pakatannya yang sebenarnya tetap rahsia. (Komen penulis tidak habis tonton kerana sakit hati disebabkan ada unsur2 penganiayaan kaum yg dilaknat Allah.)
Movie lalat 4. Sheikh Jackson 2017. (Mesir)
Sinopsis. Seorang imam muda mengalami krisis jati diri setelah kematian idola seumur hidupnya yang tidak dijangka - superstar pop Michael Jackson. (Komen penulis. Cerita yg menarik walaupun seperti agama dipermain2kan sahaja, ie imam yg terlupa hafaz quran bila tiba2 teringat dan ternampak ada hantu Michael Jackson menjadi makmumnya.)
Movie lalat 5. Insyriated 2017. (Belgium)
Sinopsis. Filem naratif ini membawa kita masuk ke rumah flat Damsyik ketika seorang ibu berusaha melindungi anak-anaknya, ayah tua dan jiran-jirannya dari kengerian yang berlaku di jalanan hanya beberapa tingkat dari apartmennya. (Komen penulis. Drama perang yg benar dan tragis, walaupun sinematografi hanya berada didalam rumah flat yg sempit dgn satu bilik air sahaja.)
Tentang movie arab berbanding drama2 melayu di televisyen.
Penulis ingatkan negara arab lebih konservatif dan lebih ekstrim tentang purdah dan aurat wanita. Penulis selalu tengok dalam drama melayu bini pun pakai tudung elok sahaja dalam rumah dalam bilik tidur walaupun ada suami dan muhrim yg lain. Tapi filem arab, kalau dalam rumah free hair sahaja. Ada yg siap tunjuk perempuan bogel dalam bilik mandi lagi. Wallahu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| From left. Theeb, Wadjda, Omar, Sheikh Jackson, Insyarited. |
![]() |
| Wargen - advanced liquid serum |
![]() |
| Kutil - Day 1 |
![]() |
| Habis yg bagi signal tapi tak masuk simpang itu bijak sangat kerr? |
![]() |
| Warung Zarahman Masai @2021 |
![]() |
| Beli & Ong and some vouchers. |
![]() |
| Please hover your mouse to see before and after edit. |
Penulis ingin menjawab satu soalan daripada pembaca blog penulis yg biasa2 ini.
"Eh! Macam mana buat foto separa warna ni? (terbeliak mata)" - kata uncle gedek yg ganteng itu.
![]() |
| Tesco Masai |
![]() |
| Amaron Battery via Bateriku.com |
![]() |
| Zynor 20mg and Senokot for the old lady. |
![]() |
| Kipmart Masai |
Pagi2 tadi penulis sudah berlarian ke pasar basah Kipmart.
Dengan isteri penulis (yg itu).
Movie lalat. The Japanese Wife 2010.
2. Ayka 2018.
Ooh. Sebenarnya ingin mengulas 3 movie yg penulis tonton beberapa hari lalu. Movie antarabangsa yg penulis temui dalam talian, tidak di muat-turun seperti biasa. Maka terimalah.
Movie 1. Difret.
Negara - Ethiopia. Tahun - 2014.
Sinopsis. Hirut Assefa (Tizita Hagere) adalah anak perempuan petani miskin berusia 14 tahun di luar bandar Ethiopia, tetapi dia cerdas dan keras kepala dalam persekolahan - keadaan yg jarang2 berlaku bagi kebanyakan gadis disitu. Dia juga seorang gadis yang comel, dan dalam perjalanan pulang dari sekolah, dia diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata, salah seorang daripadanya merogol Hirut dan memberitahunya bahawa dia akan menjadi isterinya. Dipukul, dianiaya dan ketakutan, Hirut mendapat peluang dan melepaskan diri dari penculiknya, dengan senapang di tangan dan, dengan tindakan mempertahankan diri yang jelas, menembak dan membunuh perogolnya.
Komen penulis. Cerita yg agak tegang dari awal hingga akhir. Kisah seorang peguam wanita yg cekal melawan undang2 negara untuk melindungi ribuan kaum wanita, gadis dan kanak2 yg tertindas. Kisah digambarkan secara baik dan dapat melihat betapa sukarnye kehidupan orang2 kampung yg miskin namun berpegang pada adat budaya mereka. Menariknya, movie ini adalah projek Angelina Jolie juga. 7/10
Movie 2. The Japanese Wife
Negara - India dan Jepun. Tahun - 2010.
Sinopsis. Kisah ini berkisar tentang seorang guru sekolah desa Bengali (Rahul Bose) yang berkahwin dengan rakan pena dari Jepun (Chigusa Takaku) dengan surat-menyurat dan tetap jujur dan setia kepadanya sepanjang hidupnya, yg sebenarnya tidak pernah bertemu muka dengannya. Dan ada watak ketiga seorang gadis sekampung yg sepatut dikahwininya tapi kemudian menjadi balu dan tinggal sebumbung.
Komen penulis. Cerita yg perlahan dari awal hingga kehujung movie. Bahasa perantara adalah Inggeris yg mudah walaupun kedua2 watak asalnya memang berbahasa Benggali dan Jepun. Sudah lama penulis tidak bercucuran air mata dan merembes2 air hidung ketika dihujung cerita dimana wanita Jepun itu datang ke kampung lelaki tersebut di India lengkap bersari serba putih dan dalam keadaan yg sedih dan sugul. 8/10
Movie 3. Ayka.
Negara - Rusia. Tahun - 2018.
Sinopsis. Seorang wanita muda Kyrgyz bernama Ayka tinggal dan bekerja secara haram di Moscow. Setelah melahirkan bayi dia melarikan diri dari hospital meninggalkan anak yang baru lahir. Dia menderita komplikasi malaise dan pasca kehamilan. Ayka meminjam wang yang dia tidak mampu bayar dari lelaki samseng untuk membuka kilang pakaian dan kini terpaksa berjuang untuk membayar hutangnya. Ayka putus asa untuk mendapat pekerjaan dengan permit kerja yang sudah habis tempoh, terbukti hampir mustahil untuk mendapatkan pekerjaan.
Komen penulis. Cerita yg sadis dan rasa kasihan pada watak utama kerana terpaksa terkejar2 mencari pekerjaan dengan keadaan yg sakit selepas melahirkan bayi. Dia terpaksa mencari pekerjaan untuk membayar hutang dan pada masa yg sama untuk sesuap makanan. Gambar sinematografi yg diambil secara dekat menggambarkan kegelisahan dan kesengsaraan hidup seorang pati yg kesempitan wang dengan bertubi2 masalah menimpa. Cerita yg sudah lama penulis jumpa tetapi tertangguh menontonnya kerana tidak dapat mencari subtitle Inggeris yg baik. Akhirnya penulis berjaya dengan subtitle youtube yg lintang pukang, walaupun dapat difahami jalan ceritanya. 7/10
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Chicken whole, Kipmart Masai. |
![]() |
| Vokal Dangdut 2016 |
![]() |
| Please hover your mouse to see before and after edit. |
Wehh.
Siapalah tak sayang bini.
Tapi ada kann.
Khanns.
Tajuk penulis ambil dari mstar dari KRT.
Movie lalat. The World's Fastest Indian 2005.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
On a COVID-19 rapid antigen test, the "C" stands for the control line. @2025 Jumaat, 5 Disember 2025. Hepi besday untuk yang ikh...