Jan 12, 2020

SKYPARK MENARA JLAND JB



Pagi pagi lepas subuh sepie tadi penulis sudah berenang2 ketepian tambak.
Tujuan untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.
Alone matcham biasa.

Ooops, hampir terlupa.
Semalam petang penulis berlarian ke Komtar JB, bukan Komtar Penang ya.
Hajat hendak menangkap gambar matahari tenggelam di tingkat atas menara JLand itu.
Daripada blognisalpunya sebenarnya yg penulis dapat tahu.
Penulis tiba di tempat parkir tingkat 4 pukul 6pm.
Ingatkan masih awal lagi, penulis pun bermakanan di medan selera tingkat 3.

Pukul 6.45pm penulis tiba di kaunter beli tiket tingkat bawah (baca, ground floor), tapi.
Awek kaunter kata pintu masuk sudah ditutup pada jam 6.40pm. Demm.
Penerimaan seterusnya pada jam 7.30pm.

Dipendekkan cerita, penulis sampai juga ke lantai kaca Skypark walaupun agak kuchiva kerana matahari telah melabuhkan cahayanya diufuk.
Gambar-gambar berikut untuk dilayani.

Blog bukanlah hakmilik kekal.























Jan 11, 2020

SIAKAP GORENG BODOH

Siakap goreng rm30 seekor @2020


Tengahari Sabtu penulis sudah berlarian ke restoran Rahmat Kampung Pasir Putih.
Sudah lama janji hendak makan ikan siakap goreng bodoh yg sedap itu.

Jan 10, 2020

LUNCH

HL low fat milk @2020

Malas pula penulis mahu turun ke kedai mamak untuk makan tengahari.

Minum susu kotak dan roti krim jagung sahaja sudah.

Kerana mendapatkan tidur tengahari walau 13 minit adalah amat berharga.

Blog bukanlah hakmilik.

So, I got my second bigger and crispier monitor @2020

After works into the bloody traffic jam on "penang bridge" and federal highway @2020

Jan 9, 2020

LAIN PADANG LAIN BELALANG



Hari pertama bertugas memotong rumput di padang yg baharu.

Semoga dipermudahkan.
Amin ya robbal alamin.

Movie lalat. 1. Black and Blue 2019.
2. Code 8 2019.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 8, 2020

TEH HALIA



Kelmarin penulis berlarian ke taman Astaka Maghribi (baca, Morocco Pavilion).
Tapi dewan pameran ditutup pula. Demm.

























Kemudian penulis berlarian juga ke dataran pahlawan negara (baca, National Heroes Square).







Penat berlarian, haruslah makan nasi arab cyberjaya.

Movie lalat. 1. Danger One 2018.
2. Scenic Route 2013.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rosmah to Najib in MACC audio clips: Darling, you are the PM... take charge, you got goons around you (VIDEO)


Kamus lalat. goon - a bully or thug, especially a member of an armed or security force.
"a squad of goons waving pistols"

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 7, 2020

THE LAST DAY



Hari ini hari terakhir penulis memotong rumput di tempat kerja ini.
Kontrak 6 bulan pun tamat.

Ada rakan yg belanja penulis makan fajitas (daging + ayam) di Chilis KLCC.
Walaupun haritua penulis sudah sebulan berlalu.
Terimakasih daun keladi.

Esok penulis akan mula memotong rumput di padang yg baharu.
Jumpa anda di sana. Di sana.

Entri lalat 6 bulan lepas. 9.7.19. Welcome Jalan Ampang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Jan 6, 2020

BUAH BIDARA

Buah bidara (Ziziphus mauritiana) and buah mata kucing (Dimocarpus longan) sold at rm10 at Sungai Udang @2020

Selepas hantar anak wedok penulis pun berlarian ke Tanjung Kling.
Tujuan untuk menangkap gambar matahari terbenam.

Pantun 4 kerat.
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
Ammvooi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Muzium Kapalselam at Pantai Klebang @2020

Muzium Kapalselam at Pantai Klebang @2020

Muzium Kapalselam at Pantai Klebang @2020

Pokok ru, Muzium Kapalselam at Pantai Klebang @2020

Pantai Klebang @2020

Pantai Klebang @2020

Paris Seafood near Tanjung Kling @2020

Melaka sampai mati, at Pantai Puteri, Tanjung Kling @2020

Sunset at Pantai Kundor, Tanjung Kling @2020

Sunset at Pantai Kundor, Tanjung Kling @2020

Jan 5, 2020

MELANG INN

Melang Inn @2020

Semalam penulis sudah berlarian ke Kuala Pilah.
Hantar anak wedok kembali ke kolejnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Western breakfast, Melang Inn Kuala Pilah @2020

Kolej Matrikulasi Kuala Pilah @2020

Jan 4, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

Salam kengkawan wak semua2 lah...

Wak join Giveaway dari mamapipie bersempena hari lahir beliau.
Selamat hari jadi mamapipie ;)



Segmen ini akan berakhir pada 31/1/2020.. hehehe.. oklah untuk yang berminat nak join boleh klik pada banner ade link ke page GA mamapipie.

Selamat berkenalan MamaPipie ;) .. Hadiah yang Wak semestinye no 4..

Hadiah 4
rm50

Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun wak)

Sekian

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.