Mar 6, 2019
A PROMISED MADE IS A DEBT UNPAID
Semalam, penulis sudah hubungi 2 orang.
Kes hartanah penulis yang masih dilambung-lambungan.
JANJI 1
Ejen tanah gambut di Sungai Kluang janji hendak uruskan serahkan dokumen di pejabat Tanah Rengit.
Tapi bila penulis cuba hubungi di sebelah malam tiada jawapan.
Telefon tidak dijawab.
Wasap juga tidak dibalas.
JANJI 2
Peguam jual beli rumah di Bukit Belacan janji hendak telefon semula di sebelah petang.
Tapi sehingga tengah malam pun tiada jawapan.
NOTE. When you make a promise to someone, it is as if you take a debt from them. The 'debt' you owe to the person is not paid until the promise is fulfilled.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mar 5, 2019
RUMAH UYA
Ayfa menuduh istrinya tidak dapat memberi |
Petang tadi semasa penulis makan malam di restoran Nasi Ayam Penyet TTDI Jaya.
Mata penulis tertancap dan tertenok tv indon yg ditayangkan dipenjuru kedai.
Mula-mula penulis ingatkan drama sinetron indon.
Atau kisah nyata.
Tapi bukan.
Ternyata slot Rumah Uya, satu tayangan nyata (baca, reality show).
Gila. Kisah cinta segi tiga ditayangkan secara langsung.
Macam tidak percaya.
Bertengkar secara langsung.
Dari tepi jalan hingga ke dalam studio.
Penonton pun ramai dalam studio.
Memang tidak percaya.
Tapi bila penulis tanya pakcik google.
Semuanya itu pun lakonan juga.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
WHY PH REALLY LOST IN SEMENYIH
MTC Ledang mini model @2019 |
Semalam penulis telah menghantar barang-barang kepunyaan anak lanang ke rumah sewanya di Kampung Baru.
Dari rumah merpati.
Penulis terserempak dengan jiran yang sudah lama tidak bersua.
Jiran bertanya kenapa sudah lama penulis tidak kemaskini blog (yg itu) dengan gambar fotografi seperti dahulu?
Penulis katalah penulis sedang sibuk (lah sangat) sekarang.
Dan kamera pun sudah lama berkulat.
Jiran memberitahu, sekarang sudah ada bangunan TRX yang tinggi dari KLCC.
Ah, penulis kata, itu bangunan Rosmahal.
Jiran tampak terkejuk, "ah? rosmah mahal?" tapi kemudian dia gelak.
Jiran bertanya kemudian tentang keputusan pilihanraya kecil Semenyih kelmarin.
Penulis bilang yang rakyat sudah kuchiva dengan kerajaan sekarang.
Rakyat tidak mempunyai orang lain untuk mengadu.
Harapkan pagar, pagar pun tidak boleh diharap.
Semudah itu rakyat berpaling.
Ini undi bantahan terhadap PH.
Tetapi tidak semestinya sokongan semula yang jelas dan tegas terhadap Umno dan PAS.
Cerita lain lalat. Pagi, pengurus sudah memerintah penulis untuk mengambil gambar WA model kapal. Siap sekali dengan ukurannya. Untuk dipamerkan di LIMA 2019 nanti.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
MTC Ledang mini model @2019 |
KLCC view from Omar Ali Villa, Kampung Baru @2019. Credit from aQi's iphone camera. |
Mar 4, 2019
FESTIVAL LAYANG LAYANG PASIR GUDANG 2019
Mar 2, 2019
D'KYRA AYAM PENYET
Makan malam di Medan Selera Seri Alam yang baharu dibuka.
Penulis makan nasi ayam penyet sudah.
Penulis pesan ABC spesel.
Nota tenok muvie lalat.
1. Wheelman 2017, RT 87% - style Locke and Drive, 99% citer dlm kete (2 cars actually).. aq suke plot cinematography ohsem, tp ending dia xleh blahh., huhu
2. The Unseen 2016, RT 100% - walopon dh lama main, tp aq baru stumble upon smlm., rottentomatoes kasik 100% tu yg nk tenok sgt., Tp jgn konpius dgn The Unseen 2017 pulak., hahaha
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mar 1, 2019
MUFORS
Feb 28, 2019
AID FIRST
Aid first @2019 |
Itu hari kan penulis sudah pakai kasut baru. [+ new shoes 2019 ]
Tapi macamana penulis tidak jumpa stokin pula.
Maka melecetlah buku lali penulis.
Tampal koyok sudah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
My injured back ankle @2019 |
Jambatan Seri Saujana, Putrajaya @2019. |
Feb 27, 2019
TOWN HALL MEETING
All you can eat durians @2019 |
Pagi tadi ada perjumpaan pekerja dengan pengurus atasan syarikat. Semua pekerja dijemput hadir di dewan mesyuarat yg tidak cukup kerusi. Yo wes. Penulis berdiri sahaja diluar pintu bilik mesyuarat. Lenguh seh.
Selepas mesyuarat, ada makan tengahari yg lumayan.
Ada nasi beriyani, lauk ayam masak merah, daging, dll.
Ada kambing bakar dan potongan roti.
Ada durian D24 (agaknya).
Lepas jamuan, perut sudah kenyang, maka penulis pun beradu di tempat biasa.
Nota tenok full movie online free lalat.
1. Transsiberian 2008
2. The Lunch Box 2013
3. Everest 2015
4. 13 Hours The Secret Soldiers of Benghazi 2016
5. No Country For Old Men 2007
6. War Dogs 2016
7. In Bruges 2008
8. Security 2017
Dan banyak-banyak nonton tiubawak (baca, youtube) Ustaz Abdul Somad Lc MA.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Fresh picked strawberries from Cameron Highlands. |
Feb 24, 2019
EVERY CHILD IS PRECIOUS
Pusat Permata Kurnia Sentul |
"Kanak-kanak adalah asas negara, dan keperluan kemampanan tamadun. Mereka adalah aset berharga untuk membina negara, membantu merealisasikan wawasan kami dan membentuk pertumbuhan dan kemajuan masa depan negara." -Datin Paduka SeriRosmah Mansor
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feb 22, 2019
ROGOL STATUTORI
Superbook of Maze. |
Entri kali ini JUGA tiada kena mengena dengan diri penulis. Hanyalah rujukan semata-mata.
Rogol statutori merujuk hubungan seks dengan sesorang yang berada di bawah usia kerelaan dari segi undang-undang.
Kanun Keseksaan (Malaysia) menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan wanita di bawah umur 16 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan dengan kerelaan wanita itu atau tidak. Ini juga disebut sebagai rogol statutori atau statutory rape. Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, jika didapati wanita itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.
Peruntukan rogol statutori digubal bagi melindungi kanak-kanak di bawah umur. Maka menurut peruntukan ini kanak-kanak bawah 16 tahun tidak berupaya memberikan kerelaan dan oleh itu walaupun dia mengaku memberikan kerelaan terhadap hubungan seks itu, kerelaannya tidak akan diterima oleh mahkamah.
Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:
"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."
KESALAHAN PELAJAR
120: Mencabul kehormatan
Seksyen 354: Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan
Seksyen 375: Merogol
Seksyen 376: Seksaan bagi rogol
Seksyen 377: Kesalahan luar tabii
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feb 21, 2019
SUNSET ON PUTRAJAYA LINK
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...