Feb 22, 2019

ROGOL STATUTORI

Superbook of Maze.

Entri kali ini JUGA tiada kena mengena dengan diri penulis. Hanyalah rujukan semata-mata.

Rogol statutori merujuk hubungan seks dengan sesorang yang berada di bawah usia kerelaan dari segi undang-undang.

Kanun Keseksaan (Malaysia) menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan wanita di bawah umur 16 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan dengan kerelaan wanita itu atau tidak. Ini juga disebut sebagai rogol statutori atau statutory rape. Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, jika didapati wanita itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.

Peruntukan rogol statutori digubal bagi melindungi kanak-kanak di bawah umur. Maka menurut peruntukan ini kanak-kanak bawah 16 tahun tidak berupaya memberikan kerelaan dan oleh itu walaupun dia mengaku memberikan kerelaan terhadap hubungan seks itu, kerelaannya tidak akan diterima oleh mahkamah.

Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:

"Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

KESALAHAN PELAJAR

120: Mencabul kehormatan

Seksyen 354: Menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan
Seksyen 375: Merogol
Seksyen 376: Seksaan bagi rogol
Seksyen 377: Kesalahan luar tabii

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...