Aug 18, 2015

BDKJHR



KELMARIN di majlis persandingan rakan anak lanang, penulis telah diberitahu ada pertandingan rally kereta di Plaza Angsana. Bila penulis tiba disitu, penulis kemudian mendapat tahu perlumbaan diadakan di kawasan Pulada Kota Tinggi pula. Di Plaza Angsana cuma tempat meletak dan menyelenggara kereta perlumbaan (baca: paddock) saja.

Walaupun penulis tidaklah berasa kuchiva, penulis pun memandu pulang apabila penulis teringat ada pertandingan papan selaju (baca: skateboard) di Hutan Bandar. Tetapi bila penulis tiba disitu, hari pun sudah lewat petang. Hanya beberapa kumpulan belia yang sedang membuat persembahan aktiviti mereka seperti berpidato, papan selaju dan hanya duduk bersembang antara mereka.


Blog bukanlah hakmilik kekal.





Then: Jungle Town (2010)





Gambiran di tempat meletak kereta lumba di Plaza Angsana:

Aug 17, 2015

RAYA LUNCH



JAMUAN Hariraya Aidilfitri tahun 2015 telah diadakan semalam. Meriah juga.

English. The Hari Raya 2015 banquet was held yesterday. The food was delicious too.


Russia. Хари Райя 2015 состоялся банкет вчера. Еда была вкусной также. (Khari Rayya 2015 sostoyalsya banket vchera. Yeda byla vkusnoy takzhe.)

Tagalog. Ang Hari Raya 2015 banquet ay gaganapin kahapon. Ang pagkain ay masarap masyadong.

Hindi. हरि राया 2015 भोज कल आयोजित किया गया। खाना बहुत स्वादिष्ट था । (Hari rāyā 2015 bhōja kala āyōjita kiyā gayā. Khānā bahuta svādiṣṭa thā.)

Javanese. Ing Hari Raya 2015 pesta iki dianakaké wingi. Panganan iki enak banget.

Note. To all my blog readers, whether you have blog or not, you all can comment on this entry for today only.

Blog bukanlah hakmilik kekal.











































Aug 16, 2015

RAIKAN CINTA | EYRA & AMIN



KELMARIN anak lanang (baca: anak lelaki) penulis yang sulung itu memberitahu tentang majlis perkahwinan rakan universitinya. Kedua-dua pengantin juga belajar sama universiti. Beliau akan menjadi pengapit. Dan bapa mempelai perempuan pula pernah bekerja bersama-sama di tempat penulis memotong rumput yang lama juga.

Kepada pengantin, Eyra & Amin, pakcik mengucapkan selamat pengantin baharu semoga kekal ke anak cucu. Amin ya robbal alamin.


Blog bukanlah hakmilik kekal.














Aug 15, 2015

CARINA | JAY



SUDAH lebih 3 bulan penulis bertugas memotong rumput dan duduk disebelah gadis jelita dari Filipina ini. Dan hari ini, sempena jamuan hariraya, beliau memakai baju kebaya yang dibelinya di Masjid India untuk pertama kalinya. Manakala disebelah beliau, Jay juga rakan dari Filipina yang suka berjenaka.

Translation. It's been 3 months after working in this office seating next to this beautiful and nice lady from the Philippines. Today, she is wearing for the first time a Kebaya which she bought it at Masjid India. Jay, who is a humor guy and seating next to her is also a Filipino.


Nota lalat. Dulu Jay pernah bercerita tentang kes rusuhan di Plaza Low Yat adalah biasa-biasa saja keadaannya berbanding di Filipina. Disana, kes rusuhan sebegitu biasanya akan berakhir dengan pembunuhan, tikam menikam dengan senjata berbahaya, bukan setakat maki memaki tikam-tikam lidah sahaja. (Direct google translation: Unang sinabi mo Jay tungkol sa mga kaso ng mga riot sa Plaza Low Yat ay pangkaraniwan kumpara sa mga sitwasyon sa Pilipinas. Doon, tulad ng isang kaso riot ay karaniwang end up sa pagpatay, stabbed stabbing na may isang nakamamatay na armas , hindi lamang pandiwang pang-aabuso , ulos butas ang dila lamang.)

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dibawah ini ialah foto semalam petang (yesterday's photo):

Aug 14, 2015

THIS IS HOW THE DAY STARTED



PAGI-pagi lagi penulis sudah merempit ke tempat bertugas memotong rumput seperti biasa. Cuaca yang baik, harap-harap tidak hujan hingga kepetang. Kalau hujan pun ditengahari, air ditempayan dibuang jangan.


Blog bukanlah hakmilik kekal.





THIS IS HOW THE DAY ENDED



DAN setiap hari akan ada sahaja penyanyi jalanan memberi hiburan di stesen keretapi KLCC. Mungkin selepas ini penulis harus mencampakkan beberapa keping duit dalam bakul didepan penyanyi itu.


Blog bukanlah hakmilik kekal.



Aug 13, 2015

IT COMPLETES THE FAMILY, FOR NOW



AKHIRNYA kereta pelbagai guna (baca: mpv) yang penulis tunggu-tunggu sudah tiba ditangan penulis kelmarin. Penulis telah membuat tempahan jauh nun di Kedah pada hari Jumaat kelmarin dan tiba ditempat penulis memotong rumput ini pada hari Isnin.


Blog bukanlah hakmilik kekal.







THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.