Sabtu, 27 September 2025.
Pagi2 tadi sudah daki Bukit Engku Busu.
Ini adalah kali kedua.
Sepatutnya bro FIQ ikut sekali mendaki.
Tapi dimasa2 terakhir pula beliau batalkan.
Tengahari sudah berlarian ke Sungai Besar.
Tapi sebelum itu ingat mahu singgah di warung Mee Kari Kerang Sungai Tiram.
Cikkak Ite kata mee kari viral disitu.
Cuma bau longkang itu yg tak boleh tahan.
Tapi wak boleh pula sampai awal jam 1.00pm.
Warung dibuka jam 2.00pm.
Aduhai.
Silap wak tidak periksa dahulu waktu kedai beroperasi.
Yo wes lah.
Kemudian terus berlarian ke Sungai Besar.
Tapi singgah sebentar di Sabak Bernam.
Usai urusan di Kampung Sungai Haji Dorani.
Wak terus berlarian ke Teluk Anson (Teluk Intan).
Ambil 2 3 gambiran menara condong.
Kemudian berlarian lagi ke Kampung Lambor Kiri.
Pekena mee bandung dan roti bom.
Di Murtabak Kedai Kuning.
Pulang ke pekan Lumut ikut jalanraya baharu.
Limpas BBSAP - Bandar Baru Setia Awan Perdana.
Hampir terlanggar seekor lembu ditengah jalan yg gelap guliter.
Aduhai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.






gambar semua marvellous! wak pakai HP apa yer? impressed laaa
ReplyDeleteHP murahan je Vivo.. hehe
DeleteBukan Hp nya yg murahan. Tapi orang behind the gun yang hebat πππππ. Mau dikasih hp mahal dan canggih, tapi jika tak pandai menggunakan kameranya , sia sia saja. .
Deletekalau keluar dekat BBSAP tu memang seram sikit lah malam2...
ReplyDeleteHebat gambar..ada gambar di kota a famosa ke tu..tanya ni ya..tampilan menarik sekali
ReplyDeleteMasyaa Allah...cantik
ReplyDeleteTunggu tak di gerai sampai buka dan makan mi kari?
ReplyDeletetakkan nk tungu lg sejam., huhu
Delete