Oct 19, 2025

ANTARA MADU DAN RACUN MANA JADI PILIHAN KAMU

 

Mr Honey Bee Farm, Kampung Aceh, Sitiawan, Perak @2025

Sabtu, 18 Oktober 2025.

Pagi2 sudah berlarian ke rukan (rumah makan) Wau Bulan.
Makan nasi dagang.

Kemudian berlarian ke Kampung Aceh.
Melawat kilang memproses madu lebah.
Cikkak penyambut tetamu di Mr Honey Bee Farm yg mesra alam.

Kemudian terus berlarian ke Marina Island.
Naik feri ke Pulau Pangkor.

Diatas pulau, sewa kereta Proton Saga BLM yg sudah lunyai.
Meter minyak yg tidak menentu.

"Wak isi minyak dua poh hinggit je," kata matcha gy gendut itu.

Lepak di Teluk Nipah, dan Pasir Bogak.

Petang sempat ambil gambar matahari terbenam.
2 3 gambiran sudah.

Tengah malam mahu mencerap Bima Sakti (Milky Way).
Tapi tidak bawa kaki tiga (tripod) pula.

Nota lalat.
Hari ini sudah 2 bulan wak terdampar di daerah Dinding ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mr Honey Bee Farm, Kampung Aceh, Sitiawan, Perak @2025

Mr Honey Bee Farm, Kampung Aceh, Sitiawan, Perak @2025




Mr Honey Bee Farm, Kampung Aceh, Sitiawan, Perak @2025

Sunset at Pasir Bogak Beach, Pangkor Island, Perak @2025



12 comments:

  1. Subahanallah, cantik sekali persembahan gambar, gambar matahari terbenam..Terbaik blog wak..

    ReplyDelete
  2. padatnya masa wak ye..moga sentiasa sihat wak..

    ReplyDelete
  3. Wak lebih banyak pergi tempat menarik di Manjung ni, banding saya, walaupun saya duduk sini dah lebih 10 tahun.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya Bee tiba² rasa seram sejuk tgk bnyk2 tu. Apa kabar Wak lama tak singgah sini. Semoga sihat selalu.

    ReplyDelete
  5. Wak beli tak madunya? Smlm dapat tester dari Pak Arab, manis madunya.

    ReplyDelete
  6. Semoga Wak sihat-sihat saja... adui banyaknya lebah!

    ReplyDelete
  7. kan Wak, sewa kereta dengan motor di sana kebanyakannya dah lunyai dah , lama juga Wak bermastautin di Pangkor ye.. musim tengkujuh ni semoga baik-baik semuanya.. Aamiin

    ReplyDelete
  8. Masuk blog Wak ni memang terapi mata sungguh sebab molek-molek gambar yang dikongsikan. Keep on sharing ye Wak

    ReplyDelete
  9. Hat-hati dengan lebah wak... Tapi lebih berhati-hati dengan madu, wak....

    ReplyDelete
  10. Seperti biasa gambar-gambar yang wak dipotretkan sangat cantik.
    Best tu lepak-lepak Teluk Nipah dan Pasir Bogak.

    ReplyDelete
  11. geli plak tgk lebah2 byk tu..MZ kan jenis penggeli

    ReplyDelete
  12. Seraaam liat lebah2 tuh. Atau mungkin ini lebah yg jenis Tan menyengat ya Wak . Soalnya kayak di Siantar kemarin, saya datang lihat lebah madu, dan memang tidak menyengat. Jadi tak seram saat kami mencoba madunya langsung dari sarang

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

NEPHELIUM LAPPACEUM - BUAH RAMBUTAN

  Selasa, 2 Disember 2025. Part II. Sebenarnya wak sudah lama mengidam buah rambutan. Sebab kelmarin kami ada singgah di rumah bro Naz di Kg...