Sep 20, 2025

PENGALAMAN SERU NAIK BAS LA HOLIDAYS DARI LUMUT KE MASAI 2025

 

Somewhere near Temoh from Kampar Bus Terminal, Ipoh @2025



Jumaat, 19 September 2025. 

Tiba2 wak cadang mahu pulang ke Masai.
Sudah sebulan tidak balik ke rumah hinggap.

Petang semalam tergopoh gapah juga mahu tempah tiket bas atas talian.
Naik dari Seri Manjung, bukan Lumut.
Dan turun di Pasir Gudang, bukan Masai.
Nasib baik masih ada 1 tempat duduk.
Begitu juga tinggal 2 tempat duduk untuk perjalanan kembali ke sini. 

Petang tadi bro Mir dan bro Fiq beria2 mahu hantar ke terminal bas.
Kalau tidak wak naik grab sahaja.
Bukan jauh Sgt.

Sebelum ke terminal bas, kami ke pekan Lumut dahulu.
Mahu beli jajan dan ole2 dari Lumut, yakni sate ikan dan sotong kering gula seperti biasa.

Pukul 8.30pm bas pon mula gerak. Berhenti2 di Kampar (10.05pm), di Tanjung Malim (11.41pm), di Sungai Besi (1.01am), hentian sebelah Simpang Renggam (4.11am), Larkin Sentral (4.47am), Johor Jaya (5.00am) dan tiba di Kompleks Bandar Pasir Gudang (5.30am).

Anak lanang datang ambil wak di terminal bas.
Baru teringat tertinggal kabel pengecaj dalam bas tadi.
Aduhai.

Ooh.
Petang tadi juga semasa borak2 dgn bro Mir.
Dia kata dia pernah kerja di Singapura.
Tidak sampai 3 bulan dia berhenti.
Gara2 tidak dibenarkan solat Jumaat. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 


6 comments:

  1. Bagus utamakan solat.. berhenti kerja terus... moga asbab mudah ke syurga..
    bas bergerak semalaman jadi bisa tidur aja dalam bas sehingga sampai.. Charger tertinggal tu redha jer la wak :D

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak dengar kerja di Sg tak dibenarkan solat.

    ReplyDelete
  3. Uishh sampai macam tu sekali polisi kerja kat SG ye. Memang patutlah berhenti. Semoga jadi asbab dapat kerja yang lebih baik dan berkat. Jauh juga perjalanan dari Seri Manjung ke Pasir Gudang. Kena patah balik Masailah gitu. Kalau berhenti tepi jalan atau mana-mana di Masai boleh juga kan wak. Mintak driver berhenti.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, selamat sampai. Alamak, charger tertinggal pulak. Naik bas waktu malam, boleh tidor.

    ReplyDelete
  5. dh tak ingat bila last MZ naik bas gini kat msia ni..yg penting, selamat sampai ke destinasi

    ReplyDelete
  6. Charger tertinggal tuh kacau lah πŸ˜„. Mesti beli baru atau telp bus bagian lost and found Wak?

    SG nih agak susah juga kalau tak izinkan yg muslim sholat Jumat πŸ˜”

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

NONGKRONG KAT BAKO BAKO RESTO ALONE MATCHAM BIASA

  Bako Bako Resto Marina Island Lumut @2025 Ahad, 30 November 2025. Part III. Malam tadi berlarian ke rukan (rumah makan) Bako Bako Resto....