Sep 16, 2025

PANDUAN HIKING KE TELUK SEGADAS PULAU PANGKOR 2025

 

Jungle trekking to Teluk Segadas from Teluk Gedung, Pulau Pangkor @2025

Isnin, 15 September 2025.

Kali terakhir ke Pulau Pangkor 2025 - Link.

Pagi² sudah berlarian ke Marina Island.
Tujuan mahu mendaki Bukit Segadas di Teluk Gedung.
Pergi pulau dan balik hari yg sama.

Untuk mendaki ke Pantai Teluk Segadas di Pulau Pangkor, wak sewa dan pandu kereta Avanza (rm80) ke Kampung Gedung di pulau tersebut. Dari situ, wak memulakan pendakian melalui laluan hutan yg mudah selama kira-kira 20 minit sahaja untuk tiba di pantai yg indah dan belum tercemar (lah sangat) itu.  Sila abaikan sampah2 dan botol2 air mineral yg bersepah di tefian fantai itu.

Langkah-langkah Hiking ke Pantai Teluk Segadas:

  • Naik Kereta ke Kampung Gedung:

Sewa kereta dan mulakan perjalanan dari jeti Pulau Pangkor ke Kampung Gedung. Jika terlepas ke masjid terapung, sila patah balik sejauh 350m.

  • Cari Laluan Hutan:

Setelah tiba di Kampung Gedung, cari laluan masuk ke dalam hutan. Guna google maps untuk cari Teluk Segadas Hiking Entry Point. Setelah itu sila minta izin dengan makcik yg ada gerai niaga didepan rumahnya untuk parkir kereta. "Ahkak nk bukak gerai ni tghari kol 12, takut wak tergesa2 pulak nnti,"

  • Ikuti Laluan Hutan:

Mula berjalan kaki melalui laluan hutan yang tersedia untuk sampai ke pantai. Jalan trek yg gampang mudah, aman dan jelas.

  • Pendakian Singkat:

Pendakian ini adalah dalam lingkungan 20 -25 minit sahaja, jadi ia tidaklah terlalu mencabar. Hanya ada satu kawasan agak mencanak sebelum pendakian turun mencuram ke bawah dan terus ke pantai.

Perkara yang Perlu Disediakan:

  • Peralatan Hiking:

Pastikan anda membawa peralatan yang diperlukan untuk aktiviti luar seperti air mineral (dalam botol) dan mungkin sedikit makanan ringan.

  • Peralatan Pantai:

Bawa handuk (tuala), pakaian renang, dan peralatan lain jika anda ingin berenang atau melakukan aktiviti air. Tapi ketika wak tiba di pantai, ombak laut agak mengganas. Main pasir basah sahajalah di persisiran pantai.

  • Persembahan Hormat Alam:

Pastikan anda tidak meninggalkan sebarang sampah dan menjaga kebersihan kawasan pantai supaya ia kekal indah untuk generasi akan datang. Sampah orang lain biarlah orang lain yg buang kann. Khannns.

Apa yang Diharapkan:

  • Keindahan Alam Semula Jadi:

Pantai ini menawarkan pantai berpasir putih yang indah dan air laut yang jernih. Tapi awas dengan keadaan ombak yg agak kuat.

  • Pengalaman Lebih Intim:

Kawasan ini tidak terlalu sesak, memberikan pengalaman yang lebih mendamaikan dan intim dengan alam.

  • Aktiviti Menarik:

Anda mungkin boleh menikmati aktiviti seperti berenang, snorkeling, dan juga berkhemah atau barbeku di sini. 

Untuk mandi dan bersihkan badan, boleh singgah di mesjid jamek di pekan yg tidak berapa jauh.
Tetapi sedih kerana mesjid tidak membenarkan parkir didalam perkarangan walaupun punya luas kawasannya. Terpaksa parkir diluar yg agak jauh untuk berjalan kaki kebilik mandi dan tandas. Itu biarlah AJK bijaksana yg menjawabnya. Teluk Raja Bayang Mosque

Jam 3.45pm sudah meninggalkan pulau.
Kembali ke tanah besar.

Nota lalat. Sebelum berangkat ke jeti untuk ke pulau pagi tadi. Sempat lagi bayar bil unifi sebab sudah kena gantung.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Around Pulau Pangkor @2025

Jetty Pulau Pangkor @2025

House fly (left) and nasi kandar Madinah Seri Manjung @2025


5 comments:

  1. Macam susah juga nak access ke sini. Bab sampah tu nyampah betul. Tempat dah cantik, ada pulak makhluk tinggalkan sampah. Pantainya cantik macam Monkey Bay Tanjung Tuan. Kalau ombak mengganas, nak jalan tepi pantai pun rasa seram wak.
    Kenapalah tak boleh parkir dalam kawasan masjid kan, sedangkan parkir luas. Siapalah yang buat undang-undang tu.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak ke Pulau Pangkor. Ramai betul org di jeti nak ke pulau ye Wak.

    ReplyDelete
  3. Sampah di tefian fantai, memang buat fencing dan stressffff.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

NONGKRONG KAT BAKO BAKO RESTO ALONE MATCHAM BIASA

  Bako Bako Resto Marina Island Lumut @2025 Ahad, 30 November 2025. Part III. Malam tadi berlarian ke rukan (rumah makan) Bako Bako Resto....