Jun 29, 2025

TRIP KENA SIDAI 5 JAM DI JETI MERSING

 


Sabtu, 28 Jun 2025.

Jam 6.30am sudah berlarian ke pasar basah.
Tujuan beli nasi dagang dua hinggit.
Kemudian lepak dan makan nasi dagang itu di kedai thandoori itu.
Punyalah baik dan mesra alam pelayan² pakistan.
Tidak kisah kalau bawa makanan dari luar.

Jam 8.15am sudah berada di dataran seperti yg diarah.

Jam 10.00am masih tiada bayang bot yg bakal dinaiki.
Ejen kata tunggu bot pulang jam 2pm.

Jam 1.45pm berbincang dgn ejen untuk trip gantian esok.

Jam 2.30pm makan durian kahwin - sebakul sehatus hinggit.
Hujan lebat anjing dan kucing pula turun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6 comments:

  1. Alamak...macam mana boleh kena sidai tu...kesian

    ReplyDelete
  2. Bertabahlah menunggu bot. Wahh durian, sekarang tengah musim kan.

    ReplyDelete
  3. Benda paling tak best bila kena sidai lama sampai 5 jam tu. Sejam dua okay lagi. Dah lambat macam tu tak tahulah mood tu ada lagi ke tidak.
    Sebakul tu ada berapa biji duriannya wak?

    ReplyDelete
  4. Pasti dalam situasi sebegini kita berdoa dan minta Allah berikan keajaiban kan..so sabar adalah iman...amazing blog...very nice

    ReplyDelete
  5. Memang mati kutu kalau kena sidai sampai 5 jam. Sebakul durian RM100 ni macam murah kan

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

CURIOSITY KILLS THE CAT: CARA NAK TANGKAP GAMBAR SERANGGA

Rabu, 3 Disember 2025. Cikkak Suzie , blogger tersohor top commentator blog wak yg ini. Tanya dengan kemusykilan tahap tinggi.  " curio...