May 4, 2025

AFTER PLANNING WORK ON SUNDAY, THEN SUDDENLY THERE IS A REPLACEMENT

Terowong Menora heading south @2025


Sabtu, 3 Mei 2025.

Pagi2 sudah berlarian ke Warung Hijrah yg baru sibuk dibuka.
Padahal sudah jam 7am.

Kemudian terus berlarian ke ibu kota. 

Sepatutnya wak kena bertugas potong rumput esok (Ahad).
Tapi tiba2 bro Tan hantar wasap kata bosskur mahu pertukaran.
Kenapalah lambat sangat diberitahu arahan.
Kalau tahu awal2 boleh wak sambung cuti2 di utagha naa.

Tiba di ibukota pun sudah jam 3pm.
Sempat singgah di Warung Bakso Jawa Dengkil.
Makan nasi ayam penyet kegemaran. 

Petang berlarian ke Sungai Chua. 







Nota lalat. Pasal misteri foto semalam.
Foto yg tiba2 muncul dalam henfon wak.
Sekali imbas wak perhatikan ada foto wak dalamnya.
Bila tanya kaum kerabat semua tidak mengaku.
Gemuruh juga.
Siapalah yg tiba2 berada di menara tinjau Wang Kelian yg kenal wak??

Jenuh juga mencari dalam whatsapp teman2.
Tapi tidak berjumpa.
Lagipun wak ada ambil gambar seperti itu.
Tapi macamana ada gambar wak dalamnya pula?
Musykil betul.

Sebab gambar wak dalam foto itu serupa betul.
Dari topi, baju dan warna baju, seluar hitam, dan kasut snicker.
Perut pun sama gendut. Huhu.

Tapi bila wak zoom dan perhatikan betul2.
Rupanya pelanduk dua tak serupa.
Mamat dalam gambar itu bermisai dan berkaca mata.
Ha'ah.

Post-mortem. Sebenarnya yg jadi misteri sangat bila wak terima gambar itu semasa dlm Gua Kelam yg tiada signal internet. Mula2 wak ingatkan ada kaum kerabat yg hantar. Tapi semua tidak mengaku. Dan timbul rasa cuak bila mungkin ada orang yg kenal wak juga berada disitu (atas menara tinjau) yg mahu prank wak. Kemudian wak perasan henfon Huawei wak ini hampir kehabisan tenaga bateri (kurang 20%) dan akan jadi panas dan lambat untuk mengambil dan menyimpan gambar2 dlm memori. Misteri terungkai juga bila wak zoom dan perhatikan bhw mamat itu pakai cermin mata dan bermisai. Selesai masalah.

Lega disitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

DALAM DEMAM KU GAGAHI KE PANTAI REMIS, PANTAI SEGARI DAN TELUK SENANGIN

  A hawksbill sea turtle (Eretmochelys imbricata). Pusat Konservasi Penyu Segari, Lumut Perak @2025 Sabtu 6 Disember 2025. Part II. Pagi tad...