Sabtu, 19 April 2025.
Pagi tadi sudah ajar anak lanang sing ragil belajar memandu kereta.
Guna cik maibee.
Sebab cik bibah pepel kan sudah kong bateri dia tadi malam.
Kemudian lepak di kedai mamak al-Safa.
Masa itulah pomen bateriku datang.
Malam berlarian ke Taman Kobena.
Malu pula mahu singgah rumah terbuka makcik pemandu Grab.
Kemudian berlarian mahu menjenguk apartment Skudai Villa.
Ada satu rumah lelong pada hari Rabu ini.
Jenguk dari luar pagar sahaja.
Kemudian ke pangsapuri Pulai Utama.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:
Post a Comment
Comment at your own risk.