May 20, 2021

VIRAL PERANG LAKSA JOHOR LAKSA KEDAH

Tawajjuh Haisu Syi'ta


Tiada angin, tiada ribut.
Tiba-tiba tular di laman sosial 'perang' laksa dari Kedah dan laksa dari Johor.
Hingga ada netizen mempertikaikan jenis ikan yang digunakan dalam laksa.

Itu belum lagi pasal laksa Sarawak.
Melaka pun ada laksa nyonya.

Lagipun penulis bukanlah penggemar tegar laksa.
Cuma dulu suka juga makan laksam nyonya di Ampang Park.
Ampang Park sekarang pun sudah tiada.

Tengahari tadi, penulis pun berlarian mencari laksa.
Di restoran Aida Rich Cafe. Ayer Keroh Melaka.
Restoran yg popular  dengan nasi ganja.
Penulis pesan laksa nyonya satu.

Ooh.
Pasal tulisan zikir diatas.
Penulis jumpa dalam restoran itu.
Pertama kali penulis nampak.

Allahu wahdahu la syarikalah;
Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya.

Muhammadun abduhu wa rasuluh;
Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya.

Tawajjahu haisu syi'ta;
(Wahai Muhammad) Hadapkanlah ke arah mana yang engkau mahu.

Fa innaka mansur.
Maka engkau akan beroleh bantuan dan kemenangan.

Movie lalat. American Psycho 2000.
2. Blow 2001.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...