Jan 27, 2021

ANTARA DUA RANTING

Queue for nothing at BSN 1 BB Bangi

Tengahari usai mesyuarat tingkap penulis pun berlarian ke ranting bank itu yg berdekatan.

Tiba di depan pintu pun ramai orang ramai sudah beratur panjang.
Siap ada kerusi lagi.
Penulis tunggu dekat 13 minit pun masih tidak bergerak.

Putus asa, penulis pun berlarian ke ranting bank yg lagi satu.
Kena berlarian sejauh 24 minit.
Barisan panjang yg sama.
Kali ini penulis cekalkan hati untuk masuk kedalam juga.
Sebab duit simpanan pun sudah tinggal kerak.
Dan abam polis bantuan berikan nombor giliran.

Movie lalat. Loving 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Finish the business at BSN 2 Putrajaya January 2021

Jan 26, 2021

REASONS WHY NOBODY CARES ABOUT YOU


Sepatutnya hari ini hari terakhir pkp.
Tapi dilanjutkan hingga minggu hadapan pula.
Dan penulis bercadang mahu merentas negeri juga.
Kebetulan, kerajaan membenar pasangan suami isteri jarak jauh rentas negeri mulai esok - Sinar Harian. Untunglah abg jamil yg ada dua tiga rumah dan tangga kann. Khannns.

Ooh. Gambar telefon bayar guna duit syiling yg dulunya amat diperlukan.
Sekarang adakaah orang yg kisah?

Ooh. Sila abaikan tajuk.
Penulis cuma terfikir sesuatu untuk kaitkan gambar telefon terbiar itu.

Movie lalat. The Hours 2002.
2. Capernaum 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

Jan 25, 2021

MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK

Please hover your mouse to see color anad monochrome image.


Tengahari tadi usai mesyuarat tingkap.
Penulis pun berlarian ketepian sawah padi. Bukit Rambai Melaka
Ditengahari yg panas berdeting ting ting.

Kebetulan ada mesin penuai padi sedang bekerja.
Kenalah ambil gambiran sebelum padi habis dituai.

Penulis risau juga kalau2 ada pacat.
Kalau pacat masuk dalam spender bini siapa yg susah.
Tapi rasanya tidak ada pacat atau lintah disebabkan tanah batasan kering.
Tapi dalam hati siapa yg tahu.

Ambil satu dua gambiran sudah.

Peribahasa tanam padi tumbuh lalang memanglah logik.
Tapi kalau tanam lalang tidak mungkin padi pula yg tumbuh kann.

Tapi janganlah tanam tebu ditepi bibir sahaja. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Updated. Ada kawan2 yg tidak puas hati sebab penulis tidak tunjuk gambar warna pula.
Maka terimalah - warna padi masak kekuningan emas.

Jan 24, 2021

77.7


Sila isi tempat kosong.

Sejak PKP ini maka timbang pun bertambah-tambahlah _________.
________ pun makin berkembang maju ke hadapan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 23, 2021

KHASIAT LIMAU MANDARIN


Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Terdapat banyak khasiat buah limau mandarin yang boleh kita dapati.
Jom amalkan gaya hidup sihat!

  • Kaya antioksidan (Vitamin C, beta karotin, luteinn, zeaxanthin)
  • Mengurangkan tahap kolesterol.
  • Meningkatkan sistem imuniti badan.
  • Membantu pengurusan berat badan.

Makan 2 sajian buah sehari.

Tapi itu lah.
Sekarang kan sedang boikot limau mandarin.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 22, 2021

DESERTED AND EERILY QUIET WORLD'S TOURIST HOTSPOT


Hari ini penulis ada dua mesyuarat tingkap.
Jam 11.45pagi setiap hari waktu bekerja.
Jam 3.00 petang setiap hari Jumaat.

Usai mesyuarat tingkap ditengahari, penulis cuba berlarian ke masjid berdekatan.
Untuk solat jumaat.
Tapi tok siak beritahu cuma yg mendapat surat sahaja.
Yo wes.

Petang pula penulis berlarian ke pusat bandar bersejarah.
Seperti dijangka memanglah lengang.
Pusat pelancong pun senyap guliter.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 21, 2021

CALCULATE WEIGHT OF EMPTY PIPE

Tulisan tangan seorang pemotong rumput yg marhein. ;p
Semalam mister Boss R meminta penulis kirakan berat sebiji barang (baca, exhaust expansion joint).
Untuk membantu rakan sekerja, superintendent L itu.
Disebabkan tiada lagi lukisan (baca, drawing) sebenar barang tersebut dari vendor.

Terkial2 jugalah penulis.
Sebenarnya sudah lebih 3 dekad penulis tidak membuat kira2 begitu.
Tapi sekarang kan sudah ada bantuan uncle Google.

Dua tiga jam jugalah penulis buat pengiraan berat paip tersebut.
Penulis pun hantarlah keputusan kepada mister Bos R di negeri pasir berdengung itu.
Juga salinan kepada superintendent L itu juga.

Tapi seperti yg dijangka, superintendent L beritahu balik.
Bukan dia tidak boleh buat kira2.
Tapi sebenarnya yg dia mahukan adalah lukisan sebenar dari vendor.
Yo wes.

Definisi tahun, dekad, abad, alaf.
Tahun (Year) = 12 bulan.
Dekad (Decade) = 10 tahun.
Abad (Century) = 100 tahun.
Alaf (Millenium) = seribu tahun.

Movie lalat. Operation Mekong 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

VALID REASONS ASKING FOR A HALF DAY UNPAID LEAVE

  Rabu, 15 Januari 2025. Oleh kerana tiada Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan di pekan Gelang Patah. Wak harus ambil cuti tanpa gaji te...