Jan 20, 2021

MAKAN BUANYAAAAAK


Tengahari usai mesyuarat tingkap.
Terasa hendak makan piza lah pula.

Tapi foodpanda tiada dalam naungan. 
Dan grabfood pula dengan menu yg kurang pilihan. 
Jadi terpaksalah penulis berlarian ke ranting piza yg berdekatan. 
Paling  dekat pun jaraknya 10.5 kilometer.
Itu pun tidak boleh makan didalam restoran. 
Kena BBB (beli bawak balik) sahaja. 

Penulis pesan piza pencinta sayuran (baca, Veggie Lover) sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 19, 2021

A BRIEF HISTORY OF THE SMARTPHONE


Amaran. Ada banyak link disini.
IPhone terakhir penulis pakai ialah iPhone 6.
Itu tahun lepas.

Banyak sangat masalah bila guna iphone dari zaman iPhone 2009.
Samalah masalah seperti penulis guna laptop Apple Powerbook dulu-dulu.
Selepas itu iPhone 4, dan iPhone 5c.

Ooh. Baru teringat.
Dulu penulis pernah menang hadiah peraduan beli aiskrim dapatlah 4 ketul iPhone 5C.

Sekarang penulis pun rasa gembira guna phone cap aiyam sahaja.

Ooh. Pasal iphone 11 yg mahal diatas itu bukan penulis yg punya.

Movie lalat. Blue Valentine 2004.
2. King Lear 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 18, 2021

BLUE SCREEN OF DEATH :(


Petang semalam sebelum berlarian ke pantai.
Sedang buat kerja memotong rumput dari rumah.
Sambil menyelam minum air susu kultur perisa biasa.
Tiba-tiba skrin laptop meletop menjadi biru.
Aduhai.

Harap-harap tidak dipotong gaji.

Movie lalat. Belle de Jour 1967.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 17, 2021

RETAIL APOCALYPSE - GIANT CHENG TUTUP


Sebenarnya penulis ingin mencari paket nasi goreng Sharifah.
Banyak pasaraya penulis sudah berlarian, ie Family Store dan Tesco.
Tapi tidak berjumpa.

Dan banyak ranting Giant di seluruh negeri pun sudah ditutup sebelum wabak Covid 19 lagi.
Sungguh teruk ekonomi sekarang kan.

Link: Gambar lama (2018) Giant Cheng Melaka dari Google maps.

Cerita lalat lain.
Petang penulis sudah berlarian ke pantai Klebang Melaka.
Tangkap gambiran matahari tenggelam dua tiga keping sudah.

Movie lalat. The Gods Must Be Crazy 1980.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 16, 2021

STAY HOME - DON'T PLAY PLAY


Untuk 2 minggu ini kenalah duduk rumah diam diam.
Nanti dapat baby kang baru tahu.

Semoga rantaian wabak Covid 19 ini dapat diputuskan dengan segera.
Amin ya robbal alamin.

Tapi ada orang politik kisah?

Movie lalat. The Bourne Legacy 2012.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cerita lain lalat. Dalam usia macam ni kawin adalah untuk peneman hari tua saja Kawan ajak berbual....makan sama2....kadang2 umur macam ni ada juga yang tinggal sendirian kann.. khannns
Alhamdulillah dan tahniah utk kakanda siti kalsom semoga berbahagia., amin ya robbal alaminn

Jan 15, 2021

GOOD MORNING RAMBAI HILL

Please hover your mouse to see before and after edit.



Assalamualaikum dan selamat pagi semua2 kawan2 penulis lah.

Movie lalat. Serpico 1973.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 14, 2021

LONTONG GEDUNG LALANG


Hari ini sudah bermula PKP di beberapa negeri.

Pagi2 terasa lapar pula.
Penulis pun berlarian mencari lontong.
Bila ditanya, "boleh makan sini tapi wak kene duduk tepi longkang sana," kata pakcik warung itu.
Yo wes.

Movie lalat. Doctor Strange 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MUTIARA RINI FREEHOLD APARTMENT FOR SALE 2025

  Adakah anda masih mencari rumah idaman anda Berhampir dengan Second Link telah melancarkan projek baharu Lokasi yang sangat Cantik Anda...