Dec 24, 2020

HOW DO YOU FEEL TODAY?


Penulis ternampak poster yg ditampal didinding lif.
Lif di rumah bukit Belacan.

Ini adalah roda emosi (baca, wheel of emotion), alat yang digunakan dalam terapi untuk membantu orang menangani emosi yang sukar dan untuk mempromosikan kecerdasan emosi dan kesedaran diri.

Memasukkan emosi anda ke dalam kata-kata membantu memahami diri anda dengan lebih baik dan mengatasi hasil yang membawa perubahan positif.

Movie lalat. The Handmaiden (Korean: 아가씨) 2016.
2. A Taxi Driver (Korean: 택시운전사) 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
LONTONG AMPANG JAYA
Pagi2 penulis teringin makan lontong.
Teringin juga mahu makan roti canai sekali.

Dec 23, 2020

TUTORIAL: HOW TO ADD ANIMATED PHOTO INTO BLOG ENTRY


Oops, sori ya.
Ada gangguan (baca, glitches) pada gambar animasi penulis diatas.

Kelmarin ada rakan bloger, Eza Boom Boom, bertanya,

"cantiknya tempat tu. Macam mana eh awak letak gambar boleh gerak-gerak dalam blog. Tertanya-tanya Eza. Hihi. Terima kasih in advance andai sudi ajarkan :)"


Ok Okay. Penulis cuba terangkan secara ikhlas dan ringkas ya.
Mudah sahaja.
Ambil gambar video.
Kemudian simpan dalam format GIF.
Kemudian muat naik dalam blogger seperti format gambar yg lain.

Unrelated lalat. Gambar pokok bukit Belacan di bawah.

Movie lalat. The Life Aquatic with Steve Zissou 2004.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2020

WHILE 6 HOURS ON THE HIGHWAY


Bile perjalanan sejauh 6 jam dilebuhraya.
Mestilah diisi dengan layanan movie lalat.
The Amazing Race Season 32 (2020) Episode 6 7 8 9 10 11 & 12.

Ehh. Ada almari kaca dibelakang.
Bukan keranda ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sempat solat jamak qasar di Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan KL.
Tumit (ka'bun, كَعْب )

Dec 21, 2020

CAKOI BUAT ORANG LAPO


Hari minggu yg biasa2 sahaja.
Kerja potong rumput dari rumah.

Pasal kuih cakoi.
Kuih cakoi kegemaran penulis dan isteri (yg itu) sejak berzaman.
Beli di pasaraya Kipmart sahaja.

Movie lalat. Nujum Pa' Blalang 1959.
2. 7 Days 2010.
3. The Amazing Race Season 32 Episod 1 2 3 4 5.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 20, 2020

I AM NUMBER FOUR


Ini adalah kali kedua nombor plat cikMaibee tertanggal (sendiri).
Kali pertama dulu di SINI.
Isteri penulis (yg itu) sudah berguling2 membebel pasal plat cikMaibee itu.

Jadi tadi penulis beli sahaja gam gajah (RM2.70) di Tesco.
Penulis berjaya jugalah tampal sendiri.
Melekit2 jari jemari penulis sehingga tidak boleh diimbas oleh henfon cap ayam penulis sendiri.
Wehh. Saperla x syg bini.. tapi ada kann.. Khannns.

Movie lalat. Way Down East 1920.
2. The Blue Hour 2015 (Siam LGBT, อนธการ, Onthakan).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 19, 2020

TIMBANGAN AMAL DI AKHIRAT


Tajuk khutbah Jumaat hari ini ialah Timbangan Amal di Akhirat.
Boleh pula penulis terlelap 6 minit.

Nota belasungkawa lalat. Alfatihah untuk bonda DS Najib Razak, Tun Hajah Rahah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 18, 2020

WAKLAT CARI MAKAN NASI LEMAK WAK KENTUT


Petang penulis berlarian ke Kulai.
Teringin pula makan nasi lemak Wak Kentut yg fofuler ittewww.
Orang kata, ayam goreng wak kentut setaraf KFC.
Matsalleh Rhys pun ada makan disini.
Ayam tepung digoreng segar, dihidang sekali dengan “kruk”.
Rangup di luar dan juicy dalam.

Nota lalat. Lalat disini pun jinak - jentik dua tiga kali pun tidak mahu lari.

Nota lalat lagi. Penulis baru tahu ada ranting nasi lemak wak kentut di Bangi.

Nota belasungkawa lalat. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un untuk sahabat sepadang lama, Zet Hanafiah Haron circa 1992-1998.
Alfatihah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Ehh. Penulis baru teringat.
Ada satu cerita pasal kentut dan KFC ini.
Penulis terjumpa dalam fesbuk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...