Ini entri istimewa untuk cikSal yg kecil molek itu.
Pasal kelmarin cikSal sudah bertanya tentang movies yg penulis tonton.
Penulis memang minat nonton movie dari dulu lagi, dari zaman remaja.
Sekarang semuanya lagi mudah untuk muat-turun movie sebab ada internet yg amat laju berbanding dahulu.
Tidak perlu bergaduh tawar menawar dengan penjual CD haramJ* lagi.
Walaupun begitu, penulis pilih dan tonton cerita movie yg menarik sahaja.
Sebelum tonton penulis biasanya akan periksa tahap ratingnya.
Berbalik pada soklan cikSal ya.
Penulis bukanlah pandai membuat ulasan cerita.
Secara ringkas ini komen penulis.
THE POOL (2018)
Sinopsis.
Selepas kerja2 filem yang sedang diusahakannya, Day (Theeradej Wongpuapan) menghabiskan hari malas dengan terapung di kolam bersama anjingnya, Lucky. Namun, ketika dia tertidur ketika kolam dikeringkan, dia terbangun untuk mengetahui bahawa paras air di kolam Olimpik terlalu rendah untuk dia keluar. Bagi memburukkan lagi keadaan, kedua-dua buaya yg terlepas dari sangkarnya dan teman wanitanya yg sedang hamil, Koi (Ratnamon Ratchiratham) juga terperangkap, mendorong cabaran untuk bertahan selama enam hari lamanya. Bahasa: siam.
Komen lalat.
Peminat cerita akuatik horror (drama berkenaan air) semestinya merasa teruja dan cemas, kerana The Pool adalah cerita cemas dan saspen dari awal hingga akhir. Setiap gelombang musibah menimpa lebih hebat dan keras daripada yg ssbelumnya, memberi cabaran kepada watak hero utama yg bertahan dengan sadisnya. Ini adalah "kunci masuk" yang tidak masuk akal yang dibuat lebih tidak masuk akal setiap detik, tetapi juga sangat mengujakan dan sangat agresif, dan sungguh licik. Pada satu ketika, pada pertengahan tayangan, penulis terfikir, "siapa yang buat filem ini ?! Matsalleh atau orang Siam sendiri?" Penulis rasa tidak percaya atas perkembangan lain yg digambarkan tanpa simpati. Filem ini sangat kejam, sangat menyeronokkan, dan yg penting - ada happy ending (hati2 spoiler!). ⭐⭐⭐⭐
SWADES (2004)
Sinopsis.
Pekerja NASA Mohan Bhargav (Datuk Shah Rukh Khan) datang ke India untuk membawa neneknya bersama di rumahnya di Amerika. Semasa tinggal di kampung asalnya, dia menemui pelbagai masalah sosial yang dihadapi oleh penduduk kampung dan memutuskan untuk mengubah sikap mereka, dan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Bahasa Hindi.
Komen lalat.
Ya, Swades (2004) adalah filem yang bagus dan berbaloi ditonton walaupun masa agak lama 3 jam seperti cerita Hindustan yg lain. Sebenarnya, filem ini adalah salah satu filem terbaik yang dilakukan oleh Datuk Shah Rukh Khan dalam kariernya. Suasana kampung seperti di negara kita juga pada 30-40 tahun yg lampau. Dan lagu2 agak kurang ummph. Itu sahaja kot dari penulis. Layannnn. ⭐⭐⭐
Nota lalat. Gambar2 dlm entri ini diciplak dari google ya. Jangan saman penulis. :p
Nota lalat utk cikSal jgn sedih2 ya. Jgn ckp penulis x payong. ;p
TOP GEAR 2002
Kebetulan tadi penulis sempat tonton rancangan TV berjudul Top Gear 2002.
Dan tadi semasa keluar ternampak kereta McLaren yg ohsem itu
Dan sempat juga penulis berlarian ke taman nurseri tangkap gambiran bunga-bunga.
Sungai Buloh Nurseri.
Movie lalat. Top Gear 2002.
2. The Untouchables 1987.
Blog bukanlah hakmilik kekal.