Nov 5, 2020

HACKS

Gula-gula Hacks ini penulis suka kemam dan kulum dalam mulut.
Sejak zaman bebudak dulu2 lagi.
Pedas dan ubat tahan mengantuk bila memandu kereta.
Teringat arwah ayahanda penulis pun suka beli.

Peribahasa lalat.
Umpama gula di dalam mulut - Maksud: Pekerjaan yang mudah dilakukan (sesuatu yang sudah dikuasai).

Movie lalat. Small Town Crime 2017.
2. Most Wanted (Target Number One) 2020.
3. Life of a King 2013.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 4, 2020

GOING OUT ALONE

Malam kelaparan haruslah keluar cari makanan.

Makan roti bakar, telur setengah masak 2 jibik sudah.
Bukan kedai mamak ya.

Movie lalat. The Invitation 2015.
2. I Can Only Imagine 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 3, 2020

ASTRO & HUJAN

Hari ini hujan turun agak lebat.
Bila pandang keluar tingkap, nampaklah piring astro.
Dua jibik okay.
Kenangan melanggan astro di rumah hinggap.
Rasanya sudah lebih 3 tahun penulis potong langganan astro.

Begitu juga dengan talian telefon telekom dirumah yg penulis telah potong.

Sekarang zaman internet laju unifi kan.

Akan datang tidak tahu zaman apa.

Movie lalat. Tomb Raider 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 2, 2020

HAW FLAKES JAJAN BEBUDAK DULU DULU


Tadi baru perasan.
Jajan asam Haw Flakes ini penulis sudah beli lama di Tesco.
Budak2 jamni mana tahu dan minat jajan ini.

Ooh.
Tengahari tadi sempat lagi berlarian cuci kereta maibee biru itu.

Cerita lain.
Bulan lepas kan sudah dikorek tanah didepan rumah hinggap.
Kontraktor syarikat air perbaiki paip yg bocor.
Hari ini juga kontraktor yg sama korek lagi.
Kali ini bukan setakat rumah hinggap penulis sahaja.
Tapi keseluruhan taman.
Sudah sampai hayat paip2 yg lama itu.

Movie lalat. Love and Monsters 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 


Nov 1, 2020

KYOCHON

Tengahari penulis sudah berlarian ke Midvalley JB.
Bukan Midvalley KL ya.

Makan kepak dan peha ayam di restoran korea.
Sebab anak lanang yg baru menyambut harijadinya kelmarin.

Hari ini juga harijadi satu2nya cucu penulis yg jauh dimata itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 31, 2020

INTERSTATE TRAVEL

Pagi tadi usai mesyuarat tingkap (guna Skype), penulis minta sekretari N bukan nama sebenar untuk sediakan surat izin dari syarikat untuk rentas negeri.
Sejurus terima surat syarikat dari Sekretari N bukan nama sebenar, penulis pun berlarian balik ke rumah hinggap jauh nun di selatan tanahair.

Cuma penulis ditahan di sekatan jalanraya susur masuk lebuhraya Plus UPM.
Belum sempat penulis tunjukkan surat izin dari emel Sekretari N bukan nama sebenar, abam polis pun suruh terus berlarian.

Ooh, sempat lagi penulis singgah di bandar Senai, limpas bandar Kulai.

Nota lalat. Ini adalah entri terakhir penulis bulan Oktober ini.
Jumpa kawan2 di bulan hadapan ya.
Jumpa disana, disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 30, 2020

CELAKALAH BAGI ORANG-ORANG YG CURANG


Assalamualaikum.
Salam hari jumaat.

Alhamdulillah.
Hafazan surah al-infitar berjaya juga.

Sekarang sedang berusaha memula hafazan surah al-mutaffifin pula.
Semoga dipermudahkan.
Amin ya robbal alamin.

Firman Allah SWT dalam surah al-Mutaffifin (83) ayat 1-3 :

Maksudnya :"Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi."

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...