Oct 29, 2020

SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/2020M

Mesjid Kampung Baru KL @2020
SALAM MAULIDUR RASUL 1442H/2020M

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّ ۚ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ صَلُّوا۟ عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi (Muhammad saw). Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuknya dan ucapkanlah salam sejahtera dan penghormatan kepadanya. (Surah Al-azhaab ayat 56)

Semoga usaha kita diberkati Allah swt.
Amin ya robbal alamin.

Cerita lalat lain.
Petang penulis berlarian pula ke taman tasik Cyberjaya.

Tujuan hendak menangkap gambiran bunga teratai.
Tapi tidaklah secantik dan sekembang yg penulis temui terbiar ditepi longkang.
Semuanya seperti malu2 pula.
Yo wes.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 28, 2020

KAU GORENG LEMPENG, LEMPENGKU HANGUS

Umai cafe Putrajaya @2020

Semalam kan sudah terima duit bantuan BPN 2.0.
Haruslah beli makanan.

Petang penulis sudah berlarian ke tepian tasik.
Lepak2 dalam Umai Cafe namanya.
Sambil meratah lempeng kelapa dan cucur udang goreng.

Selepas itu, berlarian pula ke dewan solat masjid besi.
Punyalah jauh nak ke dewan solat.
Disebabkan PKPB, banyak laluan ditutup.
Pusing naik lif, ambil wudhu dalam tandas, tersesat pula.
Turun tangga, tanya pakguard semula.
Naik lif jalan ke hujung bangunan.
Bekejar2 ke hujung dewan solat.
Nasib baik sempat bersama solat berjemaah.

Nota lalat. Ooh, pasal tajuk itu cuma lirik lagu Hani Lempengnya Hangus.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 27, 2020

BPN 2.0


Kawan2 sudah terima bantuan BPN kah?

Alhamdulillah.
Pekerjaan memotong rumput haruslah dalam golongan B40.
Golongan marhein berpendapatan rendah.
Golongan yg patut dibantu oleh kerajaan yg memerintah, bukan kerajaan pm tepi ya.
Kata orang, mara jangan dipikat, rezeki jangan ditolak.

Bercukur sahaja kann.
Bolehlah nanti beli gerobok baharu dan sebongkah berlian kan. Khannns?

Entri lama lalat pasal BPN 1.0 dan GKP 1.0.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 26, 2020

PPR JELATEK

Kebosanan mencipta kelainan.
Dari Lookout Point, penulis berlarian ke PPR Jelatek.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 25, 2020

WORK FROM HOME

Pipe support Installation sequence @2020
Hujung minggu juga buat kerja.
Bekerja memotong rumput dari rumah sahaja.
Itu yg kekadang rasa kebosanan.

Jadi, petang tadi sempat lagi penulis berlarian ke pantai Sepang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 24, 2020

SALAM JUMAAT

Nasi krapow, Noodle Boat, IOI City Mall @2020
Tengahari Jumaat tadi penulis berlarian ke Masjid Desa Bunian itu.
Penulis cuba masuk ke dalam perkarangan masjid.
Tak sempat ambil wuduk, penulis ditegur oleh siak masjid, "wak datang dari mana?"
"Cuma AJK masjid tak lebih 6 orang saja wak, nnti ada orang periksa," katanya lagi.
Yo wes.

Jadi penulis terus ke pusat beli belah yg berdekatan itu.
Ehh, boleh pula masuk shopping mall erk.
Makan nasi ayam krapow siam sudah.

Untuk rujukan KENYATAAN RASMI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. FAQ MENGENAI SOLAT JUMAAT DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT(PKPB) COVID-19.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 23, 2020

INDAH KHABAR DARI RUPA

Malaysia Cartoon & Comic house, Lake Garden @2021
Tengahari penulis sudah berlarian ke padang tempat penulis potong rumput.

Ada beberapa urusan seri paduka baginda.

Satu.
Hantar dokumen pinjaman Mara anak wedok ke pejabat universiti di Kampung Baru.
Ingatkan bila ke pejabat terus diambil oleh staf.
"Tapi hari ini semua staf tak datang kerja lah wak sbb PKP," kata makguard itu.
Penulis pun serba salah hendak tinggal sahaja dokumen disitu tapi takut hilang dan tidak kesampaian pula.
Agak lama juga penulis berborak dgn makguard.
"Baik wak hantar poslaju je," perintah makguard lagi yg tidak mahu bertanggungjawab.
Yo wes.

Dua.
Ambil monitor pendua di padang.
Jumpa beberapa rakan yg bekerja dari pejabat (WFO) disitu.
Bila ditanya pasal boss SSS (juga kawan lama) yg tetiba berhenti minggu lepas.
Penulis pun terkejut juga.
"Mukin nak tambah binis lagi lah wak," kata rakan berborak dalam lif.

Tiga.
Ada orang kata apam balik terbaik di Masjid Bukit Aman.
Jadi, penulis pun cuba juga.
Tapi, ahkak apam bermula niaga jam 1.30pm.
Penulis tunggu sahaja ditepi longkang.
Dipendek cerita, apam balik yg biasa2 sahaja.

Empat.
Sementara tunggu apam ahkak jeliter.
Ehh, lama juga ahkak buat persiapan nak buka apam erk.
Penulis sempat berlarian di rumah kartun dan komik bersebelahan.
Tapi rumah pameran sudah ditutup pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
Drama di UniKL Yayasan Selangor Kampung Baru.

TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...