Oct 20, 2020

THE STORM IS COMING


Hari ketujuh CMCO (PKPB) di Lembah Klang.

Cabaran menghafaz surah al-infitar masih diusahakan dgn kemalasan.
Astaghfirullah al azim.

Makan piza harus didahulukan dengan meratah daun-daun sayuran.

Malam tadi ada dua cerita P. Ramlee ditayangkan serentak dikaca TV.
Tapi penulis tonton yg ada di saluran Astro Prima.
Tonton penuh dari awal sampai tamat cerita.
Walaupun ada banyak iklan ditengah2.
Nota lalat. Masam masam manis - ilmu kalau mahu bergaduh dengan bakal laki. OTL

Cuaca agak tidak menentu sekarang ini.
Kadang hujan kadang panas.

Lebih seminggu barulah tercapai hajat bersarapan nasi lemak telur bungkus di warung Bunian itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 19, 2020

JALAN JALAN MRT KAJANG - BUKIT BINTANG

Malam pas maghrib, penulis pun berlarian ke Bukit Bintang.
Untuk hilangkan kebosanan sahaja.
Dari Kajang naik MRT sudah.

Tiada aktiviti langsung di Jalan Bukit Bintang.
Pelancong asing pun tidak kelihatan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 18, 2020

AWAS & AWAN

Kajang @2020
Pagi-pagi subuh sepi-e juga hujan turun membasahi bumi.
Cuaca agak baik hari ini.
Dalam hati siapa yg tahu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

cloud at Bangi @2020
cloud at Bangi @2020
Dan sempat berlarian ke Pantai Remis dan Pantai Jeram.

Pantai Jeram Selangor @2020
Pantai Jeram Selangor @2020
Pantai Jeram Selangor @2020

Oct 17, 2020

SEPETANG BERSUNSET DI PICC

PICC Putrajaya @2020
Petang sudah berlarian ke PICC.
Tangkap dua tiga gambiran sudah.

Kali terakhir penulis datang ke sini ialah 9 tahun lepas. [+ Presint 5]

Hafazan lalat. Surah al-infitar (سورة الإنفطار).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 16, 2020

KES DATUK SERI PANJAT PAGAR SPRM TERJAWAB ...

SPRM Putrajaya @2020
Petang sempat lagi penulis berlarian ke Putrajaya.

Sempat singgah dibangunan SPRM yg canggih lah sangat.
Sekarang kan tengah viral kes Datuk Seri panjat pagar bangunan SPRM ini.
Link: (PARODI) #71 Scammer Panjat Pagar SPERM - DD Chronicle Lawak.

Cerita lalat lain. Minyak sapu daun ubat amat mujarab untuk gatal2 kulit.

Cerita lain lalat. Mencuba mee bandung biasa di tepi SILK highway UPM tepi kandang kuda. Jadi kehadiran banyak lalat2 yg menjengkelkan boleh dijangkakan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 15, 2020

JJCM BUKIT JUGRA

Bukit Jugra @2020
Hari pertama CMCO (PKPB) di Lembah Klang.

Kebosanan mencipta kelainan.

Kali terkahir penulis berlarian ke Bukit Jugra ialah pada Feb 2011.
Hampir 10 tahun yg lampau.
Link lama - Fotolumayan 39/365.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 14, 2020

BRAKE LINING WEAR

mycikputih @2020

Cikputih hampir mencapai 15 tahun usianya bersama penulis.

Sejak dua menjak ini cikputih meragam lagi.
Kali ini brek pula bermasalah.
Tetapi masalah pada permulaan hidupkan enjin.
Bila tekan pedal brek tidak berfungsi pula.
Kena masuk gear Normal, pastu cuba masuk gear Drive.
Setakat ini bila lepas berjalan, tiada masalah brek berlaku.
Haruslah penulis bawa masuk dalam bengkel lagi.

Nota lalat. CMCO (PKPB) bagi negeri Selangor, KL & Putrajaya bermula hari ini.

Nota lalat lagi. Ooh. Tahun lepas juga cikputih sudah bertukar baju klambi ye wak. [+ Mata Kacang]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

AMWAY Nutrilite GUTPROtein Set PWP & GWP

  Nutrilite GUTPROtein Set PWP & GWP BUY Nutrilite GUTPROtein Set GUTPROtein Set A (327419)  Consists of: • 1x Nutrilite Soy Protein Dri...