Oct 15, 2020

JJCM BUKIT JUGRA

Bukit Jugra @2020
Hari pertama CMCO (PKPB) di Lembah Klang.

Kebosanan mencipta kelainan.

Kali terkahir penulis berlarian ke Bukit Jugra ialah pada Feb 2011.
Hampir 10 tahun yg lampau.
Link lama - Fotolumayan 39/365.
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 14, 2020

BRAKE LINING WEAR

mycikputih @2020

Cikputih hampir mencapai 15 tahun usianya bersama penulis.

Sejak dua menjak ini cikputih meragam lagi.
Kali ini brek pula bermasalah.
Tetapi masalah pada permulaan hidupkan enjin.
Bila tekan pedal brek tidak berfungsi pula.
Kena masuk gear Normal, pastu cuba masuk gear Drive.
Setakat ini bila lepas berjalan, tiada masalah brek berlaku.
Haruslah penulis bawa masuk dalam bengkel lagi.

Nota lalat. CMCO (PKPB) bagi negeri Selangor, KL & Putrajaya bermula hari ini.

Nota lalat lagi. Ooh. Tahun lepas juga cikputih sudah bertukar baju klambi ye wak. [+ Mata Kacang]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 13, 2020

NASI DALCA BAWANG & SATU HUN

The measuring tape @2020
Sebenarnya Superintendent TC (bukan nama sebenar) mahu membelanja makan tengahari dua minggu lepas.
Tapi penulis bercuti pula masa itu.
Jadi ditangguhkan.

Jumaat lepas bila Superintendent TC (bukan nama sebenar) pesan atas talian.
Ada masalah komunikasi dgn pihak restoran pula.
Jadi ditangguhkan lagi.

Hari ini, nasi dalca bawang pun tiba.
Pertama kali penulis memakannya.
Tapi masalah kekenyangan pula sebab penulis sudah makan nasi lemak disebelah pagi.

Info lalat. Gerai nasi dalca bawang Penang terletak di belakang Tabung Haji Jalan Tun Razak. Lalu Jalan Binjai pun boleh. Facebook Nasi Dalca Bawang Penang KL.

Cerita lalat lain.
Pasal semalam Superintendent TC (bukan nama sebenar) juga ada bincang pasal kerja.
Otai (orang lama) dan kerja di tapak padang biasa guna sistem Imperial.
Padahal orang zaman now guna sistem Metric.
Timbul pula sebutan hun.
Orang zaman now mana tahu pasal hun. Kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
free lunch by tc rohaizad firdaus worley lim kalai capsquare makan kawan office pejabat sembcorp smop

Oct 12, 2020

FATTAH CARTOLINA IS 4 YEARS OLD

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Fattah Cartolina (4 years old).


 


12 Oktober 2020.

Fattah Cartolina sudah 4 tahun lah.

DAS ABDUL GLOBAL & PASSPORT RENEWAL


Tengah malam tadi pada jam 10.54pm, ejen N kirim whatsapp.
"Wak, if you have time pls renew your passport," beritahu ejen N.

Tengahari tadi, kebetulan penulis berada tidak jauh dari Pejabat Imigresen itu.
Maka, penulis pun perbaharuilah paspot penulis yg bakal tamat 7 bulan lagi.

Tidak sampai setengah jam siap.
Maka penulis beritahu ejen N.

"Wahh, so fast," balas ejen N dgn nada terperanjat.
Penulis sengih sahaja.

Ooh. Bantal bertaraf hotel 7 bintang yg penulis beli baru tadi.
Mamat tepi longkang jual pat poh lima hinggit.
Tiada diskaun langsung.

"Kalo wak nak free sarung bantal, sila beli yg mahal ini," sambil mamat tepi longkang tunjuk bantal lembut bak baldu yg harga sehatus lima belas hinggit sahaja.
Yo wes.

Nota langau. Isteri Lebih Jelita Jika Tidur Berbantalkan Ketiak Suami. Ehh, ini cerita lain. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

Oct 11, 2020

MASJID SELAT IS CLOSED

Pulau Melaka @2020
Tengahari sudah berlarian ke majlis orang lain kahwin.

Petang berlarian pula ke Pulau Selat.
Hajat dihati mahu menangkap gambiran matahari tenggelam.
Tapi pakguard kata ditutup pula kecuali untuk solat.
Kereta hendaklah diparkir diluar pagar.
Yo wes.

Malam sempat berlarian ke restoran asam pedas Kota Laksamana yg biasa2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 10, 2020

GOOGLE TRANSLATE: TAMIL TO MALAY

Sila goyangkan inul untuk lihat antara tulisan tamil dan melayu.


Hari ini penulis bersembahyang Jumaat di Masjid India macam biasa.

Khutbah dalam bahasa Tamil sepenuhnya.
Satu patah perkataan haram pun tidak dapat difahami.
Kecuali doa2 dalam bahasa Arab yg biasa didengar.

Usai solat, penulis cuba try test terjemah apps Google Translate guna gambar pula.
Memang canggih teknologi sekarang kan.
Tidak perlu taip apa-apa.

Tiba2 penulis terfikir pula.
Mungkin ada apps yg boleh terus translate percakapan seperti khutbah itu. Kanns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...