Oct 9, 2020

RECALCULATED

Giant Bangi  @2020
Semalam penulis ingin beli botol air mineral.
Bila penulis semak harga sekotak (24 botol) harganya rm28.
Bermaksud, sebotol rm1.17.
Biasanya harga sekotak lebih murah.

Tapi bila penulis tengok harga sebotol dirak ialah rm1.
Bermaksud, sekotak cuma rm24. Kann.

Bila penulis periksa guna pemeriksa harga di dinding pasaraya, harga masih tertera rm1.60.

Jadi penulis bawa sahaja 6 botol air mineral ke kaunter.
Memang mamat kaunter periksa harganya ialah rm1.60.
Jadi penulis tunjukkan gambar harga promosi di rak sana.
Mamat kaunter pun akur.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 8, 2020

PENGAMEN & PENGEMIS DI KUALA LUMPUR

Petronas Towers KLCC @2020

Semalam penulis balik lewat sedikit dari kebiasaan.
Banyak betul rumput2 yg harus dipotong.

Sementara tunggu di lobi, penulis didatangi 2 orang yg tidak dikenali.
Pertama - seorang gadis cilik menjual buku risalah doa2.
Kedua - seorang lelaki membawa fail plastik kehilangan dokumen dan dompet.

Selepas itu, ketika di kedai makan di Kampung Baru.
Ketiga - seorang lelaki menjual kerepek pedas ubi.
Keempat - seorang lelaki buta menjual tisu (ditemani isteri).
Kelima - seorang lelaki menjual mainan lap lip.
Keenam - seorang lelaki buta menjual tisu juga (ditemani isteri juga).

Ooh. Gambar-gambar dalam entri hanyalah hiasan semata2.

Movie lalat. Anakku Sazali 1956.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 7, 2020

REPAIR ON THE SPOT

Pertama Complex @2020


Semalam kan henFON cap aiyam penulis itu sudah terbakar semasa dicaj.

Petang tadi penulis sudah berlarian ke Pertama Complex. 
Kedai pertama mamat Bangla tiada plyer.
Kedai kedua mamat Melayu pun tiada plyer. Dia cuba guna ketip kuku. Aiyah. 
 
Kedai ketiga ada mamat Bangla dgn pekerja mamat Melayu.
Bila diperiksa, ada cip yg rosak terbakar.
Nasib baik juga papan ibu (motherboard) tidak terbakar.
Tapi mamat Bangla kena berlarian ke kedai lain utk cari barang ganti. 
 
Dipendek cerita henfon cap aiyam penulis pun hidup kembali seperti biasa.
Cuma tidak boleh kesan ibu jari sahaja.
RM80 upah tapi penulis dapat diskaun RM10 juga. 
 
Movie lalat. Keluarga 69 -1967.
 
Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Oct 5, 2020

TRAGEDI OKTOBER

Broken cable @2020

Pagi tadi tiba2 penulis perasan ada bau benda terbakar.
Rupa2nya kabel pengecaj henfon penulis terbakar.
Kepanasan yg terlampau.
Nasib baik tidak meletup pula. 

Movie lalat. Tiga Abdul 1964.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 4, 2020

TODAY IS HER BIRTHDAY

Aeon Tebrau City @2020

Ahad harijadi isteri penulis (yg itu).
Semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan usia.
Amin ya robbal alamin. 

Tiadalah sambutan sangat.
Penulis makan daun salad sahaja. 

Hadiah harijadi tiadalah apa sangat.
Sekadar pencuci muka sahaja.
Di parking Aeon Tebrau City pun tidak ramai orang ramai. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

Oct 3, 2020

ANJUNG WARISAN DAN KESENIAN ISLAM

Pic from website @2020

Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah. 

Kelmarin penulis sudah berlarian hingga ke Gelang Patah.
Masuk pameran Anjung Warisan dan Kesenian Islam. 

"Kat dalam tak boleh amek gambar ye wak!" mamat kaunter beri amaran.
Yo wes.

Ulasan penulis. Harga tiket rm30 agak mahal. Lagipun hanya ada satu sahaja dewan pameran. Tak sampai 13 minit dah habis. Khalass. Tammat. 

Ooh, gambar hajar aswad diatas ini penulis pinjam dari pakcik google.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NASI TIDO

Mersing sunrise @2020

Kebosanan mencipta kelainan. 

Berakit-rakit ke hulu;
Berenang-renang ketepian;
Lama-lama penulis penat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...