Oct 7, 2020

REPAIR ON THE SPOT

Pertama Complex @2020


Semalam kan henFON cap aiyam penulis itu sudah terbakar semasa dicaj.

Petang tadi penulis sudah berlarian ke Pertama Complex. 
Kedai pertama mamat Bangla tiada plyer.
Kedai kedua mamat Melayu pun tiada plyer. Dia cuba guna ketip kuku. Aiyah. 
 
Kedai ketiga ada mamat Bangla dgn pekerja mamat Melayu.
Bila diperiksa, ada cip yg rosak terbakar.
Nasib baik juga papan ibu (motherboard) tidak terbakar.
Tapi mamat Bangla kena berlarian ke kedai lain utk cari barang ganti. 
 
Dipendek cerita henfon cap aiyam penulis pun hidup kembali seperti biasa.
Cuma tidak boleh kesan ibu jari sahaja.
RM80 upah tapi penulis dapat diskaun RM10 juga. 
 
Movie lalat. Keluarga 69 -1967.
 
Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Oct 5, 2020

TRAGEDI OKTOBER

Broken cable @2020

Pagi tadi tiba2 penulis perasan ada bau benda terbakar.
Rupa2nya kabel pengecaj henfon penulis terbakar.
Kepanasan yg terlampau.
Nasib baik tidak meletup pula. 

Movie lalat. Tiga Abdul 1964.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 4, 2020

TODAY IS HER BIRTHDAY

Aeon Tebrau City @2020

Ahad harijadi isteri penulis (yg itu).
Semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan usia.
Amin ya robbal alamin. 

Tiadalah sambutan sangat.
Penulis makan daun salad sahaja. 

Hadiah harijadi tiadalah apa sangat.
Sekadar pencuci muka sahaja.
Di parking Aeon Tebrau City pun tidak ramai orang ramai. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

Oct 3, 2020

ANJUNG WARISAN DAN KESENIAN ISLAM

Pic from website @2020

Assalamualaikum kawan2 penulis semua2 lah. 

Kelmarin penulis sudah berlarian hingga ke Gelang Patah.
Masuk pameran Anjung Warisan dan Kesenian Islam. 

"Kat dalam tak boleh amek gambar ye wak!" mamat kaunter beri amaran.
Yo wes.

Ulasan penulis. Harga tiket rm30 agak mahal. Lagipun hanya ada satu sahaja dewan pameran. Tak sampai 13 minit dah habis. Khalass. Tammat. 

Ooh, gambar hajar aswad diatas ini penulis pinjam dari pakcik google.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

NASI TIDO

Mersing sunrise @2020

Kebosanan mencipta kelainan. 

Berakit-rakit ke hulu;
Berenang-renang ketepian;
Lama-lama penulis penat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THE ABANDONED JETTY

Sungai Rengit @2020

Kebosanan mencipta kelainan. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 2, 2020

KISAH BENAR CIK SITI AMINAH JOHOR 2020 YANG JALANG

Kampung Tembioh Kota Tinggi Johor @2020

Untuk baca kisah benar cik Siti Aminah Johor 2015 Yg Jalang, sila selak di SINI.

Kelmarin penulis sudah berlarian ke kampung Tembioh.
Sudah 5 tahun penulis tidak kemari.

Tapi misi tidak terjangkau.
Kawasan makam yg menjadi semak samun hutan belukar.
Tidak terjaga dan jalan tar menuju makam pun tidak kelihatan.
Yo wes.
Penulis pun pulang dgn kuchiva.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

RUMAH BAHARU BERBALOI TANPA DEPOSIT DI KULAI JOHOR 2025

  Terokai Kulai - Baharu Rumah Teres Setingkat Menarik Betul Harga Bermula Dari RM288K TERES 1 TINGKAT 3 Bilik & 2 Bilik Air Keluasa...