Sep 24, 2020

BERBALOI DEAL

Setiap pagi sebelum bertugas memotong rumput.
Penulis selalu beli susu Goodday.
Baru penulis perasan tadi kalau beli 2 kotak dapat diskaun. 

Ooh. Gambar Genting Highlands dari padang tempat penulis memotong rumput ini ketika langit cerah siang tadi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 23, 2020

STUCK IN A JAM FOR 3 HOURS


Selalu pulang dari bertugas memotong rumput cuma 45 minit. 
Tapi petang ini terkandas hampir 3 jam.
 
Updated lalat. Sebenarnya trafik lancar sebelum plaza tol Sungai Besi. Diberitakan bahawa ada hujan ribut luarbiasa yg menumbangkan pokok2 dan menyebabkan banjir kilat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 22, 2020

PADPRIK CAMPUR


Assalamualaikum dan selamat pagi Selasa kawan2 penulis semua2 lah. 

Ooh. Semalam makan nasi putih, padprik campur dan telur dadar.
Alone matcham biasa. 

Blog bukanlah hakmilik kekal

Sep 21, 2020

GOOD MORNING KL

 


Selamat pagi Senin kawan2 penulis semua2 lah. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

 


Sep 20, 2020

SHE'S A FRESHMAN


Malam tadi anak wedok sudah berehat dan tidur di hotel depan padang tempat penulis memotong rumput itu. 

Hari ini pendaftaran masuk U bermula.
UniKL Jalan Gurney Keramat KL.

Semoga dipermudahkan urusan. Amin. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Sep 19, 2020

GUNUNG PULAI JOHOR

Penulis ingin memohon maaf pada uncle bai yg naik motor kapcai tadi.
Sebab menghalang laluan kecemasan dilebuhraya yg agak sibuk.

Tapi bukankah lalu kecemasan hanya untuk kenderaan kecemasan seperti ambulan sahaja?
Lagipun motorsikal tidak perlu bayar cukai jalan.

Movie lalat. Ali (2001) 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 18, 2020

6 MONTHS OLD JOB

 

Alhamdulillah. 

Hujung bulan ini genap 6 bulan penulis bertugas memotong rumput di padang yg tandus ini. 

Jadi tengahari tadi penulis pun teringin belanja makan tengahari kawan2 sepadang. 

Pesan penghantaran pizza atas talian sahaja. 

Penulis minta bantuan sekretari N untuk pesanan. 

Bila penulis beritahu tidak perlu keluar makan, mereka pun gembira. 

Tapi superintendent Ooi (bukan nama sebenar) kata dia puasa hari ini. Tapi boleh makan sayuran sahaja. Penulis kata ada order veggie lover. Superintendent Ooi (bukan nama sebenar) kata orait. Superintendent Ooi (bukan nama sebenar) beragama Buddha tegar. 

Pizza sampai tepat jam 12. 

9 daripada 11 dalam kumpulan kami sahaja yg ada. 

Masa makan2 Sekretari N sibuklah pula. Jadi kami makanlah dahulu

Usai makan adalah 2 kotak pizza lagi tinggal. Tapi Sekretari N pula kata dia tak makan daging (sebab sudah habis dimakan.) Lah, dia pun tidak beritahu awal. Sekretari N beragama Hindu tegar. 

Blog bukanlah hakmilik kekal. 




RUMAH BAHARU BERBALOI TANPA DEPOSIT DI KULAI JOHOR 2025

  Terokai Kulai - Baharu Rumah Teres Setingkat Menarik Betul Harga Bermula Dari RM288K TERES 1 TINGKAT 3 Bilik & 2 Bilik Air Keluasa...