Sep 12, 2020

FAKE MATING CALL

Bila penulis mainkan suara kucing mengawan dalam youtube. 

Tiba-tiba datang seekor kucing betina duduk dikerusi sebelah dan menonggeng pula. 

Ammvoiii. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 11, 2020

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN

Teluk Cempedak Kuantan @2020

Bukanlah kebosanan sangat. 

Tapi tekanan kerja yg tegang. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sep 10, 2020

WAK LAT GOING TO CHOW KIT



Tengahari panas berdeting penulis sudah berlarian ke Chow Kit pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 9, 2020

HUKUM MEMBERI DAN MEMBALAS SALAM ORANG BUKAN ISLAM



Cerita lalat 1.
Dulu pernah isteri penulis (yg itu) mengadu.
Ada matsalleh yg baru bertugas di padang yg sama.
Dia hairan sebab bila beri salam, tiada sorang pun melayu (baik lelaki mahupun pompuan) yg jawab salam dia. Semua senyap geliter.
Matsalleh yg pernah bertugas di timur tengah.

Cerita lalat 2.
Pagi tadi, superintendent Lim (bukan nama sebenar) bertanya topik yg sama.
Sebab seperti biasa kami (melayu dengan melayu) mengucap assalamualaikum tapi dengan mereka (non muslim) kami cuma sebut selamat pagi atau good morning.
Jadi superintendent Lim (bukan nama sebenar) bertanya kepada penulis.
Sebab Superintendent Lim (bukan nama sebenar) pernah bertugas di timur tengah juga.
Di negara Arab, semua orang memberi ucapan "Assalamualaikum" dan membalas salam "waalaikumsalam" macam biasa.
Tapi bila dia balik ke tanah melayu, tiada siapa yg menjawab salam dia.
Superintendent Lim (bukan nama sebenar) berasa amat pelik.
Jadi penulis bagi penerangan.
Di negara Arab, ucapan tersebut adalah sebahagian dari bahasa mereka.
Jadi tiada masalah tidak seperti di tanah melayu.
Orang melayu anggap semua ayat2 arab adalah suci.
Bahawa sebutan arab seperti "Assalamualaikum" dan "Waalaikumsalam" itu adalah ayat2 suci yg hanya boleh digunakan oleh orang2 Islam.
Begitu juga dengan perkataan "Allah" yg digunakan dlm bible orang2 nasrani.
Kami pun berdebat hebat juga.
Superintendent Lim (bukan nama sebenar) pertikaikan juga tentang tulisan jawi dalam pembelajaran sekolah.
Penulis beritahu, tulisan jawi walaupun dari Arab tapi bukanlah ayat2 suci sebab disebut dalam bahasa Melayu.

Tiba-tiba Superintendent Lim (bukan nama sebenar) cerita pengalaman semasa bertugas di Brunei.
Ada melayu yg hampir menumbuknya kerana dia memberi ucapan "assalamualaikum" kepadanya.
Dia kecewa dan sejak itu dia tidak lagi memberi salam kepada orang2 melayu.

Selepas itu superintendent Lim (bukan nama sebenar) pun akur dan faham.
Tapi berapa ramai lagi non muslim rakyat negara ini yg masih tidak faham?
Dan tiada penerangan jelas dari pihak2 yg bertanggungjawab.
Tiap-tiap hari asyik bergaduh pasal politik sahaja.

Untuk rujukan hukum memberi dan membalas salam orang bukan Islam.

Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 7, 2020

KADHI JOHOR BAHRU LEMAS DI PULAU TIOMAN



Tahun lepas penulis berurusan dengan penghulu daerah.
Untuk urusan matrikulasi anak wedok.
Urusan yg amat mudah.
+Link to a small note last year 2019.

Tapi...
Pagi ini penulis pun ke pejabat tanah galian yg sama.
Untuk urusan pengesahan dokumen kemasukan anak wedok itu ke universiti pula.

Tapi datuk penghulu tiada dalam pejabat.
"Wak kena datang sebelah petang, sebab penghulu tengok orang mati," kata ahkak kaunter.
"Kalo wak nak cepat leh jumpa ketua kampung," kata ahkak itu lagi.

Penulis beritahu tiada ketua kampung di tempat penulis tinggal.
"Wak cubalah ketua kampung lain kat pandan ni," kata ahkak sambil cari senarai.

Bila penulis panggil dua kali tiada sahutan.
Maka penulis berwasap sahaja.

"Wak letak dlm tray kat rmh saya saya x ada besok saya balik dan signkn." balas ketua kampung itu.
Yo wes.

Terpaksalah penulis pulang ke ganggang dgn kuchiva.

Updated.
Sebelah petang, akhirnya penulis berjaya jumpa datuk penghulu.
Selepas itu, berjumpa dengan pesuruhjaya Sumpah juga ditempat lain.
Selesai sudah urusan pengesahan borang2 dan dokumen2 anak wedok.

Pasal tajuk Kadhi JB lemas di Pulau Tioman.
Penulis tidak tahu.
Penulis ingatkan mati orang sakit.
Bila penulis pulang kerumah, dan mengadu pasal ketiadaan penghulu dan ketua kampung.
Isteri penulis (yg itu) bilang mungkin pasal kadhi yg lemas semalam.
Innalillahirajiun.
Link Harian Metro.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Nota lalat.
Ini adalah kali kedua penulis terlepas pandang memohon bantuan pendaftaran ke IPT. Demm.
Jangan jadi kali ketiga!

Sep 6, 2020

MIDVALLEY JB THEN LATER PARADIGM JB



Sabtu yg agak sibuk.
Kehulu kehilir urusan pembelian barang2 keperluan anak wedok masuk U.

Petang ke malam pula sibuk mengemaskini dokumen2 dan borang2 yg perlu.
Sebab esok hendak jumpa datuk penghulu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.















TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...