Jun 28, 2020

NASI KECIL

Mat Rock Food Truck Nasi Ayam Goreng Kunyit rm6 @2020

Tengahari jumaat.
Beratur di satu trak makanan nasi ayam goreng kunyit.

Ahmoi tetek besar: nasi kecil
Mamat trak: ha? nak nasik apa?
Kakak depan: dia nak nasik sikit je bro..
Mamat: oo nasi separuh

XIAOMI REDMI NOTE 9 PRO

Kelmarin sebelum PKP penulis telah beli henfon Redmi Note 8 Pro.
Untuk anak wedok yg masa itu masih kuliah di kolej matrikulasi.
[+ link]

Sejak dua pekan ini isteri penulis (yg itu) membebel pula pasal henfon cap aiYamnya.
Bateri henfon mudah kehausan - caj penuh dirumah tapi bila sampai di tesco sudah turun 10%.

Jadi tadi penulis telah belikan henfon murahan sama seperti henfon anak wedok.
Naiktaraf (baca, upgrade) sikit sahaja.
Weh, saperlar x sayang bini tapi ada kan. Khannns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Updated lalat. Selepas seminggu, penulis tangkap gambar untuk informasi sahaja.

Jun 27, 2020

COVID-19: TIDAK BERDOSA TINGGAL SOLAT JUMAAT TIGA KALI BERTURUT-TURUT



Assalamualaikum dan salam jumaat semua kawan2 penulis lah.

Sudah lama bebienor penulis tidak solat jumaat di mesjid.
Namun dalam keadaan keuzuran atau darurat seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penyebaran virus covid-19 pada masa ini, harus hukumnya untuk meninggalkan solat jumaat di masjid walaupun sehingga tiga kali. Namun ia perlu digantikan dengan solat zuhur di rumah.

Hal ini berdasarkan kaedah الضرورات تبيح المحظورات (keadaan yang sempit membolehkan perkara-pekara yang dilarang).

Dalam hal ini, Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra, Rasulullah saw bersabda :

‎مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

قالوا : يا رسول الله ، وما العذر ؟ قال : خوف أو مرض .

(رواه أبو داود ) .

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (para sahabat) bertanya ; “Wahai Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab, “Ketakutan/kebimbangan atau penyakit”

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 26, 2020

ɹƎHƆOɹ OɹƎɹɹƎℲ



˙lɐɥɐɯ ʇɐlǝʞoɔ ɯɐɯɐɯ ɥɐlsnɹɐɥ 'ʇndɯnɹ ƃuoʇoɯǝɯ ʇɐuǝd ᴉlɐʞǝsǝS
˙suuɐʞ

˙lɐʞǝʞ ʞᴉlᴉɯʞɐɥ ɥɐluɐʞnq ƃ0lq

Jun 25, 2020

MAYBANK TOWER



Sebelum adanya Menara berkembar Petronas (KLCC), bangunan tertinggi di Malaysia adalah Menara Maybank.

Sekarang, kita ada projek pembaziran menara Ros Mahal dan menara Merdeka 118 Tower yg tak siap2.
Menara Merdeka (PNB) 118 ada di belakang menara Maybank itu yg akan menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara.
Kelihatan dari surau tempat penulis memotong rumput ini.

Nota lalat.
Mula2 pun penulis ingatkan Menara Dayabumi adalah bangunan tertinggi sebelum menara berkembar KLCC., tetapi sangkaan penulis adalah salah selepas periksa di dalam wikipedia.
Kompleks Dayabumi = 157 m (515 ft)
Menara Maybank = 243.54 m (799.0 ft) - jauh lebih tinggi ya.
Menara KLCC Petronas = 378.6 m (1,242 ft) - sebagai perbandingan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 24, 2020

RAYUAN GKP DILULUSKAN



Berikutan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, ia memberikan kesan kepada ekonomi dunia dan negara kita tidak terkecuali.

Mana tidaknya, semua golongan terkesan seperti peniaga kecil, syarikat besar, industri pelancongan dan banyak lagi pasti perlukan bantuan terutama sekali selepas Perintah Kawalan Pergerakan yg menjejaskan punca pendapatan.

Oleh itu, kerajaan telah memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) untuk semua rakyat tidak berkecuali. Juga kerajaan meluluskan 76 peratus permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yg diterima setakat tarikh tutupnya 15 Mei lalu.

Alhamdulillah. Bulan lepas BPN penulis diluluskan. [+ Peka B40]

Golongan B40 adalah golongan sasaran yang wajib dibantu dalam sesebuah negara.
Pemotong rumput yg kais pagi kais petang ini adalah rakyat marhein yg termasuk dalam golongan B40.
Dan kontrak kecil-kecilan potong rumput yg penulis lakukan ini termasuk dlm PKS.

Bercukur saje khanns.

Dan hari ini rayuan GKP (Geran Khas Prihatin) penulis juga telah diluluskan oleh kerajaan yg memerintah.
Terimakasih abahDin.
Alhamdulillah.

Walaupun sebelum ini penulis tidak pernah menerima bantuan BR1M.
Tapi permohonan untuk BSH (Bantuan Sara Hidup) telah ditutup pula.
Yo wes.

Tiba-tiba penulis hendak makan ketam cili bertelur pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 23, 2020

JANGAN MENZALIMI DIRI SENDIRI



SETELAH bertungkus lumus kais pagi kais petang potong rumput, haruslah penulis menghadiahkan diri sendiri dua pasang kasut baharu.

Beli harga potongan diskaun pasca PKP di SOGO yg sepelaung jauhnya itu sudah.

Kata orang, beli kasut baharu harus digigit kasut itu dahulu sebelum kasut itu menggigit tumit kita.
Betul kah?
Ah, bidaah semua tu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 22, 2020

MAKAM ANAK DARA



Tengahari panas berdeting penulis telah berlari-larian mahu ziarah makam keramat.

Panjat bukit (atau pulau?) sampai keatas.
Tapi pintu pagar ditutup dan dimangga pula. Yo wes.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...