Jun 14, 2020

DURIAN MURAHAN



Beli durian murah ditepi longkang rm12 sekilo sudah.
Kalau musang king atau d24 paling kurang pun rm35 sekilo.

Petang.
Jalan-jalan singgah Kedai Lima untuk lihat stadium terbaharu JDT itu.
Stadium Sultan Ibrahim berdekatan pekan Lima Kedai.
Ambil gambiran dari luar pagar sudah.
Alone matcham biasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 13, 2020

PARKING DEPAN BALAI POLIS DANG WANGI



Hari pertama bertugas memotong rumput di pejabat yg baharu. WFO.
Setelah dua bulan lebih penulis memotong rumput dari rumah. WFH.

Dan bersama-sama dengan superintendent dari luar pantai.
Yg selama ini dikenali suara masing2 dari mesyuarat tingkap Skype sahaja.





DRIVE LIKE A LADY

Pagi-pagi sudah tiba seperti dijangkakan.

Penulis parkir di depan balai polis, di kawasan terbuka. RM6 sekali masuk.
Superitendent Lim (bukan nama sebenar) parkir dibawah bangunan. RM3.50 sejam.
Jadi tadi Superitendent Lim hendak keluarkan keretanya dan parkir didepan balai polis juga.
"Kete mewah baru pon nak jimat parking," getus hati penulis.
Penulis ikut juga sebab kena ambil tetikus yg tertinggal dalam cikputih.
Kalau tiada tetikus bagaimana hendak memotong rumput kan?

Punyalah lemah lembut Superintendent Lim memandu kereta itu.
"Wak jangan marah naa, ni keleta bahalu waiff saya punyah," beritahunya.
"Saya tak suka reverse," katanya lagi.
"Wak mesti pakai seatbelt," sambil menjeling dan tunggu penulis pasangkan belt sendiri.
"Saya kelije offshore 20 tawon, ni keleta bahalu waiff bawak pon dekat2 saja," Superintendent Lim borak2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jun 12, 2020

Jun 11, 2020

MANGGA HARUM MANIS KEMBOJA



Kelmarin isteri penulis (yg itu) berguling2 minta carikan mangga harum manis.
Dulu penulis pernah pesan buah mangga harum manis Perlis. [+ link]
Harga rm30 sekilo.
Tapi sekarang tiada dalam stok.
Weh, siapalah tak sayang bini. Tapi ada kan? Khanns.

Tapi kelmarin penulis ternampak juga penjual mangga harum manis.
Penjual ditepian longkang sahaja.
Harga rm9 sekilo.
Murah gila, getus hati penulis.
"Ooo ni mangga harumanis kemboja wak," kata ahkak penjual itu.

Rasanya pun manis juga. Yo wes.

Eh, penulis terjumpa pantun pula.
Buah duku buah mangga
Buah mangga manis rasanya
Andai wak boleh menduga
Adik manis, pasti Nurul namanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 10, 2020

TAFSIR SURAH AN NABA AYAT 33



DISCLAIMER. Ini bukan entri lucah merenyam.

Alhamdulillah semasa laukdaun ini, penulis berjaya hafaz surah 78 An-Naba' (Berita Besar).
Juga surah 79 An Naazi'at (Malaikat2 yg Mencabut).
Cuma cabaran harus praktis menghafaz setiap hari agar tidak lupa.
Dan kurangkan tonton benda2 yg tidak berfaedah.

Semasa penulis mencari informasi tentang tafsir surah an-Naba.
Ternyata banyak tafsiran berkenaan ayat 33.
Dr. Maza yg fofuler itu pun ada bincangkan. [+ link]

Ayat 33 Surah An Naba.
Pemaknaan kawā’iba atrāban (كواعب أترابا) di sini sangat bermacam-macam dan kebanyakan menggunakan makna yang cenderung menunjukkan sensualitas perempuan.

Alquran itu realistik.
Orang lelaki memang suka dengan ayat ini.

Kalau wanita tua biasa buah dada akan turun dan kendur.
Tapi Allah sebut "kawaib" maksud wanita yg berjalan, berdiri atau duduk dengan keadaan tertonjol buah dadanya.

"Atraba" bermaksud yg sebaya umurnya yg muda yg paling baik. Sebahagian mufasirin mengandaikan pada umur 33 (kebetulan ayat 33?). Tetapi pada umur yg paling dekat dan paling menimbulkan keseronokan.

Alquran bukan nak cerita untuk galakkan seks.
Tapi realitinya begitulah manusia.

Hakikatnya "kawaib" di akhirat itu lebih hebatlah, tak boleh dibandingkan.

Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...