Dec 16, 2019
DAYANG SARAWAK CORNER CAFE AMPANG
Petang tadi penulis pun berlarian ke Ampang Point.
Sebab penulis ternampak ada restoran baharu dibuka menggantikan kedai jual kereta Toyota.
Dulu pernah penulis beli kereta Toyota Unser ditempat yg sama.
Mula2 penulis teringin mencuba mee kolok.
Sudah lama tidak merasa mee kolok.
Tapi disebabkan penulis sudah makan maggie kari ditengahari tadi, makanya penulis pesan fish and chips pula.
Nota lalat. Sempat juga penulis dipau dgn abg baju melayu tu. Mula2 dia nak rm2 tp penulis tak layan. Kemudian bila penulis sedang menjamu selera, dia dtg lagi dan dimintanya rm5 pula. Jilake.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Kemaskini lalat. Pasal mee kolok, penulis masih teringin hendak merasa. Jadi, tengahari Isnin tadi penulis pun berlarian ke restoran Dapur Sarawak Jalan Sarikei di belakang Hospital Tawakal (bukan Hospital Pusrawi ya), berdekatan bulatan Pahang.
Dec 15, 2019
ATAS BAWAH ATAS BAWAH
Sekarang hujung tahun sudah musim tengkujuh dengan cuaca mendung sepanjang hari kan.
Pagi2 Ahad penulis sudah berlarian ke Bukit Telekom aka Bukit Dinding aka Bukit Setiawangsa itu.
Tapi sampai dikaki bukit, hujan renyai mulailah turun.
Ramai yg baru turun membawa payung dan ada yg baru memakai baju hujan plastik lima hinggit.
Jadi penulis batalkan niat mendaki.
Penulis terus berlarian ke tasik Ampang Hiliran pula.
Walaupun hujan masih renyai tapi tidaklah lebat.
Maka penulis pun berjalan saja ditepian tasik.
Ada sekumpulan ahkak2 dan makcik2 yg sedang bersenam robik.
Lagu dangdut sampah "atas bawah atas bawah janji sama sama basah" yg lucah itu juga dimainkan.
Usai seround ditepian tasik, penulis kembali ke kaki bukit telekom aka bukit Dinding aka bukit Setiawangsa itu lagi.
Blog bukanlah hakmilik.
Dec 14, 2019
THE SHORE
Dec 13, 2019
SEBENAR
Dec 12, 2019
CRAFTING ARTISTRY
Dec 11, 2019
PROTON IS STILL A JERK
Dec 10, 2019
MY GRASS IS NOT GREEN ANYMORE
Subscribe to:
Posts (Atom)
PASIR GUDANG HIGHWAY SUNRISE THIS MORNING
Ahad, 27 Oktober 2024. Pagi2 sudah berlarian ke Johor Jaya . Singgah di jejatas berdekatan Taman Megah Ria .
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Good morning Jalan Panglima Polim IV @2022 Ahad, 4 Disember 2022. Amaran lalat. Entri ini agak panjang dan mengandungi banyak gambiran. D...