Jul 18, 2019

PADMAN



Semalam penulis sudah tonton wayang Padman atas talian percuma (baca, movie online free).
Padman cerita pasal tuala perempuan.
Sinematografi dan jalan cerita yg amat menarik.
Sehingga seperti ada kulit bawang hinggap dalam mata penulis di akhir babak.

Kelmarin juga, penulis sudah tonton wayang Crawl (2019).
Cerita pasal buaya.
Wayang yg ganas seperti tiada potongan dari pihak penafisan Finas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 9, 2019

WELCOME BACK JALAN AMPANG



Assalamualaikum kengkawan semua-semua lah.

Hari ini hari pertama penulis bertugas memotong rumput di persimpangan Jalan Ampang dan Jalan Jelatek ini.
Semoga dipermudahkan amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 8, 2019

ICE SKATING RINK



Sudah lama bebienor penulis tidak masuk ke dalam kompleks membelibelah Sunway Pyramid ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 24, 2019

2 INTERVIEWS TODAY

[+ Worley iklan]

Hari ini, Isnin, penulis ada 2 panggilan temuduga.
Syarikat W.
Syarikat P.

Syarikat W ditemuduga rakan lama penulis.
Permohonan akan ditapis oleh klien.
Tapi kalau berjaya, akan mula bertugas selepas Ogos.
Temuduga pantas 15 minit sahaja.

Syarikat P ditemuduga oleh pemotong rumput yg akan berhenti 3 minggu lagi.
Tugasan beliau yang penulis akan gantikan.
Temuduga hampir sejam setengah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jun 9, 2019

REMPEYEK ZANY JB



Semalam penulis telah terbeli sebalang rempeyek buatan Zany Sri Pandan JB di stesen minyak Shell Jalan Tebrau.

Dulu sikit-sikit lama lama habis di SINI.

Cerita lalat lain. Semalam juga penulis telah pesan sebilik hotel Melang Inn Kuala Pilah sebab menghantar anak wedok ke kolej matrikulasinya di situ. Tapi bila penulis sampai malam tadi untuk periksa masuk (baca, checkin), malangnya tarikh tersilap pula. Aiyah. Jadi, penulis terpaksa pilih bilik yg lain dengan harga biasa yg lebih durjana mahal. Nasib baik juga, bayaran pesanan agoda.com itu boleh didapatkan kembali. Terbaik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 2, 2019

STULANG SUNRISE



Pantai stulang laut pagi tadi.
Memandang ke arah Temasik.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PASIR GUDANG HIGHWAY SUNRISE THIS MORNING

  Ahad, 27 Oktober 2024. Pagi2 sudah berlarian ke Johor Jaya . Singgah di jejatas berdekatan Taman Megah Ria .