Mar 13, 2019

CAFFEINE INTOLERANCE

The Coffee Bean & Tea Leaf, Suria KLCC @2019.

Semalam penulis sudah singgah di Suria KLCC.
Minum kopi sudah.
Tapi bila balik ke rumah, kepala rasa pening.
Perut rasa loya.
Tapi tidaklah keterlaluan teruknya.

Yang penulis akui memang tidak boleh minum air kopi di restoran McDonalds.
Nampaknya kena kurangkan lagi peminuman kopi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 12, 2019

HOW MUCH DOES IT COST TO HIRE A TREE SERVICE?



Kelmarin penulis sudah perasan isteri penulis (yg itu) telah menyuruh anak lanang seng tuwek membeli mesin gergaji.
Hendak memotong pokok mangga yg besar di hadapan rumah.

Penulis pun sudah bertanya beberapa orang pemotong pokok.
Harga dari rm600 hinggalah rm3200.
Mahal gila.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 10, 2019

GUE JADI JANDA GARA GARA JANDA

Charging the old Canon DSLR at MCD @2019.

Jadi kelmarin penulis sudah bertandang ke pejabat peguam untuk urusan permohonan pelepasan sekatan. Tapi ejen broker itu tidak memberitahu bahawa pembeli juga harus hadir untuk menandatangani borang tersebut. Jadi kena tunggu lagi seminggu.

Juga berhenti melepak di restoran McD untuk mengecas bateri kamera DSLR penulis yg sudah lama dibiarkan.

Nota lalat. Gue jadi janda gara-gara janda [+ youtube] di tiktok. Mega Salsabila di Suca.
https://www.youtube.com/watch?v=IqrkcrQQJtc

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 8, 2019

CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE 2018



Semalam penulis sempat ke cawangan Maybank TTDI Jaya untuk daftarkan akaun ASB atas talian.
Sekarang kan tidak guna buku biru lagi.

Pagi tadi sudah boleh masuk dalam akaun ASNB.
Tapi penulis kuchiva lah juga.
Semuanya boleh dibuat secara online KECUALI pengeluaran wang.
Demm.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 7, 2019

NO FREE LUNCH

Nasi lemak biasa in the evening at nearby kedai mamak, Bukit Jelutong @2019.

Tengahari tadi, usai tidur di hostel lima bintang itu.
Pengurus (baca, ladyboss) tanya penulis makan dimana.
Penulis bilang, tengahari biasa tak makan.
Pengurus pelik, "serius?"
Penulis kata biasa penulis makan biskut dan cecah teh kosong sahaja, sebab pagi sudah bersarapan berat (baca, heavy breakfast). Gitu.
"Patutlah bodi u fit," katanya lagi.
Takdelah, penulis balas.
Kalau nak terai setakat 33 minit tiada masa-elah - tapi penulis sebut dalam hati sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 6, 2019

AN INTERVIEW WITH A STRUGGLING SINGLE MOTHER

A technical test with an old timer @2019.

Sudah beberapa hari penulis menemuduga (baca, interview) beberapa orang calon untuk projek yg bakal bermula bulan hadapan.

Kebetulan juga, tidak disangka, rakan lama, datang untuk mencuba nasib bekerja di syarikat.

Makcik ITT diberi gelaran.
Bukan nama sebenar.

Sudah 6 bulan tidak bekerja. Menganggur katanya.
Bila ditanya pasal suami. Single mom katanya.
Anak 3 orang masih belajar. Satu di universiti. Satu hendak ambil peperiksaan SPM. Dan satu lagi di tingkatan 2.

Manalah ada perempuan sanggup berbahagi suami kan.

Cerita lalat lain. Dalam pejabat tadi ada rakan jurutera yg baru usai mesyuarat diantara mereka.
Jurutera (L): Jangan lupa esok korang kena balik malam ya.
Jurutera (P): Oke je.
Jurutera (L): Taklah malam sgt.
Jurutera (P): Esok khamis. Koranglah rugi.
Semua orang gelak sinis.

Jurutera (L) ialah lelaki berkeluarga.
Jurutera (P) ialah anak dara gadis belum berumahtangga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A PROMISED MADE IS A DEBT UNPAID



Semalam, penulis sudah hubungi 2 orang.
Kes hartanah penulis yang masih dilambung-lambungan.

JANJI 1
Ejen tanah gambut di Sungai Kluang janji hendak uruskan serahkan dokumen di pejabat Tanah Rengit.
Tapi bila penulis cuba hubungi di sebelah malam tiada jawapan.
Telefon tidak dijawab.
Wasap juga tidak dibalas.

JANJI 2
Peguam jual beli rumah di Bukit Belacan janji hendak telefon semula di sebelah petang.
Tapi sehingga tengah malam pun tiada jawapan.

NOTE. When you make a promise to someone, it is as if you take a debt from them. The 'debt' you owe to the person is not paid until the promise is fulfilled.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

PASIR GUDANG HIGHWAY SUNRISE THIS MORNING

  Ahad, 27 Oktober 2024. Pagi2 sudah berlarian ke Johor Jaya . Singgah di jejatas berdekatan Taman Megah Ria .