|
Mesjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque @2021 |
Rabu petang.
Doha, Qatar.
Bulan lepas kan wak tak kesampaian untuk masuk ke mesjid agong ini.
Mesjid Imam Muhammad bin Abdul Wahab Mosque.
[+ 21/10/21 Mission Unaccomplished]
Petang tadi wak sudah nekad.
Sebab wak percaya mesjid dibuka pada waktu solat sahaja.
Jadi tadi pukul 4.03pm wak pesan Uber dari apartment.
Tiba di gate masuk baru pukul 4.13pm.
Seperti dijangka, pakguard afrika itu sudah halau wak keluar.
Wak kata nak solat maghrib.
Pakguard afrika suruh datang pukul 5pm.
Padahal waktu maghrib masuk pukul 4.46pm.
Jadi wak keluar dari kereta Uber dan berjalan keluar.
Jauh nun dihujung parkir.
Sebab pak guard sudah pekik2 dari tadi.
Kebetulan ada orang sedang belajar pandu drone.
Bila azan berkumandang, wak pun jalan masuk ke mesjid.
Ambil wuduk dibawah.
Tidak sempat nak join imam berjemaah.
Usai solat, wak ingat nak lepak2 sementara tunggu Isyak.
Tapi pakguard afrika yg satu lagi sudah halau wak keluar juga.
"Wak datang balik waktu Isyak nanti," katanya.
Terpaksalah wak terus keluar dari perkarangan mesjid.
Dan berjalan kaki balik ke apartment.
Nak pesan Uber pun wak kan tiada data.
Total damage: 11 riyal (Uber) dan berjalan kaki balik sejauh 3km.
Nota lalat. Duit GKP untuk rakyat marhein dah masuk. Alhamdulillah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.